Pemusnahan Rekod dan Dokumen Kerajaan

Tarikh pilihanraya umum ke-13 (PRU13) sedang menjelang dan semakin dekat. Akibat daripada itu, ramai di antara kita pun semakin tidak sabar lagi untuk keluar mengundi dan menunggu keputusan PRU13 yang dijangka akan diumumkan secara berperingkat-peringkat bermula daripada malam 5hb Mei 2013, iaitu selepas proses pengundian dijalankan pada siang hari Ahad tersebut. Dan sewaktu kita dengan tidak sabar-sabar lagi untuk menunggu tarikh PRU13 dan peluang kita untuk mengundi pada hari itu, kita telahpun mendengar dan mendapat makluman secara tidak rasmi daripada kalangan orang ramai dan para pemimpin politik yang tertentu yang mengatakan bahawa proses pemusnahan rekod dan dokumen kerajaan sedang dijalankan di pusat pentadbiran kerajaan pusat di Wilayah Persekutuan Putrajaya. Mengenai kebenaran ataupun kesahihan makluman tersebut, kita sememangnya kurang pasti daripada manakah sumber tersebut berasal, tetapi kejadian pemusnahan rekod dan dokumen kerajaan ini bukannya perkara baru pada h...