Doktor Nyanyuk Usah Salahkan Orang Lain

Di dalam seesi keterangan yang kini sedang dijalankan oleh Suruhanjaya Di Raja (RCI) Mengenai Pendatang Tanpa Izin Di Sabah, beberapa siri keterangan yang diberikan oleh saksi-saksi jelas menunjukkan bahawa kerajaan BN di bawah bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah sememangnya dalang terhadap Projek IC.

Pemimpin utama yang telah dinamakan dengan begitu jelas, timbalan menteri dalam negeri  pada masa itu, Tan Sri Megat Junid Megat Ayub didapati telah memberikan arahan secara langsung di dalam kegiatan pemberian kerakyatan kepada para pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah.

Megat Junid adalah timbalan menteri dalam negeri pada masa itu. Jadi siapakah menteri dalam negeri pada masa itu? Semua orang pun tahu, Dr Mahathir adalah menteri yang bertanggungjawab secara langsung di dalam Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada waktu itu. Kalau Dr Mahathir katakan Megat Junid itu bertindak sendiri dan di luar pengetahuan beliau, itu semamangnya mustahil. Adakah dengan ini Dr Mahathir akan mengakui yang dirinya turut bermasalah kerana tidak dapat mengawal Megat Junid yang "nakal" itu?

Di dalam epik yang seterusnya, Dr Mahathir kini cuba menyalahkan bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam skandal tersebut dengan mengatakan bahawa ketua pembangkang parlimen itu adalah dalang di sebalik Projek IC tetapi Dr Mahathir mengatakan bahawa beliau tidak ada bukti untuk mensabitkan bekas timbalannya pada masa itu.

Kalau tak ada bukti, ataupun sesuatu maklumat yang kukuh, kenapa pula hendak menuduh orang lain yang melakukannya, sedangkan Datuk Seri Anwar yang juga menteri kewangan pada waktu itu tidak mempunyai kaitan langsung dengan kuasa pemberian kerakyatan, MyKad dan hal yang berkaitan dengan imigresen.

Hakikatnya adalah kesemua kuasa mutlak tersebut adalah terletak di tangan KDN. Oleh itu, kenapa pula dengan secara tiba-tiba Dr Mahathir cuba menyalahkan Datuk Seri Anwar di dalam Projek IC tersebut? Mungkin juga Dr Mahathir itu telahpun nyanyuk dan mudah lupa, ataupun sengaja mengalihkan perhatian orang ramai mengenai kaitan langsung beliau dengan KDN pada waktu itu.

Sewaktu Dr Mahathir menjadi perdana menteri, beliau lah yang menjawat jawatan menteri dalam negeri paling lama. Dan dengan jawatan KDN itu, beliau telah berjaya mencantas lawannya satu demi satu bagi memperkukuhkan kedudukannya sehinggalah ke puluhan tahun lamanya.

Di dalam keterangan RCI itu, tidak ada satu saksi pun yang menyebut Dr Mahathir terlibat, dan kenapa pula beliau asyik bersuara mengenai perkara tersebut setelah Megat Junid dinamakan berulang kali sebagai salah seorang daripada kumpulan dalang tersebut? Ya, rupa-rupanya, siapa yang makan cili maka dialah merasa pedas. Dr Mahathir kini cuba untuk mengelakkan diri daripada skandal itu dengan segera menyuarakan pandangan dan keadaan yang mengelirukan.

Doktor nyanyuk usah salahkan orang lain kerana perbuatan sendiri yang khianat. Dialah Anak Derhaka!

Popular posts from this blog

EC should ask ROS to register Pakatan quickly

USM fiasco a shame

Singapore Malay daily teaches Mahathir about hardwork