NGO haram tuntut NGO sah diharamkan. Tak masuk akal!
Baru-baru ini sekumpulan 30 buah NGO yang amat jelas pro-Umno telah bergabung dengan menggelarkan diri mereka sebagai "Gerakan NGO Bertindak 1Malaysia" telah mengemukakan tuntutan mereka kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) agar Suara Rakyat Malaysia (Suaram) diharamkan dengan segera atas "kesalahan" menerima bantuan wang daripada dana negara asing.
Di dalam agenda menggalakkan kebencian terhadap orang-orang Yahudi, tiba-tiba timbul sebuah gabungan NGO yang bernama "Gerakan NGO Bertindak 1Malaysia", entah dari mana pun belum lagi dapat dikenal pasti.
Ingin kami bertanyakan sama ada "Gerakan NGO Bertindak 1Malaysia" ini telah didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS)? Hasil daripada pemeriksaan kami dengan ROS, adalah didapati jabatan tersebut tidak mempunyai sebarang rekod mengenai pertubuhan yang bergelar "Gerakan NGO Bertindak 1Malaysia" di dalam senarai daftar pertubuhan mereka.
Ini bermakna, "Gerakan NGO Bertindak 1Malaysia" itu adalah merupakan satu pertubuhan haram dan ianya bergerakan tanpa didaftarkan, lantas daripada itu, telah melanggar peruntukan di bawah Akta Pertubuhan 1966. Masalah utama di sini adalah, kerajaan BN dan ROS sehingga kini masih gagal bertindak terhadap pertubuhan haram tersebut. Ini mungkin disebabkan "Gerakan NGO Bertindak 1Malaysia" itu adalah pro-Umno. Inilah disebut pilih kasih!
Jadi kami ingin menyoal apakah tujuan sebenarnya kewujudan "Gerakan NGO Bertindak 1Malaysia" ini? Kewujudan pertubuhan haram itu seakan-akan bagi melanjutkan kemarahan dan kebencian terhadap Suaram dan subjek "Yahudi", sambil mendakwa kononnya penerimaan wang daripada dana asing adalah merupakan satu kesalahan yang besar terhadap negara kita ini. Lupakah "Gerakan NGO Bertindak 1Malaysia" itu bahawa Umno turut menerima bantuan dan sokongan daripada APCO Worldwide, sebuah syarikat perunding milik penuh orang-orang Yahudi?
Ingin kami bertanyakan kepada "Gerakan NGO Bertindak 1Malaysia" itu, peruntukan undang-undang manakah di dalam negara ini yang menyatakan bahawa adalah merupakan satu kesalahan jika sekiranya sesebuah pertubuhan atau syarikat menerima wang daripada dana asing?
Jadi, apakah status sebenarnya "Gerakan NGO Bertindak 1Malaysia"? Tidak didaftarkan dengan ROS. Oleh itu, "Gerakan NGO Bertindak 1Malaysia" ini adalah jelas sebuah pertubuhan haram. Bagaimana sebuah pertubuhan haram boleh memberanikan diri menuntut agar sebuah lagi pertubuhan sah diharamkan?
Langsung tak masuk akal betul. Apa komentar ROS mengenai perkara tersebut? Langsung tak berani bersuara!