Politik Berpuak Sedang Hantui PRU13
Di dalam pilihanraya umum yang ke-13 (PRU13) kali ini, bukannya Barisan Nasional (BN) dihantui oleh perluasan pengaruh gabungan parti-parti pembangkang di bawah Pakatan Rakyat (PR) ataupun PR dibimbangi tidak akan dapat mencapai kemenangan besar.
Yang amat menghantui keadaan di dalam PRU13 sekarang adalah politik berpuak-puak (factionalism) yang kini sedang berleluasa bukan sahaja di dalam BN, malah parti-parti komponen di dalam PR turut merasai bahang berpuak-puak tersebut yang kini sedang mengancam kemaraan mereka ke Putrajaya.
Di dalam BN, parti-parti komponen utama seperti Umno, MCA, MIC dan Gerakan telah lama menghadapi masalah politik berpuak-puak sejak dari dahulu lagi. Oleh kerana gabungan BN adalah merupakan sebuah parti memerintah, ahli-ahli dan para pemimpin parti-parti komponen BN masing-masing asyik merebut kuasa, mempermainkan di antara satu sama lain, bagi menegakkan ataupun menonjolkan diri mereka untuk menjadi peneraju utama dalam parti masing-masing bagi mendapat jawatan, pangkat dan kedudukan yang lebih tinggi di dalam kerajaan BN.
Antara parti-parti komponen BN yang paling serius menghadapi masalah politik berpuak-puak adalah Umno dan MCA. Di dalam pemilihan dan penentuan calon-calon untuk bertanding di dalam PRU13 sekarang, ketiadakpuasan di kalangan pemimpin peringkat bahagian dan cawangan jelas terpahat, malah ada yang secara terang-terang memberontak menentang keputusan yang telah dibuat oleh pucuk pimpinan parti masing-masing. Di dalam PRU13 kali ini, dilihat agak ramai juga pemimpin Umno yang bertanding atas tiket calon bebas sebagai membantah keputusan pemimpin tertinggi parti mereka.
Manakala di dalam MCA pula, poltik cantas mencantas jelas terpahat dengan presiden MCA Dr Chua Soi Lek telah menunjukkan komitmen beliau dengan jelas mahu mengetepikan kesemua pemimpin-pemimpin MCA daripada puak-puak yang lain daripada bertanding dengan mengketengahkan calon-calon pilihannya sendiri tanpa mempedulikan sebarang tindakbalas daripada para pemimpin MCA peringkat bahagian dan cawangan. Ini menyebabkan agak banyak pemimpin MCA tempatan segera menutup pejabat-pejabat atau pusat operasi PRU13 MCA di kawasan masiing-masing sebagai membantah keputusan pucuk pimpinan MCA yang langsung tidak mengendahkan pendapat para pemimpin MCA bahagian dan cawangan.
Gerakan yang tewas teruk di dalam PRU yang lalu (2008) turut menghadapi masalah politik berpuak-puak khususnya di bekas kubu kuatnya di Pulau Pinang yang menyebabkan beberapa orang penyelaras kawasan yang tidak dipilih untuk bertanding keluar parti untuk bertanding sebagai calon bebas. Keadaan tersebut turut berlaku dalam Gerakan negeri Kedah. Alasan yang diberikan oleh para pemimpin parti yang bertanding atas tiket bebas ini adalah mereka telah diketepikan oleh puak-puak yang lebih kuat dan berkuasa dalam parti.
Selain daripada kejadian politik berpuak-puak di dalam BN yang telah menjadi semakin berleluasa, fenomena tersebut kini sedang juga berlaku di dalam parti-parti komponen PR yang semakin berpengaruh seperti PKR, DAP dan PAS.
Di dalam PKR, politik dalaman berpuak-puak itu telah berlaku sejak daripada penubuhannya dan kini telah sampai ke kemuncaknya apabila PKR telah memperlihatkan ketidakpuasan di kalangan pemimpin PKR peringkat tempatan (bahagian dan cawangan) apabila para pemimpin pilihan mereka tidak dipilih sebagai calon untuk bertanding di dalam PRU13. Akibat daripada itu, agak ramai juga di antara mereka yang tidak puashati lalu bertindak untuk bertanding sebagai calon bebas bagi menenuhi "kehendak para penyokong kuat" mereka di kawasan masing-masing.
