Siapakah yang paling derhaka sekali?

Siapakah yang paling derhaka sekali di negara ini? Datuk Seri Nizar Jamaluddin ataupun Abdul Razak Baginda?

Dalam isu Datuk Nizar, Ahli Parlimen Bukit Gantang yang juga Timbalan Persuruhjaya PAS Perak telah menyatakan dalam laman twitternya bahawa wang sebanyak RM520,000 itu sepatutnya disalurkan kepada rakyat Johor yang memerlukannya dan turut berpendapat bahawa adalah lebih baik jika sekiranya wang tersebut digunapakai untuk Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di negeri tersebut.

Kita juga sependapat dengan Datuk Nizar mengenai perkara tersebut. Adalah amat sayang sekali dengan wang sebanyak setengah juta Ringgit itu digunakan hanya untuk mendapatkan sekeping nombor kenderaan yang bermula dengan huruf WWW. Kan lebih baik jika wang tersebut diberikan kepada mereka yang sangat-sangat memerlukannya, khususnya golongan yang miskin, kurang upaya, pendidikan dan sebagainya.

Kenapa pula cadangan dan pendapat yang mempunyai sifat kemanusiaan ini dimanupulasi oleh pihak-pihak yang tertentu untuk dijadikan sebagai suatu penderhakaan? Kenapa pendapat bahawa orang-orang miskin memerlukan bantuan kewangan itu boleh disebut derhaka? Kenapa pula pendapat bahawa wang tersebut patut disalurkan kepada PPRT boleh dikatakan sebagai derhaka? Salahkah jika seseorang itu mempunyai sifat berperikemanusiaan dan prihatin akan kebajikan rakyat?

Boleh tak para pemimpin Umno dan Perkasa menjawab persoalan ini dan jelaskan apakah unsur-unsur kemanusiaan yang boleh membawa kepada penderhakaan?

Marilah kita kaji dengan teliti, skandal urusan jual-beli kapal selam Scorpene dari Perancis yang melibatkan pembaziran wang rakyat sejumlah lebih daripada RM7.5 bilion dan pendedahan penjualan maklumat pertahanan negara oleh dua buah syarikat  yang bertindak sebagai ejen jual-beli kapal selam tersebut, iaitu Terasasi (Hong Kong) Limited dan Perimekar Sdn Bhd di mana kedua-dua syarikat tersebut dimiliki sepenuhnya oleh Abdul Razak Baginda, sekutu rapat perdana menteri dan presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.

Boleh tak para pemimpin Umno dan Perkasa menjawab persoalan ini sama ada Abdul Razak ini telah menderhakai negara ataupun sebaliknya? Dan jika sekiranya Umno dan Perkasa mengatakan bahawa Abdul Razak ini tidak menderhakai negara, boleh tak kedua-dua Umno dan Perkasa ini memberikan sebab-sebab kenapa seseorang yang menjual maklumat pertahanan negara kepada pihak luar itu bukanlah suatu tindakan atau perbuatan yang menderhaka dan mengkhianati negara?

Yang lebih memburukkan keadaan di dalam negara kita sekarang adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh Speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin yang mengatakan bahawa isu penjualan maklumat pertahanan negara kepada pihak asing itu adalah tidak penting sementara Menteri Luar Anifah Aman pula mengatakan bahawa kes tersebut adalah tidak serius.

Nampaknya suasana politik yang negatif ini telah menterbalikkan fakta-fakta yang mempunyai kebaikan dan pada masa yang sama perbuatan-perbuatan yang jahat dan khianat pula dihalalkan sebagai sempurna. Yang baik dikatakan jahat manakala yang jahat pula disifatkan sangat baik!

Popular posts from this blog

EC should ask ROS to register Pakatan quickly

USM fiasco a shame

Singapore Malay daily teaches Mahathir about hardwork