Mat rempit bantu KDN benteras jenayah? Sebaliknya jenayah akan bertambah!
Menteri dalam negeri dan naib presiden kanan Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein baru-baru ini telah mencadangkan agar golongan mat rempit diambil untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa di dalam usaha membenteras jenayah di negara ini.
Sedarkah Hishammuddin ini bahawa cadangan yang beliau kemukakan itu adalah merupakan satu tindakan yang paling bodoh pernah dilakukan oleh seorang menteri dalam negeri? Sedarkah Hishammuddin ini bahawa golongan mat rempit ini adalah merupakan kumpulan penjenayah yang paling besar dan ekstrem di dalam negara ini?
Kalau nak mengambil golongan mat rempit ini untuk menjalankan usaha pencegahan jenayah, mungkin kadar jenayah di dalam negara ini akan meningkat dengan lebih mendadak. Golongan mat rempit ini adalah kumpulan bermotosikal yang sering menjalankan aktiviti lumba haram di jalan-jalanraya dan lebuhraya khususnya pada waktu lewat malam dan awal pagi.
Selain daripada itu, golongan mat rempit ini juga terlibat di dalam pelbagai jenis kegiatan jenayah, seperti meragut, merompak, samun, pelacuran, perjudian dan aktiviti yang mengancam para pengguna jalanraya yang lain. Daripada laporan jenayah pada tahun-tahun yang lalu hingga sekarang, majoriti jenayah yang dilaporkan di dalam negara ini adalah disebabkan oleh golongan ini.
Kegiatan-kegiatan jenayah yang didalangi oleh golongan mat rempit ini kian memuncak apabila ramai di antara mangsa-mangsa ragut dan rompakan terbunuh akibat perbuatan mereka yang tidak berperikemanusiaan ini.
Dan kini Hishammuddin inginkan agar golongan mat rempit ini diambil oleh pihak berkuasa bagi membantu membenteras jenayah. Dapatkah penjenayah membantu membenteras jenayah? Ianya akan lebih menggalakkan lagi kegiatan jenayah di dalam negara ini.
Pada tahun sebelum ini, Pemuda Umno pernah mencadangkan agar golongan mat rempit ini diambil menjadi ahli Putera Umno bagi tujuan membimbing mereka ke jalan yang benar. Malangnya golongan mat rempit yang dipelawa menganggotai Putera Umno ini pula seringkali dipergunakan oleh kebanyakan pemimpin Umno tempatan bagi tujuan politik dan kepentingan mereka.
Adakala golongan mat rempit ini juga digunakan oleh Umno untuk menghalang dan menganggu kegiatan dan siri ceramah yang dianjurkan oleh parti-parti pembangkang serta pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang tidak seiring pendapat dengan BN ataupun Umno.
Oleh itu, dapatkah golongan mat rempit membantu di dalam pencegahan jenayah? Kalau diberikan kuasa polis bantuan, mungkin golongan mat rempit ini akan dikerah untuk mengancam dan menghalang parti-parti pembangkang dan NGO.
Akhirnya, kadar jenayah di dalam negara ini dibimbangi akan menjadi lebih parah jika sekiranya menteri dalam negeri benar-benar mahu melaksanakan program mat rempit tersebut.