Mengapa kerajaan BN masih berlembut dengan pengganas Sulu di Sabah?
Persoalan yang masih ditanya pelbagai pihak di sini adalah, sejak pengganas-pengganas dari selatan Filipina menceroboh masuk ke Lahat Datu, Sabah baru-baru ini, kerajaan BN baik di peringkat persekutuan mahupun di peringkat negeri masih berlembut-lembut dengan para pengganas tersebut dengan rundingan demi rundingan yang masih tidak ada penyelesaian.
Kenapa masih berlembut dengan para pengganas tersebut, sedangkan tidak ada tebusan diambil dan pada masa yang sama keseluruhan kawasan sekeliling tempat para pengganas itu sedang berlindung telahpun diasingkan dan rakyat negeri tersebut kesemuanya telah dipindahkan ke tempat yang lebih selamat? Apakah agenda sebenarnya kerajaan BN ini?
Selain daripada itu, adalah jelas bahawa para pengganas tersebut telah menceroboh negara kita, mennguasai satu kawasan dalam negara kita secara haram, tambah pula bersenjata lengakap serta alat kelengkapan perang yang lain. Ini boleh dikatakan para pengganas tersebut telah mengisytiharkan perang terhadap negara kita dan Yang Di Pertuan Agong.
Cuba bayangkan jika sekiranya seorang rakyat Malaysia yang ditahan kerana memiliki senjata sekecil pistol, rakyat Malaysia tersebut akan terus dihadapkan ke mahkamah, disabitkan dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati. Cuba bayangkan kelainan kerajaan BN ini ketika melayan para pengganas tersebut yang mencerobohi Sabah baru-baru ini.
Adalah difahamkan bahawa kumpulan pengganas Sulu yang menceroboh negara kita di Sabah itu mempunyai kelengkapan senjata api yang bersesuaian dengan situasi peperangan. Apakah tindakan kerajaan BN seterusnya? Mereka hanya mengerahkan pihak polis untuk menangani masalah tersebut. Sehingga kini, pihak tentera masih belum dikerah untuk menghadapi keadaan tersebut.
Apa yang pihak polis boleh buat di dalam situasi peperangan ini? Kita lihat kembali pada tahun 1980an apabila sekumpulan lanun Tawi Tawi yang pernah menceroboh masuk ke Lahat Datu, merompak sebuah bank serta membunuh seorang kakitangan bank tersebut, seterusnya berjaya menguasai seluruh kawasan Lahat Datu untuk satu jangka masa yang agak lama, setelah pihak polis di kawasan tersebut berjaya ditewaskan oleh lanun-lanun tersebut.
Rundingan. Apa yang nak diperundingkan? Kita semua tidak faham. Kenapa hendak diteruskan rundingan sedangkan para pengganas tersebut tidak mengambil tebusan, memasuki negara ini secara haram, tidak menghormati undang-undang negara ini dan tambah lagi dilengkapi senajata-senjata berat serta bersedia untuk berperang dengan negara kita?
Kelembutan kerajaan BN di dalam menghadapi ancaman daripada para pengganas Sulu ini berkemungkinan mempunyai sebab-sebab yang tertentu. Mungkinkah oleh kerana pilihanraya umum sudah dekat, kerajaan BN terpaksa menggunakan cara lembut itu bagi memenangi hati rakyat Sabah?
Kenapa kita sebut demikian? Ingat lagi tak Projek IC yang diilhamkan oleh kerajaan BN yang lalu? Ramai pendatang-pendatang asing tanpa izin (PATI) yang menduduki Sabah telah dijadikan warganegara Malaysia bagi membolehkan mereka mengundi dan memberi kemenangan kepada BN dalam pilihanraya negeri Sabah yang lalu. Buktinya telahpun dilaporkan di dalam Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) untuk PATI di Sabah.
Dan kebetulan PATI-PATI yang telah menjadi warganegara Malaysia ini kebanyakan berasal daripada selatan Filipina, berketurunan Sulu, serta masih mempunyai ramai sanak saudara di selatan Filipina itu. Daripada keadaan tersebut, adalah didapati kebanyakan pengganas-pengganas Sulu itu juga mempunyai ramai saudara mara yang telah lama menetap di Sabah dan banyak di antara mereka ini telahpun menjadi warganegara Malaysia melalui saluran yang tidak sah. Ya, satu kebetulan, rupa-rupanya!
Kerajaan BN sememangnya telah terperangkap dengan perbuatannya sendiri yang lalu. Cuba bayangkan jika sekiranya kerajaan BN bertindak drastik dengan mengarahkan pihak tentera untuk terus mengebom dan menghapuskan para pengganas Sulu itu, apakah tindak balas saudara mara para pengganas itu yang kini bermastautin di Sabah? Kerajaan BN mungkin akan kehilangan "undi-undi yang bernilai" itu di dalam pilihanraya umum yang akan datang.
Para pengganas dari Sulu itu kini seolah-olah sedang memegang kerajaan BN sebagai tebusan dan jikalau perkara ini adalah benar, adakah ianya adil buat negara kita? Pilihanraya umum sudah pun dekat. Baik kita buatlah keputusan tersebut melalui peti undi.
Sama-samalah kita tolak sekaligus para penderhaka negara ini daripada tampuk kuasa negara, daripada bumi Malaysia kita ini.