Perubahan dalam gabungan parti-parti politik mungkin berlaku selepas PRU13
Menurut laporan yang dikeluarkan oleh The Strait Times Singapura baru-baru ini, perubahan dalam gabungan parti-parti politik utama seperti Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (Pakatan) mungkin akan berlaku selepas pilihanraya umum ke-13 ini. Laporan daripada media Singapura itu mungkin juga ada kebenarannya.
Walaubagaimanapun, itu semua bergantung kepada kekuatan kemahuan dan keberanian parti-parti politik yang berkenaan di dalam melaksanakan tindakan tersebut. Dua fakta yang bakal menjadi pertimbangan beberapa buah parti-parti politik adalah kepentingan politik dan permintaan rakyat jelata.
Marilah kita melihat ke sudut Sabah. Di negeri Sabah, kini telah timbul skandal di mana para pemimpin Umno sebelum ini telah mempergunakan kuasa mereka untuk membawa seberapa banyak pendatang asing tanpa izin (PATI) yang boleh bagi memastikan parti-parti pembangkang di negeri tersebut tidak akan dapat menguasai negeri tersebut.
Kegiatan Umno yang lebih dikenali sebagai Projek IC itu telah membangkitkan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat Sabah, malah parti-parti komponen BN seperti PBRS, UPKO dan PBS turut melahirkan kebimbangan mereka oleh kerana bilangan PATI kini telah melebihi penduduk pribumi negeri tersebut dan adalah dibimbangi bahawa di suatu hari nanti, kaum bumiputra yang utama negeri tersebut Kadazan Dusun dan Murut (KDM) akan lenyap ditelan arus PATI akibat daripada perbuatan Umno.
Akibat daripada itu SAPP yang pada masa itu salah sebuah parti komponen BN Sabah, telah keluar daripada BN negeri sebagai membantah ketidakadilan yang dialaminya di dalam gabungan tersebut dan juga berkaitan dengan isu-isu PATI yang masih tidak mempunyai penyelesaian sehingga pada hari ini. Malah, PBRS, UPKO dan PBS juga mula melahirkan rasa ketidakpuashati mereka secara senyap-senyap tetapi kesemua bentuk "penentangan" tersebut berjaya dipintas oleh Umno. Di dalam BN sekarang hanya LDP yang masih kekal taat setia tidak berbelah bahagi kepada Umno.
Mungkinkah para pemimpin PBRS, UPKO dan PBS masih menunggu masa untuk bertindak terhadap Umno? Dan mungkinkah PBRS, UPKO dan PBS mahu menunggu satu masa dan mengambil kesempatan di dalam PRU13 nanti? Ya, pelbagai bentuk ramalan didengar dan diperbincangkan pada setiap hari di Sabah. Malah masyarakat KDM (penduduk pribumi utama di negeri Sabah) turut keliru dengan kedudukan politik para pemimpin mereka di Sabah sekarang kerana adalah sukar untuk meramalkan keadaan yang sebenarnya.
Manakala di sebelah pihak pembangkang pula para pemimpin Pakatan masih berusaha keras untuk memperkukuhkan kedudukan di Sabah bagi menghadapi BN pada PRU13 yang akan datang. Namun demikian, kedatangan mereka ke Sabah pula tidak disenangi oleh parti-parti pembangkang tempatan seperti SAPP dan STAR yang masing-masing menyeru agar parti-parti daripada semenanjung (BN dan Pakatan) agar keluar daripada Sabah dan membiarkan politik Sabah diuruskan oleh orang-orang Sabah sendiri.
Seruan STAR dan SAPP turut mendapat simpati daripada kalangan para pemimpin parti-parti komponen BN, seperti PBRS, UPKO dan PBS. Jadi mungkinkah keadaan politik di negeri Sabah bakal berubah akibat daripada Agenda Borneo yang semakin diminati ramai? Mungkinkah BN negeri tersebut akan berpecah dan timbul pula satu gabungan pembangkang yang baru? Adakah parti-parti komponen Pakatan seperti PKR dan DAP mampu menghadapi arus Agenda Borneo yang diketengahkan oleh STAR dan SAPP baru-baru ini. Mungkinkah PKR dan DAP terpaksa tunduk dan bekerjasama dengan STAR dan SAPP pada atau sebelum PRU13 yang akan datang.
