BN perlu mandat untuk terus bela rakyat?
Menurut timbalan presiden Umno merangkap timbalan pengerusi Barisan Nasional (BN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, partinya dan BN memerlukan mandat untuk terus "membela rakyat" pada pilihanraya umum yang akan datang.
Adakah BN benar-benar memerlukan mandat baru untuk terus membela rakyat ataupun untuk terus memboroskan wang rakyat dan kerajaan? Jikalau benar-benar BN ingin membela rakyat jelata, adakah para pemimpin BN akan menjelaskan kepada rakyat jelata apakah langkah-langkah mereka untuk menyelesaikan beberapa isu, masalah dan skandal-skandal yang kini sedang melanda kerajaan BN pimpinan perdana menteri dan presiden Umno Datuk Seri Najib Razak?
Perkara pokok di sini adalah macam mana senarai daftar pemilih yang telah sekian lama diuruskan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dapat dibersihkan? Sudahlah dengan ribuan masalah daftar pemilih di Semenanjung, kini timbul pula skandal Projek IC, di mana beberapa pihak seperti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), SPR, Imigresen dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) didapati turut terlibat, di mana para pendatang asing tanpa izin (PATI) telah diberikan kerakyatan dan hak mengundi dengan begitu mudah sekali.
Membelot dan menderhakai bangsa, agama dan negara dengan memberi atau menjual kerakyatan kepada orang-orang asing, adakah itu disebut membela rakyat?
Bagaimana pula dengan skandal-skandal seperti PKFZ, NFC, Kapal Selam Scorpene, Pembunuhan Altantuya Sharribbu, Kerugian Felda, MAS, Sime Darby dan macam-macam lagi yang melibatkan kerugian berjuta-juta Ringgit wang rakyat, di mana kerajaan BN masih belum dapat memberikan penjelasan yang lebih terperinci.
Dan oleh kerana kerajaan telah banyak mengalami kerugian berjuta-juta Ringgit akibat daripada pelbagai masalah dan skandal-skandal tersebut, kini wang simpanan rakyat di dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan keuntungan dari Petronas pula menjadi taruhan bagi menuntup kesemua kerugian yang dialami?
Sekali lagi ingin kita bertanyakan, apakah ini dimaksudkan BN itu membela rakyat? Adakah BN membela rakyat dengan memboroskan wang rakyat dan kerajaan? Adakah BN dapat membela rakyat dengan amalan rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan yang terus bermaharajalela?
Selain daripada itu, sentimen perkauman dan kebencian yang semakin banyak diapi-apikan oleh para pemimpin Umno dan NGO-NGO yang ditaja olehnya, kegiatan-kegiatan golongan ekstrem yang pro-Umno yang semakin menekan dan mengancam keharmonian kaum dan agama-agama yang lain, perasaan syak-wasangka di kalangan rakyat berbilang kaum dalam negara ini yang semakin menjadi-jadi, adakah kerajaan BN melaksanakan langkah-langkah perlu bagi mencegah kesemua gejala-gejala negatif ini daripada terus merebak?
Jawapannya adalah tidak. Kerajaan BN telah gagal berbuat demikian, maknanya adakah ini disebut membela rakyat? Dengan membiarkan negara ini menjadi semakin tidak aman, kucar kacir, berpecah dan tidak ada perpaduan, adakah kesemua ini yang dimaksudkan BN itu, membela rakyat?
Rakyat jelata telahpun memberikan BN lebih daripada 55 tahun mandat untuk memerintah negara ini dan beginikah bentuk "pembelaan" yang rakyat jelata dapat daripada BN sebagai balasan?
Cukuplah dengan 55 tahun ini. Jika disambung satu penggal lagi mungkin negara kita ini akan hilang dari peta dunia.