Jualan maklumat pertahanan negara
Di dalam siri perbicaraan tribunal yang kini sedang berlangsung di Perancis baru-baru ini yang menyiasat beberapa bentuk dan amalan rasuah yang melibatkan perjanjian pembelian beberapa buah kapal selam terpakai oleh kerajaan Malaysia, ianya telah mengesahkan ada pihak di kerajaan Malaysia yang menjual maklumat pertahanan negara kepada negara asing bagi mendapatkan habuan.
Lantas daripada itu, ahli-ahli parlimen Malaysia yang prihatin mengemukakan usul tergempar di Dewan Rakyat untuk membincang serta membahaskan kes tersebut yang dianggap serius dan boleh memudaratkan keselamatan negara jika sekiranya ianya tidak dibendung dengan segera.
Akan tetapi, Speaker Dewan Rakyat Datuk Pandikar Amin Mulia dengan lantang menolak usul tersebut dengan alasan ianya adalah tidak penting sangat. Selain daripada itu, speaker juga telah menolak percubaan beberapa orang ahli parlimen yang meminta agar kementerian pertahanan dan menterinya memberikan penjelasan yang terperinci mengenai kes tersebut yang kini hangat diperkatakan di Eropah.
Beginilah langkah-langkah yang sedang diambil oleh kerajaan BN untuk menutup seberapa banyak yang boleh maklumat-maklumat dan berita-berita mengenai masalah tersebut.
Ini adalah kerana kes tersebut telahpun menyebut pembunuhan Altantuya Shaarribu dan penglibatan Abdul Razak Baginda di dalam urusan yang sangat mencurigakan mengenai penjualan kapal selam tersebut kepada Malaysia pada waktu itu. Abdul Razak adalah sekutu paling rapat perdana menteri dan presiden Umno sekarang Najib Razak (sewaktu beliau menjadi menteri pertahanan) sewaktu urusan jual-beli tersebut dilaksanakan.
Selain daripada itu, ianya juga melibatkan perbelanjaan wang rakyat yang berlebihan dan berlipat ganda daripada harga yang sepatutnya dan ianya telahpun mengakibatkan kerugian berbilion-bilion Ringgit. Banyak lagi fakta-fakta mengenai urusan jual-beli kapal selam itu sedang diteliti dan disiasat oleh pihak berkuasa Perancis. Rakyat Malaysia tidak dapat mengetahui isi kandungan kes tersebut oleh kerana akhbar-akhbar utama di negara ini adalah dilarang sama sekali melaporkan kes tersebut.
Tujuannya adalah jelas, bagi menutup penglibatan Najib di dalam kes tersebut daripada diketahui umum yang disifatkan Umno mampu memporakperandakan kerajaan BN dan negara ini jika sekiranya Najib disabitkan dengan skandal dan pembunuhan tersebut.