Karenah WWW dan apa faedahnya pada rakyat jelata?
Sejak kebelakangan ini, banyak aduan timbul akibat daripada tender untuk nombor kenderaan yang bermula dengan huruf WWW. Ada yang sanggup membelanjakan sejumlah besar wang untuk mendapatkannya dan ada pula yang sanggup menyeleweng wang rakyat untuk mendapatkannya.
Apakah faedah yang rakyat jelata akan dapat hasil daripada tender WWW ini? Jelas terbukti, rakyat tidak akan mendapat sebarang faedah daripada nombor kenderaan seperti ini.
Yang dapat faedah adalah dari kalangan golongan kapitalis kaya-raya dan feudal sahaja dengan unsur "syiok sendiri" dan mahukan muka untuk berbangga-bangga dengan sesuatu yang sangat mahal harganya dan pada masa yang sama menunjukkan kepada orang ramai bahawa mereka ini kaya raya, sangat berkuasa, sanggup boros berbelanja tak tentu arah dan tidak mempedulikan kebajikan serta masalah rakyat jelata.
Kenapa nak berbelanja sehingga ke tahap beratus-ratus ribu ringgit semata-mata untuk mendapatkan nombor kenderaan yang berhurufkan WWW itu? Dahlah bila dapat nombor kenderaan itu, dipasang pula dengan tidak mengikut spesifikasi seperti yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Berkenaan dengan golongan memegang jawatan tinggi dalam kerajaan dan mereka-mereka yang memerintah secara berpelembagaan, tak fahamkah dari mana wang gaji dan elaun mereka ini datang? Macam mana kamu membuat penjelasan demi penjelasan, secara bulatan ianya akan berbalik kepada dari mana asalnya wang gaji dan elaun-elaun tersebut.
Rakyat kita yang membayar cukai pendapatan pada setiap tahun. Hasil daripada kutipan cukai pendapatan itu akan disalurkan kepada Perbendaharaan untuk diperuntukan kepada kementerian-kementerian, jabatan-jabatan, menteri-menteri dan para pegawai kanan kerajaan yang diamanahkan untuk dibelanjakan bagi tujuan pembangunan dan kegiatan-kegiatan yang akan memberikan faedah dan kemudahan kepada rakyat jelata.
Jadi, sekiranya golongan tersebut asyik berboros belanja semata-mata untuk mendapatkan nombor-nombor kenderaan bagi "syiok sendiri", itu sememangnya disebut penyelewengan wang rakyat. Bolehkah mereka ini mengatakan wang tersebut datangnya daripada sumber-sumber yang lain? Kalau dikatakan begitu, itu bermakna "rasuah" namanya.
Oleh itu, kami menganggap kata-kata yang diketengahkan oleh Ahli Parlimen PAS Bukit Gantang Datuk Seri Nizar Jamaluddin melalui laman twitternya sebagai membina dengan hasrat untuk memastikan wang rakyat dibelanjakan dengan betul dan berhemah seperti yang dikehendaki bukan sahaja oleh Islam, maka agama-agama lain turut menitikberatkan tabiat tersebut.
Kenapa pula dalam hal WWW ini nak dicapkan Datuk Nizar ini sebagai penderhaka? Kenapa pula dalam hal WWW ini, sekumpulan ahli-ahli Umno, Perkasa dan BN bertungkus-lumus berebut-rebut untuk turun ke negeri Johor hanya untuk melafazkan taat setia yang tidak berbelah bahagi mereka kepada sebuah kenderaan Proton Satria Neo yang memaparkan nombor WWW....?
Ini digelar Bodoh Sombong!