BN terlalu takutkan Anwar Ibrahim. Kami mahukan kerajaan baru, soal siapa PM baru tidak penting
Nampaknya, di dalam Barisan Nasional (BN) khususnya Umno sudah terlalu takutkan Ketua Pembangkang Parlimen Datuk Seri Anwar Ibrahim, sehinggakan mereka terlupa terus akan kewujudan dan perkembangan di dalam gabungan pembangkang Pakatan Rakyat (Pakatan) yang kini sedang diterajui oleh Datuk Seri Anwar.
Baru-baru ini timbul pula satu terbitan baru video yang kononnya sedang mengadakan hubungan seks dengan seorang lelaki yang tidak dapat dikenali. Sebelum ini, terdapat juga epik-epik yang diterbitkan oleh sang tiga datuk yang kesemuanya bekas-bekas pemimpin Umno dan Perkasa, namum ketiga-ketiga mereka ini akhirnya didakwa di mahkamah kerana menayangkan filem dan video lucah di khalayak ramai.
Satu persoalan yang paling kita asyik hairan adalah, kenapa kesemua filem-filem dan babak-babak lucah tersebut sering ditayangkan di dalam siaran hitam putih? Katakanlah kalaulah kita benar-benar nak kenakan dan mensabitkan Datuk Seri Anwar ke atas kesalahan aksi-aksi lucah dan kegiatan "hubungan sejenis" tersebut, alangkah baiknya jikalau ianya diterbitkan di dalam filem dan video yang berwarna bagi dinampakkan wajah "beliau" itu dengan lebih jelas dan terperinci.
Tetapi nampaknya, ada dua perkara yang berada di dalam pemikiran si penerbit filem dan video tersebut, sama ada penerbit tersebut sudah terlalu bodoh dan tak masuk akal, ataupun sememangnya bukti tidak mencukupi dan penayangan filem atau video tersebut di dalam hitam putih adalah bertujuan untuk menutup segala tanda-tanda ataupun kelemahan si pelakon yang mengemukakan dirinya sebagai "Datuk Seri Anwar" sewaktu penggambaran tersebut dijalankan. Bukan sahaja filem atau video tersebut hitam putih, bahkan ianya juga kelihatan kabur dan amat tidak jelas sekali.
Jadi, motif sebenarnya babak dalam hitam putih itu adalah bertujuan untuk menganiayai seseorang, dan bukannya untuk membuktikan sesuatu kerana sememangnya sejak daripada permulaaan lagi, tidak ada kebenaran langsung di dalam babak-babak tersebut yang mendakwa kononnya Datuk Seri Anwar itu adalah seorang gila seks ataupun homoseksual.
Beginilah ketakutan Umno yang amat sangat terhadap Datuk Seri Anwar yang telah menjadi semakin popular di khalayak ramai dan di arena antarabangsa sehingga fokus penghapusan mereka setakat ini hanyalah bertumpu kepada Datuk Seri Anwar sahaja, dan oleh sebab itulah para pemimpin Pakatan dapat mengambil kesempatan daripada kelemahan Umno yang hanya mensasarkan seorang individu sahaja di dalam kempennya untuk memerangi parti-parti pembangkang utama.
Pokok utama rakyat Malaysia pada hari ini adalah kami berkehendakan satu kerajaan yang bersih, amanah dan bebas daripada segala-gala amalan rasuah, penyalahgunaan kuasa ataupun penyelewengan yang boleh memudaratkan ekonomi dan rakyat dalam negara ini.
Persoalan sama ada Datuk Seri Anwar dapat menjadi perdana menteri atau sebaliknya itu tidak menjadi tajuk utama, tetapi yang paling kita bimbangi adalah kerajaan BN yang ada sekarang sehingga kini masih gagal untuk memerangi masalah-masalah tersebut dan sebuah kerajaan yang baru harus diketengahkan. Soal siapakah yang akan menjadi perdana menteri seterusnya bukannya fokus utama rakyat jelata.
Selain daripada itu, rakyat jelata juga mahukan agar pilihanraya yang bersih dan adil dapat diadakan. Sehingga pada hari ini, kerajaan BN masih gagal untuk menangani pelbagai jenis masalah yang dihadapi oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), yang merangkumi senarai daftar pemilih yang dipalsukan, daftar pemilih yang wujud secara pendua di dua kawasan yang berlainan, kemasukan ramai pendatang asing tanpa izin (PATI) ke dalam senarai daftar pemilih, undang-undang yang mengekang pengauditan pihak bebas terhadap proses yang dijalankan oleh pihak SPR, kewujudan pengundi-pengundi hantu yang semakin berleluasa, penyelewengan undi-undi pos bagi memberikan kemenangan kepada BN di sesetengah kawasan dan sebagainya.
Tambah lagi seruan rakyat jelata agar SPR diletakkan di bawah seliaan terus parlimen mendapat tentangan daripada para pemimpin BN, termasuk juga presiden Umno Datuk Najib Razak yang masih inginkan agar SPR terus berada di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Daapatkan kerajaan BN yang ada sekarang memaparkan satu SPR yang cekap, bersih dan adil, malah dapat menguruskan sesuatu pilihanraya umum dengan adil dan saksama? Dapatkah kerajaan BN yang ada sekrang membuktikan bahawa SPR telah dan sedang melaksanakan tanggungjawabnya dengan adil dan tidak memihak kepada sesiapapun di dalam kancah politik sekarang? Masalahnya adalah kerajaan BN telah gagal sepenuhnya di dalam perkara ini, dan sebab itulah himpunan Bersih terpaksa diadakan sehinggalah ke kali ketiga beturut-turut.
Seterusnya, apakah kerajaan BN balas? BN bukannya membalas dengan perbuatan yang baik, memperakui kelemahan dirinya ataupun berjanji untuk berubah, tetapi sebaliknya berlagak bongkak, sombong dan menafikan sekeras-keras segala kesalahannya sambil membalas pula dengan pelbagai jenis ancaman, tindakan keganasan, cetusan kebencian, perkauman dan lain-lain kegiatan yang anti-rakyat seakan-akan ingin membalas dendam.
Oleh itu, walauapapun cara atau taktik kotor dan keji yang telah dan cuba digunakan oleh pihak BN untuk menjatuhkan Datuk Seri Anwar ataupun cuba memenjarakan beliau itu tidak akan mengubah halatuju kami yang sebenarnya, iaitu mengundi untuk menumbangkan kerajaan BN pada pilihanraya umum yang akan datang. Itulah tujuan utama rakyat jelata.