Rakan utama PKR, iaitu DAP turut menghadapi keadaan yang sama apabila keahlian parti tersebut mula bertambah sejak tahun 2008 lagi. Sebelum ini, DAP tidak memperlihatkan masalah dalamannya yang begitu serius disebabkan jumlah keahlian DAP yang begitu kecil, akan tetapi selepas 2008, apabila keahlian dalam DAP telah meningkat dengan mendadak, para pemimpin masing-masing ingin merebut kuasa dan pengaruh bagi mendapatkan pengaruh dan jawatan di dalam kerajaan yang dikuasai parti. Dalam PRU13 kali ini juga DAP telah menyebabkan kekecewaan dikebanyakan kawasan-kawasan utamanya seperti Perak, Selangor dan Johor apabila ramai calon-calon tempatan yang diketengahkan oleh kepimpinan negeri atau bahagian masing-masing ditolak, sebaliknya digantikan pula dengan calon-calon lantikan pucuk pimpinan tertinggi parti. Akibat daripada itu, ramai juga pemimpin DAP ini bertindak sendiri dengan bertanding sebagai calon bebas bagi meluahkan bantahan mereka terhadap pucuk pimpinan parti yang mereka dakwa "berat sebelah" dan masalah "puak-puak yang lebih berkuasa".
Bagaimana pula dengan PAS? Ya, ramai yang mengatakan bahawa PAS tidak menghadapi sebarang masalah dalaman yang serius seperti rakan-rakannya dalam PKR dan DAP. Sebenarnya wujud juga sengketa-sengketa di antara puak-puak yang berpengaruh di dalam PAS, cuma cara dan kaedah sengketa di dalam PAS itu adalah amat berbeza dengan apa yang sedang berlaku di dalam Umno, MCA, PKR dan DAP. Mereka tidak menonjolkan persengketaan puak dalaman mereka di khalayak ramai.
Yang kita dapat lihat puak-puak yang paling berpengaruh yang sedang bersaing adalah puak yang konservatif yang masih berpegang teguh kepada faktor keagamaan dalam politik, agenda hudud dan negara Islam, manakala satu lagi puak "Erdogan" ataupun golongan yang berfahaman sederhana yang dapat menerima arus pemodenan dan perubahan zaman. Puak-puak berpengaruh dalam PAS yang seterusnya adalah golongan Terengganu dan Kelantan yang begitu kukuh di negeri masing-masing, manaka golongan Kedah kini sedang memperlihatkan sengekta yang lebih jelas apabila ada kalangan pemimpin kanan PAS negeri yang cuba mengketepikan menteri besar (yang juga persuruhjaya PAS negeri Kedah) dengan beberapa siri cubaan untuk mengambil-alih kuasa kerajaan negeri sebelum ini.
Jadi yang kita dapat lihat dalam politik pada hari ini bukannya saingan hebat di antara BN dan PR, tetapi ianya lebih kepada saingan di antara satu sama lain baik di dalam BN, mahupun di dalam PR. Masing-masing terdapat sengketa politik di antara puak-puak yang berpengaruh. Saingan di antara puak kali ini telahpun menjadi lebih serius apabila kedua-dua belah pihak (BN dan PR) kini sedang berada di dalam kedudukan yang hampir sama dari segi pengaruh dan kuasa, namum kekuasaan PR itu masih terhad kepada beberapa kerajaan negeri sahaja.
Walaubagaimanapun, adalah jelas pertembungan kali ini sebenarnya bukanlah di antara BN dan PR seperti yang disangka oleh rakyat jelata. Ianya sebenarnya adalah pertembungan sesama mereka sendiri, saingan di antara puak-puak politik dalaman parti-parti komponen BN dan PR yang jelas telah mengakibatkan penambahan calon-calon bebas yang bertanding di dalam PRU13 kali ini.