Menteri dalam negeri tak dapat jamin keselamatan pihak pembangkang dan rakyat jelata

Menteri dalam negeri dan naib-presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein baru-baru ini mengumumkan bahawa kementerian yang beliau terajui dan pihak polis tidak lagi dapat menjamin keselamatan para pemimpin parti-parti pembangkang dan juga pada program anjurannya.

Mula-mula bas jelajah PKR disimbah cat merah secara berterusan, kemudian ibupejabat DAP dan pusat-pusat perkhidmatannya di Pulau Pinang pula disimbah dengan cat merah juga. Hari ini bas jelajah PKR itu sekali lagi disimbah dengan cat merah.

Dan pada hari ini, menteri dalam negeri yang bertanggungjawab penuh terhadap keselamatan awam mengatakan bahawa pihaknya tidak lagi dapat menjamin keselamatan para pemimpin parti-parti pembangkang, program-program anjuran mereka dan kemungkinan juga pejabat-pejabat PKR, DAP dan PAS tidak lagi selamat untuk dikunjungi atau dilawati oleh orang ramai.

Kata-kata menteri dalam negeri ini seolah-olah merupakan satu amaran dan ancaman terhadap para pemimpin parti-parti pembangkang agar mereka tidak cuba meluaskan pengaruh mereka dengan sewenang-wenangnya.

Selain daripada itu, dengan kata-kata tidak bertanggungjawab yang diluahkan oleh Hishammuddin ini, pihak polis akan mengambil kenyataan menteri itu sebagai satu "arahan" agar tidak menghiraukan keselamatan parti-parti pembangkang dan para pemimpinnya. Yang lebih teruk lagi adalah apabila ahli-ahli Umno dan Perkasa yang ekstrem dan radikal akan mengambil kenyataan Hishammuddin ini sebagai satu isyarat atau "lampu hijau" bagi mereka untuk melaksanakan perbuatan keji mereka, melancarkan serangan keganasan dan melepaskan dendaman mereka terhadap parti-parti pembangkang di sekitar kawasan mereka.

Sebab itulah pejabat-pejabat, pusat-pusat perkhidmatan dan kenderaan-kenderaan parti-parti pembangkang kini kerap diserang, dirosakkan dan disimbah dengan cat merah. Mungkinkah tidak lama lagi, pejabat-pejabat, pusat-pusat perkhidmatan dan kenderaan-kenderaan parti-parti pembangkang akan diletupkan oleh ahli-ahli Umno atau Perkasa.

Patutlah kadar jenayah di dalam negara kita ini semakin meningkat dan rakyat jelata pada hari ini sudah tidak lagi merasa selamat apabila berada di luar rumah. Malah ketua polis negara turut mengakui bahawa para pelabur asing masih tidak yakin dengan tahap keselamatan di dalam negara kita ini oleh kerana kadar jenayah yang semakin meningkat.

Popular posts from this blog

EC should ask ROS to register Pakatan quickly

USM fiasco a shame

Singapore Malay daily teaches Mahathir about hardwork