Politik ganas ala-Umno dan Perkasa merebak dalam politik kampus

Pilihanraya kampus di kesemua institusi pengajian tinggi awam (IPTA) telahpun bermula dan saingan sengit di antara golongan pro-Mahasiswa dan pro-Aspirasi telah menampakkan kehangatannya. Keganasan politik ala-Umno dan Perkasa mula merebak ke dalam politik kampus.

Yang paling menggemparkan adalah seorang pemimpin kanan pro-Mahasiswa yang mengalami kecederaan akibat dibelasah teruk oleh segolongan samseng ketika beliau keluar dari kediamannya untuk pergi berkempen. Lebih memburukkan lagi keadaan, ialah sekumpulan pemimpin pelajar telah menerima ugutan bunuh oleh pihak-pihak yang tidak dikenali.

Selain daripada itu, pihak pengurusan di beberapa buah IPTA juga didapati telah secara langsung campurtangan di dalam proses pemilihan tersebut dengan cuba mempengaruhi golongan pelajar dengan pelbagai bentuk ancaman.

Malah, ada seorang professor IPTA yang berani mendakwa dirinya pendukung kuat Barisan Nasional (BN) dan Umno. Professor tersebut dengan lantang telah mengamcam para pelajar yang hadir agar menyokong pro-Aspirasi yang pro-BN di dalam pilihanraya kampus yang akan datang.

Berkemungkinan besar bukan setakat seorang pentadbir IPTA sahaja yang campurtangan di dalam pilihanraya kampus. Kita percaya ramai lagi pentadbir IPTA yang telah dan sedang berbuat demikian dan sebab itulah kita telah melihat keputusan pemilihan kampus di beberapa buah IPTA telah menampakkan "kemenangan" yang mencurigakan dicapai oleh golongan pro-Aspirasi.

Kita tidak boleh menyalahkan para pelajar yang mengundi. Ini adalah kerana pembuangan undi mereka ini telah dipengaruhi oleh pelbagai bentuk ancaman dan desakan yang keras daripada pihak petadbir IPTA. Para pelajar ini berkemungkinan besar takut akan tindakan yang bakal diambil terhadap mereka jika sekiranya pro-Mahasiswa diberi kemenangan.

Dan itulah impak yang sedang berlaku di dalam politik kampus sekarang. Keganasan politik ala-Umno dan Perkasa kini sedang menular ke dalam politik kampus dengan bantuan para pentadbir IPTA itu sendiri, malah ada juga yang menggalak dan mendalanginya (keganasan dalam kampus) dengan begitu jelas sekali.

Ini adalah kerana BN masih berkuasa. Berkuasa untuk mengganas di dalam arena politik walaupun di dalam kampus semata-mata untuk memastikan kekuasaan mereka kekal.

Popular posts from this blog

EC should ask ROS to register Pakatan quickly

USM fiasco a shame

Singapore Malay daily teaches Mahathir about hardwork