Perlunya pemisahan di antara kerajaan dan parti
(Rencana ini telah
disiarkan dalam portal berita Malaysia-Chronicle baru-baru ini)
Sesebuah
parti politik tidak memiliki kerajaan walaupun parti tersebut adalah merupakan
parti yang mempuyai majoriti di parlimen atau dewan undangan negeri (DUN) dan
memegang tampuk pemerintahan. Sesebuah parti politik berperanan membentangkan
undang-undang, membahas dan seterusnya meluluskan rang undang-undang tersebut
untuk dijadikan sebagai satu akta parlimen.
Penguatkuasaan
akta tersebut akan adalah dilaksanakan oleh para penjawat awam (pegawai kerajaan)
yang dilantik dan diperkenankan oleh raja berpelembagaan. Sebab itulah, pada
sampul surat-menyurat kerajaan, terdapat perkataan yang menyebut “Urusan Seri
Paduka Baginda”.
Dan ini
adalah makna dan definasi sebenarnya perpisahan di antara peranan sesebuah
parti politik dan struktur pemerintahan kerajaan.
Pembangunan
Pembangunan
bukannya sesuatu yang unik bagi Umno. Setiap parti politik yang menguasai
tampuk pemerintahan boleh melaksanakan pelbagai bentuk pembangunan sewaktu di
bawah pemerintahannya.
Oleh yang
demikian, Umno tidak boleh mendakwa hanya parti itu sahajalah yang mampu
membawa apajua bentuk pembangunan. Kerajaan-kerajaan di negeri Kelantan, Pulau
Pinang, Selangor dan Kedah juga telah dan sedang melaksanakan pelbagai bentuk
projek pembangunan dan memang tidak dapat dinafikan bahawa pembangunan yang
dilaksanakan oleh keempat-empat kerajaan negeri tersebut telah membuah hasil
dan memberikan banyak manfaat kepada rakyat jelata.
Sumber dana yang stabil
Sebagai
makluman, kerajaan-kerajaan negeri Kelantan, Pulau Pinang, Selangor dan Kedah
yang kini diperintah oleh Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PKR, DAP dan PAS
terbukti mempunyai sumber dana yang stabil sejak mengambil-alih daripada Umno
dan Bn selepas pilihanraya umum yang lalu.
Kerajaan-kerajaan
negeri tersebut mempunyai sumber kewangan yang kukuh, mengamalkan pengurusan
yang cekap, telah banyak mengelakkan perbelanjaan yang tidak berhemah dan telah
mencapai lebihan dana surplus) di dalam belanjawan mereka sejak dari tahun 2008
hinggalah sekarang.
Jika
dibandingkan dengan pemerintahan Umno dan BN yang lalu, yang hanya ada pada
benlanjawan tahunan mereka adalah defisit (lebihan perbelanjaan) yang semakin
meningkat pada setiap tahun.
Najib: Jangan ulangi kesilapan yang lalu
Di dalam
beberapa siri ucapan dan ceramah yang lalu, perdana menteri merangkap presiden
Umno Najib Razak sering menggesa rakyat jelata agar tidak mengulangi kesilapan
yang dilakukan pada pilihanraya umum 2008 yang lalu.
Apakah
kesilapan yang dimaksudkan oleh Najib itu? Adakah beliau secara tidak langsung
menegaskan bahawa apa yang rakyat telah memutuskan pada pilihanraya umum tahun
2008 adalah merupakan satu kesilapan?
Kesilapan
yang rakyat jelata telah menyedari pada hari ini adalah melihat dengan penuh tragik
yang Umno dan BN terus membaham negara ini dengan sewenang-wenangnya. Kerajaan
BN inilah yang telah menyebabkan beban hutang negara ini meningkat dengan
begitu mendadak sekali. Hutang negara yang ada sekarang telah melonjak ke tahap
yang hampir tidak lagi dapat di kawal dan ianya dijangka akan hilang kawalan
tidak lama lagi jika sekiranya Umno dan BN terus memerintah negara untuk satu
penggal lagi (selepas pilihanraya umum ke-13).
Yang lebih
tragik lagi adalah apabila para pemimpin Umno dan BN ini mendakwa bahawa
keadaan tersebut (defisit dan peningkatan beban hutang negara) adalah
“memuaskan” dan masih dapat dikawal. Selain daripada itu, kita masih belum
menjangka bertapa banyaknya jaminan kredit yang diberikan oleh kerajaan BN
untuk kebanyak syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang telah mempamerkan
prestasi yang amat buruk dengan kerugian demi kerugian pada setiap tahun,
disebabkan oleh pengurusan yang tidak cekap, rasuah dan penyelewengan yang
berleluasa.
Bekenaan
dengan pinjaman yang diberikan oleh kerajaan BN pula kepada pihak-pihak yang
tidak dapat dikenalpasti kedudukan kewangan dan prestasi perkhidmatan atau
perniagaan syarikat-syarikat kroni milik kebanyakan pemimpin Umno dan BN,
apakah yang akan berlaku dan tindakan yang akan diambil jika sekiranya
syarikat-syarikat tersebut mengalami kerugian dan tidan dapat membayar balik
pinjaman? Kita lihatlah contoh yang paling ketara berlaku baru-baru ini, iaitu
National Feedlot Corportation Sdn Bhd (NFC) yang dimiliki oleh keluarga ketua
wanita Umno, Shahrizat Abdul Jalil.
