KDN anggap rencana The Star 'ancam ketenteraman awam' dan Utusan dialu-alukan terus mengancam ketenteraman awam

Kerajaan Pusat Barisan Nasional (BN) telah memberi amaran akan bertindak terhadap akhbar utama bahasa Inggeris yang paling besar edarannya di Malaysia, The Star berhubung sebuah rencananya yang membidas tindakan kementerian dalam negeri (KDN) merotan tiga wanita Islam, 9 Feb lalu.

Seorang pegawai kanan KDN, Abdul Razak Abdul Latif menyebut kerajaan pusat menganggap rencana yang disiarkan The Star Jumaat lalu mengancam "ketenteraman awam".

Rencana yang ditulis oleh editor urusan The Star, P Gunasegaram, mengkritik tindakan sebatan syarie ke atas tiga wanita itu. Gunasegaram dalam rencananya itu mendakwa tindakan berkenaan mencabuli hak asasi manusia.

Bagaimana pula dengan beberapa rencana yang disiarkan oleh Utusan Malaysia yang dianggap mengancam ketenteraman awam, keselamatan awam, memecah belahkan perpaduan antara kaum, mengalakkan penghinaan ke atas kaum dan agama lain, keganasan, kebencian dan dendam, fitnah, menyokong pemberontakan mengulingkan kerajaan negeri Perak pada tahun 2009 yang lalu, membangkitkan kemarahan kaum melalui hasutannya, menyokong cubaan rampasan kuasa di negeri Selangor dan Pulau Pinang, dan berbagai-bagai lagi tindak tanduk yang boleh disifatkan sebagai perkauman, anti-rakyat, anti-demokrasi dan anti-perpaduan.

Kami ingin bertanyakan bagaimana pihak KDN memandang tingkahlaku Utusan Malaysia ini dan apakah tindakan selanjutnya terhadap akhbar tersebut yang sering menggugat kestabilan dan keselamatan negara dengan agenda dan propaganda perkaumannya itu?

Kami telahpun mendapatkan jawapan daripada KDN. Pihak KDN senantiasa mengalu-alukan apajua tindakan Utusan Malaysia untuk memecahbelahkan negara ini, malah menggalakkan Utusan Malaysia agar meneruskan inisiatif mereka menggugat keharmonian kaum, meneruskan siri-siri fitnah politik, memuatkan berita-berita dan laporan-laporan palsu yang boleh mempengaruhi rakyat agar memberontak dan merusuh di negeri Selangor dan Pulau Pinang dan sebagainya.

Sebabnya perbezaan di atas adalah kerana, The Star tidak mempunyai hak keistimewaan seperti yang termaktub di dalam perlembagaan perseketuan, tetapi Utusan Malaysia pula yang mempunyai hak ketuanan dan keistimewaan untuk bertindak walaupun di luar batas undang-undang dan perlembagaan. Utusan Malaysia adalah kebal daripada sebarang tindakan dan perundangan.

Benci, dendam, bunuh, perang, perpecahan, fitnah, keganasan, rusuhan dan permusuhan adalah tajuk-tajuk yang amat digalakkan oleh pihak pengarang Utusan Malaysia di dalam memastikan agar Umno akan terus berkuasa.

Kegiatan yang dijalankan oleh Utusan Malaysia ini boleh dianggap lebih teruk daripada akhbar dan lidah rasmi Parti Nazi Jerman Völkischer Beobachter.

Keadilan di negara ini sedang menuju kehancuran.

Popular posts from this blog

EC should ask ROS to register Pakatan quickly

USM fiasco a shame

Federal Constitution that Safeguards the Legitimate Rights and Interest of All Malaysians