Jika sekiranya pihak BN, Pakatan, STAR dan SAPP mengambil keputusan untuk bertarung habis habisan di dalam PRU13 yang akan datang, gabungan-gabungan parti-parti politik yang baru mungkin juga akan timbul selepas PRU13 tersebut bagi merealisasikan tujuan dan arah politik masing-masing.
Manakala di negeri Sarawak pula, BN negeri kelihatan agak "kukuh dan kuat" walaupun parti komponen BN yang kedua besar SUPP kecundang di dalam pilihanraya negeri yang lalu. Parti-parti komponen BN lain yang cuba mengambil kesempatan daripada kemerosotan SUPP adalah PRS dan SPDP. Namun, PRS juga kini sedang dilihat sebagai saingan kepada SPDP dan masing-masing asyik cuba memujuk presiden PBB dan ketua menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud agar parti-parti mereka diberikan keutamaan.
Untuk pengetahuan umum, kedua-dua PRS dan SPDP adalah dibentuk akibat daripada pertelingkahan dan perpecahan di dalam dua buah parti komponen BN negeri yang lalu iaitu PBDS dan SNAP. Kedua-dua PBDS dan SNAP kini telah terbubar akibat daripada rebutan kuasa dalaman. Dan sekarang pula, satu puak di dalam PRS telah berpecah dan membentuk sebuah parti baru yang bernama Parti Pekerja Sarawak (SWP) dan telah berikrar untuk bertanding melawan semua calon-calon PRS di dalam pilihanraya negeri yang akan datang.
Di sudut PBB pula, iaitu parti komponen BN Sarawak yang utama dan paling "kukuh", dipercayai juga telah memainkan peranan mereka untuk memastikan kaum pribumi utama negeri tersebut Dayak senantiasa berpecah di dalam arena politik negeri agar PBB akan dapat terus menguasai negeri tersebut. Apakah para pemimpin PRS dan SPDP masih tidak sedar dengan dasar pecah dan perintah yang diamalkan oleh PBB di dalam BN negeri selama ini? Kenapa pula para pemimpin Dayak di dalam BN masih tidak sedar apakah yang telah berlaku di dalam PBDS dan SNAP sebelum ini? Dan adakah pemimpin PRS sedar yang kemelutnya dengan SWP sekarang adalah kerana hasutan dari belakang oleh para pemimpin PBB?
Masyarakat Dayak di negeri Sarawak, walaupun merupakan penduduk pribumi yang utama di negeri tersebut masih belum dapat mengecapi kemajuan di dalam pelbagai bidang sepenuhnya. Malah masyarakat Dayak juga didapati masih ditindas dan tanah mereka dirampas secara paksa dan digantikan dengan pampasan yang tidak setimpal dengan nilai dan hasil mereka yang berdekad-dekad. Apa yang para pemimpin Dayak dalam BN telah buat bagi mempertahankan hak masyarakat yang kononnya "mereka wakili" selama ini?
Di dalam pilihanraya negeri Sarawak yang lalu, SUPP telah merasai bahang penolakan daripada rakyat khususnya di kawasan bandar. Kebanyakan calon-calon SUPP kalah kepada calon-calon DAP yang dilihat dapat membawa perubahan di dalam politik negeri tersebut. Walaubagaimanapun, mesej untuk berubah itu masih tidak sampai kepada majoriti masyarakat Dayak yang khususnya berada di luar bandar, oleh kerana "perintah berkurung" yang dikenakan oleh BN Sarawak sewaktu pilihanraya negeri yang lalu.. Akibat daripada itu, PKR hanya dapat menawan sebilangan kecil kerusi-kerusi BN di kawasan pendalaman, jika dibandingkan dengan DAP yang lebih berjaya di kawasan-kawasan bandar.
