Dah ketandusan modal, Umno curi slogan DAP pula
Oleh itu, Umno Pulau Pinang kini terpaksa bermuka tembok dan menutup malunya dengan mencuri cogankata DAP yang digunakan pada pilihanraya umum yang lalu iaitu "Jom Ubah" untuk diguna pakai sebagai slogan Umno negeri tersebut bagi meraih semula sokongan rakyat.
Nama "Jom Ubah" yang dicuri oleh Umno Pulau Pinang itu kini telah menjadi slogan rasmi parti perkauman tersebut setelah ianya diresmikan oleh ketua perhubungan Umno negeri Datuk Ahmad Zahid Hamidi pada Khamis yang lalu.
Sebagai makluman, slogan "Jom Ubah" asalnya telah dipelopori oleh DAP sebagai cogankata rasmi manifesto parti itu di dalam menghadapi pilihanraya umum yang lalu pada tahun 2008.
Slogan "Jom Ubah" DAP yang telah menjadi popular ketika itu di kalangan para pengundi juga berjaya menarik ramai penyokong-penyokong untuk mengundi bagi menumbangkan kerajaan BN di beberapa buah negeri pada pilihanraya umum yang lalu.
Agaknya Umno Pulau Pinang kini telah sedar dan insaf bahawa mereka benar-benar telah mencuri pakai slogan tersebut. Tetapi jika sebaliknya, dan enggan mengaku kesilapan mereka, tak mengapa, kita gelar mereka "pencuri" dan rakyat jelata akan tahu.