Dendam BN pada Suaram kerana kes Scorpene
Baru-baru ini, beberapa agensi penguatkuasa di bawah kerajaan BN telah menyerbu pejabat Suara Rakyat Malaysia (Suaram) yang beroperasi di bawah Suara Inisiatif Sdn Bhd atas dakwaan bahawa Suaram telah melanggari beberapa peraturan dan undang-undang.
Antara agensi-agensi yang terlibat di dalam serbuan terhadap Suaram adalah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS), Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal-Ehwal Pengguna, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Polis Di Raja Malaysia (PDRM).
Yang peliknya adalah, kesemua agensi ini menyerbu Suaram sekaligus, seperti seakan-akan kesemua agensi ini telah berpakat untuk berbuat demikian. Apakah sebabnya pejabat Suaram kini tiba-tiba diserbu oleh pelbagai pihak? SSM juga telah memberikan gambaran yang jelas bahawa mereka akan mendakwa Suaram di mahkamah tidak lama lagi atas beberapa siri "kesalahan" mengikut Akta Syarikat 1965. Walaubagaimanapun, pejabat peguam negara telah mengembalikan kertas dakwaan SSM tersebut atas alasan kertas siasatan tersebut tidak lengkap.
Selepas itu, pihak ROS dan PDRM pula yang menyerbu pejabat Suaram dengan harapan dapat menjumpai "kesalahan" di dalam Suaram yang mungkin dapat disabitkan di bawah Akta Pertubuhan 1966.
Kesemua jenis dan bentuk tindakan oleh kerajaan BN ini adalah jelas satu bentuk dendam terhadap Suaram. Kenapa BN begitu mendendami Suaram? Ini adalah kerana Suaram telah giat mengadakan kempen agar skandal pembelian kapal-kapal selam Scorpene disiasat kerana terdapat banyak unsur-unsur rasuah dan penyalahgunaan kuasa oleh kerajaan BN.
Atas usaha Suaram, pihak berkuasa Perancis telahpun memulakan satu siri siasatan terhadap skandal tersebut dengan pembentukan satu tribunal khas untuk menyiasat kes tersebut di Paris. Di dalam tribunal siasatan tersebut, beberapa orang kenamaan yang terlibat (termasuk perdana menteri dan presiden Umno Najib Razak yang ketika itu menteri pertahanan) mungkin akan terbongkar dan kes pembunuhan Altantuya Sharribuu berkemungkinan juga akan dikaji semula kerana kedua-dua kes tersebut mempunyai hubung kait yang rapat.
Dan jika sekiranya kes tersebut diteruskan di Paris, ia berkemungkinan akan menjejaskan nama baik Najib di mata dunia kerana penglibatan beliau di dalam skandal tersebut yang juga telah menyebabkan Altantuya dibunuh dengan begitu kejam sekali.
Untuk itu, bagi mengelakkan skandal tersebut daripada terus diketengahkan di Paris, Najib telah mengarahkan agensi-agensi di bawah kerajaannya agar segera mengambil tindakan drastik terhadap Suaram agar pertubuhan tersebut dapat dilemahkan ataupun diharamkan terus. Beginilah cara Najib dan BN bertindak terhadap sebuah pertubuhan yang masih berjuang bermati-matian agar skandal tersebut disiasat dengan sewajarnya. Itulah yang disebut dendam.
Najib dan BN kini amat mendendami Suaram kerana skandal Scorpene yang kini sedang mendapat perhatian dunia, yang melibatkan Najib dan rakan rapatnya Abdul Razak Baginda serta kaitan skandal tersebut dengan pembunuhan Altantuya.
Walau apajua yang berlaku dan yang bakal berlaku selepas ini, Suaram telah menyatakan pendirian mereka untuk tidak mengundur daripada kempennya untuk membongkar lebih banyak rahsia daripada skandal tersebut yang telah melibatkan negara ini kerugian wang rakyat sebanyak RM7.3 bilion, walaupun mereka kini diserbu dan diserang bertubi-tubi oleh kerajaan BN.
Kita berharap Suaram tidak akan patah semangat dan akan meneruskan perjuangan mereka untuk menegakkan keadilan untuk rakyat jelata.