Seperti rakan-rakan mereka di Sabah, PRS dan SPDP juga mula merasai bahang akibat senantiasa dibaham oleh PBB selama ini. Cubaan beberapa bekas pemimpin Dayak untuk menghidupkan semula PBDS dan membentuk Kongress Dayak Malaysia (MDC) berjaya dipatahkan oleh PBB dengan bantuan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS). Malah yang lebih teruk lagi SNAP yang baru sahaja dipulihkan sebelum ini, turut diistyiharkan oleh mahkamah sebagai haram akibat daripada rayuan ROS.
Jadi, apakah pilihan masyarakat Dayak sekarang? Mereka turut keliru dengan keadaan politik semasa di kalangan pemimpin masyarakat mereka yang tidak tentu arah. Dan mereka juga tidak dapat membuat pilihan yang tepat oleh kerana infomasi dan teknologi maklumat di kalangan masyarakat mereka adalah terhad, sebab utamanya adalah keadaan mereka yang terletak di kawasan luar bandar dan berbukit-bukit serta di dalam kawasan pendalaman yang sukar didatangi oleh para pemimpin parti-parti pembangkang bari menyampaikan mesej-mesej alternatif.
Oleh itu, untuk mengubah keadaan sekarang, semuanya adalah bergantung kepada para pemimpin Dayak yang ada sekarang yang berada di dalam lingkungan BN itu sendiri seperti PRS, SPDP dan SUPP. Kalaulah para pemimpin Dayak di dalam BN negeri ini boleh menyedari keadaan mereka yang cukup daif sekarang dan perlunya mereka ini mengatasi kepentingan diri mereka dengan kepentingan masyarakat Dayak pada keseluruhan, bolehlah keadaan dan kebajikan masyarakat Dayak berubah. Jika sekiranya para pemimpin dalam PRS dan SPDP mampu memberanikan diri mempertahankan hak mereka, keadaan politik di dalam BN mungkin juga boleh berubah. Kalaulah PRS dan SPDP boleh lakukan dengan sebaiknya untuk masyarakat Dayak, platform bagi melawan ketuanan PBB di dalam BN negeri adalah dengan keluar daripada BN Sarawak dengan sepenuhnya dan bergabungan dengan PKR dan DAP bagi membentuk satu pakatan pembangkang yang baru.
Di Semenanjung pula bagaimana? Ya, ramai di kalngan kita telahpun dan sedang melihat bertapa ketuanannya Umno terhadap parti-parti komponen BN yang lain seperti MCA, MIC, PPP dan Gerakan. Di dalam BN, hanya Umno sahajalah yang nampak lebih menonjol, jika dibandingkan dengan MCA, MIC, PPP dan Gerakan. Di dalam BN pusat, Umno asyik melaung-laungkan agenda "ketuanan Melayu" dan agenda perkaumannya di hadapan MCA, MIC, PPP dan Gerakan yang sehingga kini masih tidak dapat berbuat apa-apa bagi mengatasi "kehebatan" Umno yang melampau semangat kerjasama BN itu sendiri. Malah para pemimpin MCA, MIC, PPP dan Gerakan turut terpaksa tunduk kepada kehendak para pemimpin Umno bahagian di dalam penentuan dan pembahagian calon-calon untuk bertanding di dalam PRU13 yang akan datang.
Di kalangan masyarakat Melayu, Umno sentiasa melaung-laungkan yang kononnya jika Pakatan berjaya mengambil alih kuasa selepas PRU13 nanti, DAP akan berkuasa, membubarkan sistem pemerintahan beraja, memansuhkan Islam sebagai agama rasmi negara ini dan merubah Malaysia kepada sebuah negara Kristian.
Manakala di kalangan masyarakat Cina pula, MCA pula cuba melaung-laungkan yang DAP tidak berkuasa dan sebenarnya PAS yang sungguh berkuasa. Apabila Pakatan berjaya mengambil-alih Putrajaya nanti, PAS akan membentuk sebuah negara Islam ala-Iran di Malaysia di mana diskriminasi kaum dan agama akan berlaku di bawah pemerintahan Pakatan.
Dalam BN pun terdapat dua pendapat yang berbeza masing-masing dajukan kepada masyaraka yang berlainan. Adakah itu disebut perpaduan dan 1Malaysia?
