KSN lafaz sumpah taat setia pada BN-Umno

Sebaik sahaja Datuk Seri Ali Hamsa mengambil-alih sebagai Ketua Setiausaha Negara (KSN) yang baru, beliau menyeru kakitangan-kakitangan kerajaan di seluruh negara untuk menyokong dan berdiri teguh di belakang Barisan Nasional (BN) serta Umno.

Kenyataan Datuk Ali ini juga dianggap sebagai satu peringatan daripada jentera tertinggi kerajaan kepada semua kakitangan awam agar taat setia kepada dan mengundi menyokong BN dan Umno pada pilihanraya umum yang akan datang.

Kenapa pula seorang pegawai tertinggi perkhidmatan awam tiba-tiba bangkit untuk menyatakan sokongan beliau kepada BN? Perbuatan KSN ini seolah-olah menggambarkan yang beliau ini adalah penyokong kuat BN dan Umno. Jangan-jangan Datuk Ali ini juga adalah seorang ahli Umno, entah cawangan mana beliau kini berada.

Tindakan KSN yang melafazkan sumpah taat setianya kepada BN dan Umno dan pada masa yang sama mengarahkan semua kakitangan-kakitangan kerajaan di seluruh negara juga berbuat demikian merupakan suatu perbuatan yang tidak profesional dan tidak sihat di dalam sektor awam. Perilaku KSN yang seperti sedang berkempen untuk BN dan Umno ini juga akan menyebabkan rakyat jelata melihat telatah beliau ini sebagai tidak bermoral sebagai seorang pegawai tertinggi di dalam perkhidmatan awam.

Selaku KSN, Datuk Ali juga perlu menjauhi diri beliau daripada pengaruh mana-mana parti politik baik dari pihak parti yang memerintah, mahupun parti-parti pembangkang. Sebagai seorang KSN, Datuk Ali juga perlu melaksanakan tanggungjawabnya secara profesional dan berdedikasi tidak mengira parti politik mana yang sedang memerintah negara ini.

Boleh tak kita menuntut jika sekiranya BN tumbang pada pilihanraya umum yang akan datang dan KSN serta lain-lain pegawai kanan kerajaan juga perlu berundur daripada kedudukan mereka? Sudah tentunya tidak, kerana sektor awam ini bukannya sebuah badan yang berkait rapat dengan parti-parti politik yang sedang memerintah..

Tujuan kewujudan sektor awam ini adalah untuk memastikan jentera kerajaan berjalan dan perlaksanaannya di buat secara profesional, berkhidmat untuk rakyat, memastikan kemudahan awam disediakan untuk rakyat, memastikan negara kita ini selamat, memastikan ekonomi negara ini berjalan dengan sempurna dan sebagainya.

Parti-parti politik yang memerintah negara ataupun sesebuah negeri hanyalah pencadang dan penggubal dasar untuk rakyat dan para pegawai atau penjawat awamlah yang akan melaksanakannya. Oleh itu, BN ataupun Umno tidak boleh mendakwa yang kononnya aset-aset kerajaan dan sektor awam itu kesemuanya adalah hak milik kepunyaannya.

Kepada KSN pula, beliau perlu sedar akan kesilapan beliau kerana beliau hanya bertanggungjawab kepada kerajaan dalam urusan perlaksanaan dan bukannya terhadap BN ataupun Umno. Perbuatan KSN yang berpolitik ini jelas telah menjejaskan kredebiliti jawatan yang dipegang oleh beliau sendiri.

Popular posts from this blog

EC should ask ROS to register Pakatan quickly

USM fiasco a shame

Singapore Malay daily teaches Mahathir about hardwork