Bukankah para pemimpin Umno sangat sayang dan utamakan Proton?

Sewaktu dua kerajaan negeri yang diterajui oleh gabungan penbangkang Pakatan Rakyat mengambil keputusan untuk melupuskan kenderaan rasmi yang lama, iaitu Proton Perdana milik pentadbiran masing-masing oleh kerana kos pembaikan dan servis untuk kenderaan-kenderaan tersebut didapati terlalu mahal dan semakin meningkat, para pemimpin Umno dengan lantas mengeluarkan kritikan dan kecaman mereka dengan mengatakan bahawa para pemimpin dan menteri-menteri besar kerajaan Pakatan Rakyat tidak mengutamakan kenderaan buatan Malaysia iaitu Proton dan lebih suka dengan kemewahan kenderaan-kenderaan asing yang diimport.

Manakala ada pula pemimpin Umno yang menuduh para pemimpin parti-parti dari pakatan pembangkang yang kononnya mereka menderhaka dan membelot kepada negara dengan mengambil keputusan untuk menggantikan kenderaan rasmi kerajaan negeri yang sedia ada dengan kenderaan model Toyota Camry 2.0 dan 2.4 yang dipesan daripada UMW Toyota Motor Sdn Bhd.

Alasannya, kita semua pun telah mengetahuinya. Kenderaan-kenderaan yang dihasilkan oleh pembuat kereta nasional Perusahaan Otomobil Nasional Bhd (Proton) jelas gagal memaparkan mutu dan prestasinya dengan lebih baik daripada kenderaan-kenderaan berjenama asing. Banyak aduan daripada pelanggan-pelanggan mengenai keadaan kereta-kereta Proton, malah mutu pembaikan dan servisnya juga didapati tidak memuaskan, apatah lagi dengan khidmat pelanggannya yang tidak efisien.

Adalah jelas, apa yang diperkata, dikecam dan dikritik oleh para pemimpin Umno selama ini adalah cuma bertujuan untuk melanjutkan agenda politik mereka serta bersifat hipokrit belaka.

Daripada tinjauan terhadap tiga orang menteri besar Umno baru-baru ini, adalah didapati ketiga-tiga pemimpin Umno ini turut membeli dan menggunakan kenderaan berjenama import yang mewah sebagai kereta rasmi ketua kerajaan negeri masing-masing.

Bukankah itu "menderhaka", "tidak sayangkan barangan buatan Malaysia" atau disebut "pembelot"? Suatu hipokrasi para pemimpin Umno yang amat jelas terpapar di sini.

Popular posts from this blog

EC should ask ROS to register Pakatan quickly

USM fiasco a shame

Singapore Malay daily teaches Mahathir about hardwork