Apakah tindakan MIC, PPP dan Gerakan. Begitu senyap sekali kan? MIC masih dibelengui masalah dalaman, sementara PPP pula masih tidak dapat pulih daripada kekalahannya dalam pilihanraya umum yang lalu, manakala di dalam Gerakan pula, arah tujunya masih tidak jelas walaupun perjuangan parti tersebut masih berlandaskan masyarakat berbilang kaum dan mengutamakan Bangsa Malaysia. Gerakan kini sedang menumpukan sepenuh perhatiannya di negeri Pulau Pinang bagi memperoleh kembali zaman gemilangnya setelah kecundang di dalam pilihanraya umum yang lepas.
Walauapapun, MCA, MIC, PPP dan Gerakan masih menjadi penentu sama ada BN masih dapat kekal bertahan selepas PRU13 yang akan datang. Jika sekiranya keempat-empat parti komponen BN ini mengambil keputusan untuk keluar daripada BN, Umno mungkin akan kehilangan sokongan terus daripada masyarakat bukan Melayu dari seluruh negara, walaupun parti tersebut masih mampu mempertahan kedudukannya di kalangan masyarakat Melayu.
Bagaimana pula dengan Pakatan dengan parti-parti komponennya, seperti PKR, DAP dan PAS. Yang menyatukan ketiga-tiga parti politik ini untuk menjadi Pakatan adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim, bekas timbalan perdana menteri yang kini ketua pembangkang parlimen. Walaupun di dalam Pakatan, PKR dan DAP lebih menonjolkan kesederhanaan di dalam politiknya, yang asyik menganggu kelicinan di dalam pakatan pembangkang tersebut adalah PAS (seperti juga Umno) yang sering mempamerkan agenda keagamaannya yang begitu ekstrem sehingga diambil kesempatan oleh pihak BN, khususnya MCA untuk dijadikan modal untuk menentang Pakatan.
Dan jika sekiranya keadaan yang bertentangan dengan persefahaman di dalam Pakatan terus berlaku oleh kerana tindakan PAS yang ekstrem itu, berkemungkinan juga parti Islam tersebut akan keluar daripada Pakatan di suatu hari nanti. Oleh itu, pucuk pimpinan Pakatan perlu bersedia menghadapi kemungkinan tersebut dan juga perlu juga bersedia untuk menerima parti-parti pembangkang yang lain ke dalam gabungannya, seperti Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Parti Rakyat Malaysia (PRM) bagi memperkukuhkan lagi kedudukannya untuk menghadapi Umno dan BN.
Di dalam politik negara ini terdapat banyak dugaan dan kemungkinan yang mungkin boleh berlaku di kedua-dua belah pihak, baik di sebelah BN mahupun di pihak Pakatan. Di kedua-dua belah pihak, terdapat juga parti-parti yang masih ekstrem dan mementingkan satu kaum atau agama sahaja, iaitu Umno dan PAS. Iaitu satu amalan ataupun ideologi politik yang telah kian lapuk, menurut kebanyakan di kalangan golongan muda.
Apa yang generasi baru mahukan di dalam politik negara sekarang adalah perkhidmatan yang lebih efektif, mempunyai daya saing yang menyeluruh, mampu mempamerkan prestasi yang baik dan mampu membuktikan keupayaan mereka untuk kebaikan rakyat dan negara.
Politik yang mencampur-adukan agama dan kaum adalah merupakan ideologi dan fahaman yang telah ketinggalan zaman dan tidak lagi sesuai digunapakai dalam era pemodenan teknologi dan pembangunan masa kini.
Oleh yang demikian, kemungkinan lanskap politik negara ini akan berubah selepas PRU13 yang akan datang sememangnya tidak dapat dinafikan, namum ianya akan tetap bergantung kepada kehendak rakyat jelata yang akan mengundi bagi memilih satu campuran parti-parti politik (BN dan Pakatan) yang lebih memahami kehendak dan aspirasi rakyat jelata bagi membawa negara ini maju ke hadapan.