Ikut Etika Dan Moral, BN Memang Bersalah
Setelah parlimen dan kesemua dewan undangan negeri dibubarkan bagi memberi laluan pilihanraya umum ke-13 (PRU13) diadakan pada 5hb Mei 2013 pada bulan hadapan, kerajaan persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri yang sedang wujud sekarang akan hanya berfungsi sebagai kerajaan-kerajaan sementara.
Dalam erti kata yang sebenarnya, kerajaan-kerajaan sementara tersebut tidak boleh meluluskan sebarang projek ataupun dasar-dasar untuk perlaksanaan. Anggota-anggota kerajaan, seperti perdana menteri, menteri-menteri, para menteri besar dan ketua-ketua menteri, serta ahli-ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri (Exco) adalah tidak dibenarkan untuk menggunakan pelbagai jenis ataupun bentuk jentera dan kemudahan kerajaan bagi "memudahkan" mereka untuk berkempen untuk parti-parti politik yang mereka anggotai.
Sebaik sahaja pembubaran-pembubaran tersebut diumumkan, kerajaan-kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang adalah di antara negeri-negeri yang paling awal mengumumkan kod etika yang perlu dipatuhi berdasarkan kedudukan kerajaan negeri masing-masing yang kini berstatuskan sementara sehinggalah PRU13 selesai diadakan dan kerajaan-kerajaan baru dibentuk. Langkah-langkah awal yang dilaksanakan oleh Selangor dan Pulau Pinang adalah menteri besar, ketua menteri dan kesemua ahli-ahli exco kerajaan negeri memulangkan kenderaan-kenderaan rasmi mereka kepada setiausaha kerajaan negeri masing-masing sebagai memenuhi syarat-syarat dan integriti yang perlu dipatuhi oleh sesebuah kerajaan sementara.
Selain daripada itu, anggota-anggota kerajaan-kerajaan negeri tersebut juga dilarang menggunakan kemudahan-kemudahan pentadbiran bagi tujuan berkempen untuk parti-parti politik masing-masing. Kemudahan-kemudahan tersebut adalah seperti saluran-saluran rasmi - bilik mesyuarat, pejabat kerajaan, kenderaan-kenderaan rasmi, alat-alat perhubungan milik kerajaan, bantuan-bantuan kewangan, sebagai contoh.
Akan tetapi, apa yang sedang kita perhatikan sekarang adalah, kerajaan persekutuan yang dikuasai oleh Barisan Nasional (BN) langsung tidak berminat untuk mengikut jejak langkah kerajaan-kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang bagi memelihara integriti pentadbiran awam daripada dicemari kegiatan dan budaya politik berkempen, sempena PRU13 yang akan datang.
Malah para pemimpin dengan nada yang bongkak berani mengatakan bahawa tidak ada sebarang peruntukan ataupun undang-undang pilihanraya yang melarang mereka menggunakan saluran-saluran rasmi kerajaan untuk tujuan berkempen dalam pilihanraya. Malah, yang turut menyokong alasan BN itu adalah pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) itu sendiri yang mengatakan kod etika tersebut tidak perlu dipatuhi kerana ianya sememang tidak wujud di bawah sebarang undang-undang ataupun Akta Kesalahan Pilihanraya.
Akibat daripada itu, bermacam-macam bentuk saluran rasmi kerajaan dan skim-skim serta bantuan kewangan kerajaan disalurkan melalui kempen-kempen pilihanraya, malah banyak juga kenderaan-kenderaan rasmi kerajaan turut digunakan oleh pihak BN sebagai kemudahan logistik mereka dan bagi mempermudahkan pergerakan mereka ke kawasan-kawasan yang menjadi sasaran kempen politik mereka.
Ya, walaupun tidak ada sebarang peruntukan ataupun undang-undang yang melarang "kesalahan-kesalahan" tersebut daripada dilakukan, dalam erti kata etika dan moral, pihak BN sememangnya bersalah. Jikalau disebut etika dan moral itu, memang tidak tertulis di dalam mana-mana undang-undang, kerana perilaku tersebut adalah suatu bentuk ajaran moral yang perlu ditaati oleh setiap manusia yang memiliki hati dan pemikiran yang positif.
Dan jika sekiranya kita asyik mengulangi bertapa perlunya etika tersebut dipatuhi, ianya tidak akan diikuti dengan sepenuhnya, khususnya di pihak BN, kerana walaupun bersifat kerajaan sementara, namun kuasa penuh masih berada di tangan mereka dan mereka berkuasa untuk melanggari etika tersebut walaupun ianya bertentangan dengan moral. Tidak ada gunanya kita memperingati BN mengenai etika tersebut kerana apa yang mereka lakukan selama lebih 55 tahun memerintah adalah tidak bermoral.
Oleh yang demikian, adalah lebih baik kita biarkan proses PRU13 tersebut selesai dan berilah peluang kepada kerajaan yang baru untuk menggubal undang-undang tersebut bagi memelihara integriti pentadbiran awam.