Kemelut dalam Umno Selangor, Najib terpaksa campurtangan
Nampaknya perbalahan di antara puak-puak yang paling berpengaruh di dalam Umno Selangor sememangnya telah menjadi semakin runcing, sehinggakan presiden Umno Najib Razak pula terpaksa campurtangan untuk meredakan keadaan di situ menjelang pilihanraya umum ke-13 (PRU13) yang akan datang.
Najib yang kini juga ketua perhubungan Umno Selangor terpaksa meredakan perbalahan di antara puak-puak yang masing-masing diketuai oleh Noh Omar (timbalan ketua perhubungan Umno Selangor), Mohd Zin Mohamed (ketua penyelaras BN Selangor dan Dr Mohd Khir Toyo (bekas menteri besar Selangor) kerana ketiga-tiga mereka ini masing-masing ingin mengketengahkan calon-calon pilihan mereka untuk bertanding di dalam PRU13 yang akan datang.
Oleh kerana ketiga-tiga puak terbesar dan terpengaruh di dalam Umno Selangor ini masih berbalah, Najib terpaksa masuk ke Selangor menjawat jawatan ketua perhubungan Umno negeri dan kini terpaksa pula menjadi pengarah operasi BN PRU13. Menurut laporan berita daripada akhbar-akhbar pro-BN, kemasukan Najib ke dalam pasukan operasi BN PRU13 sebagai pengarah operasi adalah bertujuan untuk memperkukuhkan jentera PRU13 BN Selangor bagi menghadapi Pakatan Rakyat.
Kenapa pula jikalau tanpa Najib sebagai pengarah operasi, jentera PRU13 BN Selangor tidak dapat bergerak dengan berkesan? Apakah yang telah dan sedang berlaku? Bukankah Umno Selangor kini telah mempunyai beberapa pemimpin yang berkaliber seperti Noh Omar, selaku timbalan ketua perhubungan Umno Selangor dan Mohd Zin Mohamed, selaku ketua penyelaras BN Selangor?
Jadi, dengan Najib yang telah melantik diri beliau sebagai pengarah operasi BN PRU13 jelas menunjukkan bahawa kemelut Umno di negeri Selangor itu telah tidak dapat diselesaikan lagi di antara para pemimpin Umno dalam negeri tersebut sehingga terpaksa melibatkan presiden Umno itu masuk campur untuk meredakan keadaan.
Di dalam Umno Selangor, didapati masing-msing ingin menjadi ketua-ketua bahagian, masing-masing dengan jawatan ketua bahagian itu dapatlah mereka bertindak sebagai panglima perang (warlord), selepas itu pula masing-masing ingin menjadi ketua panglima perang (chief warlord) untuk membolot segala harta dan kekayaan sumber di dalam negeri Selangor apabila dapat merampas semula kerajaan negeri Selangor selepas PRU13 nanti.
Dr Mohd Khir Toyo dah pernah mencuba, sekarang tiba pula giliran kedua-dua Noh Omar dan Mohd Zin untuk berebut kerusi "bakal menteri besar" itu. Selamat merebutlah!