MCA kata Perkasa rosakkan ketenteraman negara. MCA tidak tahu siapa Perkasa sebenarnya?

MCA membidas kenyataan Presiden Pertubuhan Peribumi Perkasa Negara (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali yang mendesak kerajaan menghentikan pemberian projek atau tender istimewa kepada syarikat korporat Cina.

Menurut Pengerusi, Biro Pertubuhan-Pertubuhan Bukan Kerajaan MCA, Datuk Ti Lian Ker, kenyataan Perkasa berlandaskan ras dan berbau perkauman adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan boleh mencetuskan sentimen prasangka perkauman yang semakin menebal.

Betulkah para pemimpin dalam MCA tidak tahu langsung mengenai siapakah Perkasa sebenarnya? Daripada perlakuan Perkasa, jelas telah menunjukkan bahawa pertubuhan "pengganas" tersebut sebenarnya bukan bergerak atas inisiatif mereka sendiri.

Kalau MCA buta dan tidak tahu, mari kita jelaskan kepada mereka. Perkasa adalah sebenarnya sebuah pertubuhan yang dianjur dan dibiayai sepenuhnya oleh Umno yang telah sub-kontrak agenda ketuanannya kepada pertubuhan tersebut kerana parti tersebut tidak mahu menyinggung perasaan rakan-rakannya di dalam Barisan Nasional (BN) seperti MCA, MIC, Gerakan, PPP, SUPP, LDP, PBS, PRS dan Upko.

Untuk memantapkan lagi agenda ketuanan anjurannya, Umno telah memberikan sub-kontrak tersebut kepada Perkasa untuk dilaksanakan dari belakang agar parti-parti komponen BN yang lain tidak akan tersinggung dan lantas dapat menipu para pengundi agar kembali menyokong BN di dalam pilihanraya yang akan datang.

Jangan fikir rakyat bodoh dan akan mudah tertipu dengan tipu muslihat Umno dan BN ini. Rakyat kini telah menjadi lebih mantap dan tahu siapakah yang jahat dan siapakah yang baik.

Perkasa adalah Umno dan Umno itu adalah Perkasa. Kedua-duanya adik-beradik mempunyai agenda dan cita-cita yang sama.

Oleh yang demikian, rakyat perlulah berhati-hati agar tidak terpengaruh dengan sifat Umno yang semakin berlembut terhadap kaum-kaum yang lain kerana sub-kontrak perkaumannya telahpun diberikan kepada Perkasa untuk dilaksanakan bagi pihak parti tersebut.

Popular posts from this blog

EC should ask ROS to register Pakatan quickly

USM fiasco a shame

No action against YBs without speaker's consent