Yang sebelum
ini adalah projek Port Klang Free Zone (PKFZ) yang diamanah kepada Kuala
Dimensi Sdn Bhd, iaitu sebuah syarikat milik seorang pemimpin BN Sarawak,
timbalan presiden Parti Demokratik Rakyat Sarawak (SPDP) Tiong King Sing yang
rugi berjuta-juta Ringgit lambaknya.
Selain dari
itu, banyak lagi seperti Penerbangan Malaysia (MAS), Sime Darby, Felda, Felcra
dan sebagainya turut mengalami kerugian yang teruk secara berterusan
tahun-tahunnya dan sehingga kini masih tidak dapat diperbaiki prestasi
kewangannya.
Jikalau
rakyat terus memilih Umno dan BN untuk menerajui negara ini untuk satu lagi
penggal, ini adalah merupakan satu kesilapan yang paling besar buat negara ini
dan generasi kita yang akan datang.
Adakah Najib
sedang merujuk kepada “kesilapan” ini sewaktu beberapa siri ucapan dan
ceramahnya?
Umno telah hilang mandat
Janganlah kita lupa bahawa dalam anggaran
kira-kira RM1.32 trilion telah disalurkan ke luar negara dalam masa 10 tahun,
sementara satu peratusan yang kecil iaitu lebih kurang RM130.3 bilion telah
didermakan kepada bajet kerajaan persekutuan bagi membiayai beberapa siri
pembangunannya.
Selain
daripada itu, negara ini juga telah kehilangan kira-kira RM20.3 billion akibat
daripada pelbagai bentuk penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, rasuah dan
pengurusan yang tidak cekap. Marilah kita menyingkirkan kesemua elemen-elemen
yang tidak sihat ini.
Hakikatnya
adalah Umno telahpun kehilangan mandat untuk memerintah negara ini. Ianya telah
mensia-siakan perjuangan asalnya yang dipelopori sejak dari tahun 1957. Katanya
memperjuangkan nasib bangsa Melayu dan agama Islam tetapi yang diperjuangkan
selama ini adalah untuk memastikan agar dana negara dalam apajua bentuk
disalurkan kepada peribadi beberapa orang pemimpin dan para kroninya.
Akibat
daripada itu, majoriti masyarakat Melayu sehingga pada hari ini masih hidup
dalam keadaan yang daif, tidak mendapat pendidikan yang sempurna,
kampung-kampung yang tidak mendapat sebarang kemudahan awam, kadar jenayah yang
semakin meningkat, gejala penyalahgunaan dadah dan sebagainya.
Kenapa?
Kerana ianya telah dimulakan dipentas yang salah dan dilaksanakan pula oleh
pihak-pihak yang tidak layak dan tamak, dan justeru daripada itu,
jentera-jentera yang diketengah untuk membantu masyarakat Melayu, membangunkan
ekonomi negara, sosial, kebajikan, pendidikan dan sebagainya telah
disalahgunakan oleh pihak-pihak tersebut untuk kepentingan peribadi mereka.
Umno kini ketakutan
Inilah
ketakutan yang kini sedang dirasai oleh Umno. Para pemimpin Umno sekarang tidak
dapat makan, tidur atau berbuat apa-apa dengan selesa kerana mereka telah mula
merasa takut akan kehilangan kuasa. Mereka telah mengetahui bahawa parti mereka
telah kehilangan mandat untuk memerintah dan akan tumbang sebaik sahaja
pilihanraya umum ke-13.
Hakikatnya
kehilangan mandat Umno ini akan menjadi kenyataan kerana apa yang sedang dibuat
oleh Umno ini jelas telah ketinggalan zaman. Para pemimpin dan ahli-ahli mereka
semakin terdesak sehingga terpaksa memilih jalan yang lapuk seperti bertindak
ganas bagi menakut-nakut rakyat jelata, memberi amaran akan berulangnya tragedi
13 Mei sekiranya Umno kalah dalam pilihanraya umum, membangkit isu-isu
perkauman dan menyemarakkan kebencian terhadap kaum-kaum yang lain,
memutarbelitkan isu-isu sosial kepada sesuatu yang melibatkan kaum dan pelbagai
agenda-agenda lagi yang disifatkan hanya diamalkan oleh masyarakat jahiliah.
Bagi
memastikan Umno akan terus wujud, para pemimpin parti tersebut sering
menjelajah ke seluruh negara untuk mengingatkan masyarakat Melayu yang Umno dan
Melayu sememangnya tidak dapat dipisahkan dan jika sekiranya Umno tidak ada
lagi, maka orang-orang Melayu akan hilang dari bumi ini; nasib raja-raja Melayu
adalah terletak di bahu Umno dan jika sekiranya Umno hilang kuasa, maka
raja-raja Melayu akan digulingkan; nasib dan kedudukan agama Islam adalah
bergantung kepada wujudnya Umno dan jika sekiranya Umno tidak lagi wujud, maka
Islam lenyap dari bumi ini.
Kesemua
bentuk dakwaan Umno yang kononnya mereka ini menerima mandat daripada syurga
untuk memerintah negara ini bagi memastikan Islam dan raja-raja Melayu terus
wujud dan seterusnya negara ini adalah milik Umno adalah palsu dan tidak benar
sama sekali. Rakyat jelata terutamanya orang-orang Melayu telah sedar apa itu
arus pemodenan, keadilan dan kemajuan sosial yang harus dikecapi oleh setiap
insan itu tidaklah hanya datang daripada
Umno semata-mata.