Umno yang rasa dirinya terancam
Kata Najib dan Muhyiddin di dalam perhimpunan agung Umno kini sedang berjalan, orang-orang Melayu kini sedang diancam elemen-elemen luar yang boleh memudaratkan hak-hak keistimewaan mereka. Tambah para pemimpin Umno itu lagi, orang-orang Yahudi kini juga sedang dalam proses untuk menguasai negara ini dengan kerjasama ketua pembangkang Anwar Ibrahim. Betulkah orang-orang Melayu kini sedang terancam dengan pelbagai karenah-karenah seperti yang didakwa oleh para pemimpin Umno baru-baru ini? Sampailah ke tahap Peristiwa 13 Mei juga boleh berulang. Ini nampaknya sudah melebihi batas kebenaran kerana kesemua bentuk percakapan yang dilemparkan di dalam perhimpunan agung Umno itu telah melepasi had yang logik. Memang tidak logik dibuatnya. Sebenarnya, Umnolah yang telah merasa diri mereka terancam, akibat daripada pengaruh parti-parti pembangkang yang dikatakan semakin popular di kalangan rakyat. Umno merasa dirinya terancam kerana takut akan kehilangan kuasa pada pilihanraya umum yang ...