NGO pro-Umno kacau perempuan
Sekumpulan penunjuk perasaan yang kian ganas, dipercayai daripada NGO pro-Umno yang menggelar diri mereka Majlis Bertindak Peniaga Kuala Lumpur (MBPKL) hari ini telah menggerakkan seramai 100 orang "ahli" dan para penyokong mereka, berserta dengan kumpulan samseng mat rempit untuk menganggu gugat pengerusi bersama Bersih 3.0 Datuk S.Ambiga di kawasan kediamannya.
Rancangan mereka untuk menyerbu masuk ke kediaman Datuk Ambiga bagaimanapun telah disekat oleh pihak berkuasa yang telah memulakan kawalan dan sekatan jalan di situ bagi memastikan ketenteraman para penduduk di kawasan tersebut tidak terjejas.
Nampaknya sangat para "ahli", penyokong MBPKL ini dan kumpulan mat rempit yang diupah mereka ini suka sangat menganggu perempuan dan perbuatan mereka ini menunjukkan yang mereka semua ini benar-benar pengecut belaka. Kenapa nak membuli seorang perempuan sehingga ke tahap begini? Bukankah Datuk Ambiga merupakan salah seorang pengerusi bersama Bersih 3.0? Kenapa pula kumpulan NGO pro-Umno ini tidak pula pergi ke kediaman Datuk A.Samad Said yang juga merupakan seorang pengerusi bersama Bersih 3.0?
Kenapa pula kumpulan NGO ini tidak pula pergi berdemo di hadapan kediaman-kediaman presiden PAS Datuk Abdul Hadi Awang, ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan penasihat DAP Lim Kit Siang? Para pemimpin Pakatan Rakyat ini turut menyokong Bersih 3.0, bukan? Adakah ini disebabkan Datuk Samad, Abdul Hadi, Anwar dan Kit Siang adalah lelaki dan sukar untuk menghadapi mereka dan oleh kerana Datuk Ambiga itu seorang perempuan, maka MBPKL berasa lebih senang untuk menyasarkan kebencian mereka terhadap peguam wanita tersebut?
Nampaknya, para pemimpin, "ahli-ahli" dan penyokong MBPKL ini semua gemar sangat menganggu dan mengacam perempuan dan tidak berani menghadapi para pendukung (lelaki) Bersih 3.0 yang lain. Ini semua benar-benar suatu perbuatan para pengecut dan langsung tidak bertamadun.
Di dalam demonstrasi terhadap Datuk Ambiga itu, MBPKL ini turut mendakwa, yang kononnya mereka ini berjuang demi menegakkan Islam dan mempertahankan hak-hak orang Melayu. Isu ini adalah berkenaan dengan Bersih yang memperjuangkan pilihanraya bersih dan adil, manakala mereka yang menentang Bersih itu adalah kerana mereka mengadu bahawa "pendapatan" perniagaan mereka terjejas akibat perhimpunan tersebut yang diadakan pada 28 April yang lalu.
Jadi, kenapa tiba-tiba pula timbul soal Islam dan bangsa Melayu terancam oleh kerana perbuatan Datuk Ambiga itu? Tak masuk akal langsung, atau mungkin para penganjur demonstrasi ini sedang menghidapi penyakit barah otak yang serius yang menyebabkan mereka ini bertindak tidak waras?
Bagi kami, kalau MBPKL ini betul-betul jantan, pergilah berhadapan dengan Datuk Samad, Abdul Hadi, Anwar ataupun Kit Siang. Cabarlah lelaki sama lelaki! Tak cukup berani? Ya, memang tak berani kerana sehingga kini mereka masih ingin terus mengacau wanita tersebut.
Dan oleh kerana MBPKL ini tiba-tiba pula membawa isu Islam dan Melayu ke demonstrasi menentang Datuk Ambiga, ianya disifatkan telah merendahkan martabat agama dan bangsa tersebut dengan sewenang-wenangnya. Islam tidak mengajar umatnya untuk mengacau atau membuli kaum hawa, Islam tidak mengajar umatnya untuk menjadi ganas dan mengancam keselamatan kaum hawa dan pada masa yang sama Islam juga tidak mengajar umatnya untuk mencaci dan menyumpah kaum hawa sesuka hati.
Perbuatan MBPKL yang membangkitkan isu agama dan perkauman ini jelas telah merendahkan martabat Islam dan orang-orang Melayu pada keseluruhannya.
Seterusnya, kami juga mempersoalkan kesahihan MBPKL ini sama ada ianya merrupakan sebuah pertubuhan yang sah dan didaftarkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan atau sebaliknya. Boleh tak para pemimpin MBPKL ini membuktikan bahawa mereka ini bukan pertubuhan haram yang tidak berdaftar? Kami mencabar MBPKL untuk mengemukakan sijil pendaftaran mereka!
Akhirnya, kami juga mempersoalkan MBPKL yang mendakwa diri mereka memperjuangkan hak-hak para peniaga kecil orang-orang Melayu. Kalau mereka ini betul-betul memperjuangkan agenda tersebut, kenapa tidak pula berdepan dengan kerajaan BN kerana setelah lebih 50 tahun memerintah, masih ramai lagi peniaga-peniaga kecil Melayu yang hidup miskin, terpinggir dan tidak terbela?
Bukalah gerai-gerai burger, buatlah senaman punggung dan hantar semua mat rempit ke Putrajaya untuk berdemo di hadapan Seri Perdana kalau betul-betul jantan! Jangan selalu asyik mengacau perempuan.