Undang-undang dalam negara ini kian tercemar
Undang-undang
di negara kita ini telah menjadi semakin tercemar. Seakan-akan undang-undang
yang berkuatkuasa di dalam negara ini hanyalah untuk disasarkan kepada orang
ramai yang tidak menyetujui kerajaan Barisan Nasional (BN), mereka-mereka yang
mengkritik dasar-dasar BN yang tidak adil, mereka yang berjuang menentang
ketidakadilan, kekejaman, keganasan, politik wang, rasuah, penyalahgunaan kuasa
dan perkauman.
Jadi, buat
apa nak menghormati undang-undang sedangkan yang berkerajaan di Putrajaya itu
langsung tidak mempedulikan undang-undang? Dan yang lebih memburukkan lagi
keadaan adalah pihak polis sentiasa memilih pihak yang lemah untuk dibelasah
dan dianiayai.
Dah
pun dicemari punggung-punggung Umno dan Perkasa, apa penghormatan yang ada
lagi? Hanya tinggal penghinaan dan kebencian yang berasal dari Putrajaya.
Sementara
mereka yang berada di dalam lingkungan BN, para penyokong BN, Umno, MIC, MCA,
Gerakan, NGO yang pro-Umno seperti Perkasa, Pekida, Pembela, JI, MTPKL dan
sebagainya menikmati kekebalan setaraf dengan Raja-raja Melayu dan dikecualikan
daripada sebarang tindakan undang-undang walaupun kebanyakan daripada tindakan
mereka yang telah menyalahi undang-undang dan bertentangan dengan Perlembagaan
Persekutuan.
Ya,
undang-undang dalam negara kita ini telah menjadi semakin tercemar. Pihak yang
menyokong BN dibenarkan untuk tidak menghormati sebarang undang-undang atau
boleh melanggari sebarang perintah mahkamah, manakala pihak yang tidak
bersetuju dengan BN dimestikan untuk menghormati undang-undang yang sedia ada
walaupun ianya tidak adil.
Ini
bermakna, pihak berkuasa akan hanya bertindak terhadap mereka-mereka yang tidak
bersetuju dengan pemerintahan BN, walaupun mereka hanya berkumpul secara aman,
menyatakan bantahan secara sivil dan menyalakan lilin bagi memperingati
kematian seseorang yang teraniaya, sementara mereka yang menyokong kuat BN
tetapi bertindak ganas, mengancam keselamatan awam, menggalakkan kebencian,
anti-perpaduan, melakukan keganasan adalah dibenarkan untuk terus melanggari
semua bentuk undang-undang yang ada sambil hanya diperhatikan oleh pihak
berkuasa sahaja, seperti menonton wayang atau tayangan filem blockbuster.
Kalau
begitu, siapa lagi yang akan menghormati undang-undang dalam negara kita ini?
Ini adalah kerana pihak berkuasa berlaku tidak adil terhadap dua pihak yang
berlainan pendapat apabila menguatkuasakan undang-undang yang sedia ada. Satu
pihak yang senantiasa menikmati kekebalan, manakala satu lagi pihak pula
senantiasa menjadi mangsa kekejaman pihak yang kebal kerana pihak yang
senantiasa menjadi mangsa itu tidak mendapat perlindungan yang sewajarnya
daripada pihak berkuasa yang berkenaan.
Bendera Sang Saka Merah Putih dan Bendera Kurdistan
Pada malam
menjelang hari Kemerdekaan yang lalu, perhimpunan Janji Demokrasi telah
diadakan di perkarangan Dataran Merdeka dan ianya dihadiri ribuan penyokong
yang semuanya mendesak agar Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan kerajaan BN agar
melaksanakan pembaharuan di dalam sistem pilihanraya dengan segera.
Di dalam
perhimpunan Janji Demokrasi tersebut, ianya juga telah menyaksikan sekumpulan
penyokong muda membawa bendera Sang Saka Merah Putih bagi menunjukkan sokongan
padu mereka terhadap desakan pembaharuan pilihanraya.
Setelah
gambar sekumpulan penyokong muda bersama dengan bendera mereka itu dipaparkan
di beberapa portal berita dan akhbar-akhbar, para pemimpin BN dan Umno terus
mengambil kesempatan untuk menuduh perhimpunan Janji Demokrasi tersebut
bertujuan untuk menggulingkan kerajaan BN yang ada sekarang, menukar bendera
negara kita, dan merombak perlembagaan untuk menjadikan negara ini sebuah
republik.
Dengan hanya
anggapan yang serong sahaja, pihak polis telah menjalankan siasatan dengan
begitu cepat sekali dan berjanji akan membuat tangkapan dalam masa seminggu
lagi. Begitu efisien sekali apabila pihak BN yang mengadu.
