Bubarkan semua JKKK Pemberontak di Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan
Jika kerajaan pusat Barisan Nasional (BN) benar-benar ikhlas dengan tujuan konsep 1Malaysia yang dipeloporinya, kami ingin menggesa agar mereka membuktikannya segera dengan membukarkan semua Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Pusat (JKKKP) yang dibentuk selepas pilihanraya umum yang lalu.
JKKKP ini dibentuk oleh BN di negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat bagi memerangi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang dilantik oleh kerajaan-kerajaan negeri tersebut.
Dalam ertikata yang sebenarnya JKKK yang dilantik oleh kerajaan-kerajaan negeri adalah merupakan badan peringkat kampung yang sah dibentuk di bawah enakmen negeri, manakala JKKKP yang dibentuk oleh BN adalah merupakan kumpulan-kumpulan yang bertujuan untuk memberontak dan memerangi JKKK yang asal.
Dalam pada itu, pembentukan JKKKP bagi tujuan untuk memerangi JKKK juga telah banyak mengelirukan rakyat setempat yang sering bertanyakan jawatankuasa kampung manakah yang sah yang manakah tidak. Akibat daripada itu, perpecahan rakyat di peringkat akar umbi menjadi semakin ketara.
Oleh yang demikian, jika sekiranya kerajaan pusat BN benar-benar ikhlas di dalam agenda 1Malaysia yang dianjurkannya itu, bubarkanlah semua JKKKP yang dilantiknya bagi membolehkan JKKK yang asal menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka dengan lebih selesa dan berkesan.