Najib kata abaikan label "pendatang". Itu sahaja?
Presiden Umno dan perdana menteri Najib Razak baru-baru ini telah menggesa masyarakat Cina agar tidak tersinggung dengan "golongan" yang menggelar mereka pendatang kerana kenyataan itu dibuat oleh "yang tidak berapa betul".
Kami ingin bertanyakan kepada Najib, apakah yang dimaksudkan "tidak berapa betul" itu? Adakah Najib bermaksud mereka-mereka yang dianggap gila, atau mempunyai sebarang masalah dari segi mental yang mungkin membahayakan orang ramai?
Kenapa pula Najib menasihatkan masyarakat Cina agar tidak tersinggung dengan perkataan atau panggilan "pendatang"? Abaikan label "pendatang" itu sahaja, begitulah kenyataan beliau semalam. Maksudnya "golongan yang tidak berapa betul" itu boleh terus menggunakan panggilan "pendatang" itu terhadap masyarakat Cina dan kerajaan tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap "golongan" tersebut?
Sebab itulah, sehingga pada hari ini, kerajaan masih enggan mengambil sebarang tindakan terhadap golongan ektremis dan perkauman yang sering menyerang masyarakat yang tertentu dengan menyalahkan masyarakat yang diselar itu yang telah merampas hasil kekayaan dan ekonomi pribumi.
Jikalau "golongan" tersebut adalah "tidak berapa betul" dari segi mental, kerajaan perlu mengambil langkah yang drastik dengan menahan "golongan" tersebut untuk dikuarantim di sebuah pusat perubatan yang khusus dalam bidang sakit mental agar "golongan" tersebut tidak akan terus membahayakan orang ramai.
Dan jika sekiranya "golongan" tersebut adalah merupakan ekstrim, perkauman dan betul-betul sedang mengancam keselamatan negara, maka "golongan" tersebut perlu ditahan segera untuk dihadapkan ke muka pengadilan di atas segala perbuatan dan kesalahan mereka yang sedang memudaratkan keselamatan negara.
Kenapa kerajaan pimpinan Najib masih enggan mengambil tindakan dengan segera terhadap "golongan" tersebut yang cuba memecahbelahkan masyarakat, menggalakkan kebencian, berdendam, bersikap dengki, mengganas dan tidak sukakan keamanan?
Kata Najib, pentadbiran beliau sememangnya mengiktiraf masyarakat Cina sebagai warga Malaysia yang sepenuhnya di negara ini tetapi itu semuanya hanya di atas kertas sahaja. Diskriminasi masih wujud dalam perkhidmatan awam, pemberian kontrak, pemberian peruntukan bantuan, skim pembelian rumah, peluang pendidikan di dalam institusi pengajian tinggi awam dan sebagainya.
Jadi, apakah tindakan kerajaan Najib yang seterusnya di dalam merealisasikan pengiktirafan tersebut dengan lebih berkesan? Kami menunggu jawapan daripada beliau!