Tahukah
anda, sewaktu demonstrasi dan keganasan di negeri Pulau Pinang sebelum ini yang
didalangi oleh pemuda Umno, Perkasa, Pekida, Pembela dan Mamak bagi menunjukkan
tentangan mereka terhadap kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri Lim Guan Eng,
ramai penunjuk perasaan yang berarak pada masa itu mengibarkan bendera Kurdistan yang
bewarna hijau, kuning dan merah.
Kalau
bendera Kurdistan itu dikibarkan sewaktu demonstrasi dan keganasan tersebut,
boleh juga kita anggap yang Umno, Perkasa, Pekida, Pembela dan Mamak cuba
menggulingkan kerajaan negeri Pulau Pinang, cuba menukar perlembagaan negeri
dan merombak negeri Pulau Pinang untuk dijadikan satu lagi negara Kurdistan.
Ingin kami
bertanyakan kepada pihak berkuasa. Apakah perbezaan khusus di antara mengibarkan
bendera Sang Saka Merah Putih dengan mengibarkan bendera Kurdistan di dalam
negara ini? Kenapa mereka yang mengibarkan bendera Sang Saka Merah Putih itu
lebih bersalah daripada mereka yang mengibarkan bendera Kurdistan?
Pijak gambar Najib dan Rosmah, dengan Guan Eng dan Anwar
Ibrahim
Di antara
memijak gambar Perdana Menteri Najib Razak dan “wanita pertamanya” Rosmah
Mansor dengan memijak serta membakar gambar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan
Eng dan Ketua Pembangkang Parlimen Anwar Ibrahim, siapakah yang lebih bersalah?
Yang lebih
menyedihkan adalah pihak polis telah mengambil keputusan bahawa mereka yang
memijak gambar Najib dan Rosmah adalah lebih bersalah dan menghinakan daripada
mereka yang memijak serta membakar gambar-gambar Guan Eng dan Anwar.
Ini adalah
kerana yang memijak dan membakar gambar-gambar Guan Eng dan Anwar iti semuanya
adalah orang-orang Umno dan BN yang dipimpin oleh Najib. Kerana itulah pihak
polis tidak berani mengambil sebarang tindakan terhadap mereka, kerana Najib
telah mengeluarkan perintah yang ahli-ahli dan para penyokong Umno dan BN
adalah kebal daripada sebarang undang-undang.
Sesiapa
sahaja yang didapati memijak gambar-gambar Najib dan Rosmah akan ditahan,
dibelasah dan dimasukkan ke dalam lokap balai polis.
Punggung Umno lebih berkuasa, setaraf dengan
undang-undang
Sewaktu
sekumpulan penyokong Umno dan Perkasa yang mendakwa diri mereka “veteran
tentera” berkumpul dan mempamerkan punggung mereka di hadapan kediaman
Pengerusi Bersama Bersih 3.0, Datuk S. Ambiga dam keluarganya, pihak polis
hanya setakat memerhati sahaja tanpa mengambil tindakan yang perlu terhadap
kumpulan tersebut yang jelas telah mengganggu keselamatan dan ketenteraman
awam.
Maka
dilepaskan sahaja kumpulan punggung Umno dan Perkasa itu bagi meneruskan
pertunjukkan jijik mereka untuk beberapa jam lagi di hadapan Datuk Ambiga.
Pihak polis amat takut kerana punggung Umno dan Perkasa itu sungguh berkuasa,
berada di atas undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan.
Akan tetapi,
apabila seorang penyokong Janji Demokrasi dan Bersih yang menunjukkan
punggungnya hanya kepada beberapa keping gambar Najib, Rosmah dan pengerusi
SPR, pihak polis dengan segera membuat tangkapan. Ini adalah kerana punggungnya
tidak berkuasa seperti punggung-punggung Umno dan Perkasa.
Entah sama
ada yang ditangkap oleh pihak polis itu akan didakwa di bawah Akta Pencegahan
Punggung 2012, ataupun mengikut undang-undang mana?
Ini jelas
telah menunjukkan bahawa undang-undang negara kita ini telah tercemar dengan
begitu teruk sekali, malah boleh dikatakan Perlembagaan Persekutuan akan bakal
dijual sebagai kertas buruk tidak lama lagi, kerana yang berkuasa tidak perlu
menghormati undang-undang, sementara mereka yang lemah dipaksa tunduk kepada
undang-undang yang tidak adil dan pilih kasih.

Oleh itu,
jika dipandang dari sudut Ubah sekali lagi, memang wajar negara ini perlu
diubah seratus peratus daripada perlembagaan, kerajaan, kehakiman, parlimen,
pentadbiran awam, negeri, dewan negeri, sistem politik, pilihanraya dan akhir
sekali bendera sekarang yang seakan-akan corak bendera Amerika Syarikat dan
Liberia.