Najib masih tak berani keluarkan SPRM daripada JPM
Kata perdana menteri dan presiden Umno Najib Razak bahawa beliau akan memerangi rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan di dalam jentera kerajaannya habis-habisan di bawah Program Transformasinya. Namun demikian, kegiatan dan amalan rasuah itu masih menjadi ketuanan di dalam kerajaannya sehinggalah sekarang dan apabila ditanya akan kegagalan beliau di dalam menangani masalah tersebut, partinya, Umno dengan nada yang bongkak sebaliknya membangkit isu-isu perkauman dan Islam bagi melindungi segala-gala yang tidak baik dan negatif di dalam pentadbiran yang ditetajui oleh Umno.
Kita sekarang hendak mencabar Najib, beranikah beliau mengeluarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) daripada kelolaan Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang diterajui sendiri oleh beliau agar SPRM diletakkan terus di bawah seliaan parlimen? Beranikah Najib jika sekiranya itulah matlamat utama beliau di dalam usahanya untuk memerangi amalan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan di dalam pentadbirannya selama ini?
Sehingga pada hari ini, perdana menteri dan presiden Umno itu masih tidak cukup berani untuk mengeluarkan SPRM daripada kongkongan JPM bagi membolehkan badan pencegahan rasuah itu melaksanakan tanggungjawabnya dengan lebih bebas dan berkesan. Sebab itulah, macam mana banyak pun usaha Najib untuk memerangi amalan yang kian merebak itu tidak akan berhasil juga kerana SPRM itu masih bukan merupakan satu badan yang cukup bebas untuk berbuat demikian. Selagi SPRM masih berada di bawah kelolaan JPM, keberkesanan SPRM itu tidak akan menjadi kenyataan buat selama-lamanya.
Kita tengoklah, sehinggalah pada hari ini, masih terdapat ramai pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) yang lain masih bebas berada di luar sana, masih aktif berpolitik untuk kepentingan diri mereka sendiri, maka yang tertangkap berpuluh-puluh orang yang terlibat itu pun hanyalah cebisan-cebisan kesalahan tersebut yang menerima arahan tetapi tidak mempunyai kuasa yang mencukupi untuk melakukan sesuatu yang amat besar.
Sementara mereka yang memperturunkan titah dan amat berkuasa itu masih berada di atas sana, masih berkuasa penuh, punyai harta dan kekayaan yang sangat mewah dan tidak terbilang jumlahnya masih bebas terus melakukan kesemua bentuk perbuatan yang keji itu dan yang bertentangan dengan ajaran agama yang dianuti kononnya.
Kita tengoklah kisah pembunuhan dua orang "saksi" SPRM yang dikatakan telah dan sedang disiasat, tetapi akhirnya apakah kesudahannya? Banyak pula alasan yang remeh diketengahkan, bunuh diri, mati secara mengejut, mati secara tidak sengaja ataupun termati dengan begitu sahaja serta macam-macam lagi karenah, sehinggakan pihak kehakiman, jabatan forensik dan badan siasatan dalam negara kita ini telah menjadi bahan ketawa di seluruh dunia. Tak malukah Najib apabila berhadapan atau bertemu dengan para pemimpin negara yang lain?
Selain daripada itu, terdapat beberapa kes-kes rasuah yang berprofail tinggi yang melibatkan kerugian atau kehilangan berbilion-bilion Ringgit jumlahnya masih tertunggak perbicaraannya dengan begitu lama di dalam mahkamah kerana kelemahan pihak pendakwaan yang gagal mengemukakan bukti-bukti kukuh dan berkaliber yang dapat mensabitkan pesalah-pesalah tersebut. Di antara beberapa kes-kes tersebut, banyak pula pesalah-pesalah yang didapati tidak bersalah dan dapat terlepas daripada pendakwaan tersebut ekoran daripada kelembapan para pegawai SPRM ataupun terdapat tekanan-tekanan yang kononnya datang daripada pihak atasan ataupun mereka-mereka yang berkuasa.
Pilihanraya umum yang ke-13 sedang menjelang dan parlimen akan dibubarkan tidak lama lagi bagi membolehkan rakyat jelata mengundi memberikan mandat kepada parti-parti yang bertanding untuk mewakili mereka pada penggal yang akan datang.
Kita cabar Najib sekali lagi, jikalau beliau benar-benar ikhlas di dalam "perjuangannya" untuk memerangi semua bentuk rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan yang kini sedang menular di dalam pentadbiran dan parti pimpinannya, keluarkan SPRM daripada JPM dengan segera dan memindah seliaan tersebut kepada parlimen.
Dan jikalau Najib masih enggan menyahut cabaran tersebut, maka terbuktilah beliau sememangnya masih mengutamakan kekuasaannya daripada kepentingan rakyat, ekonomi dan negara kita.
Selamat Jalan !