Keganasan politik semakin serius. Apa tindakan polis?

Keganasan politik yang dipelopori oleh Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) semakin serius. Apakah tindakan polis di dalam menangani masalah ini? Sehingga pada hari ini, tidak ada sebarang tindakan bagi mengelakkan kejadian seumpama ini daripada berulang.

Pagi tadi, sewaktu Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sedang melaksanakan siri lawatannya di Teluk Bahang, beliau tiba-tiba diserang oleh sekumpulan pemuda dari Perkasa. Sebelum lawatan Guan Eng menjelang, ahli-ahli Perkasa ini didapati menampal poster-poster yang berbau perkauman di sekitar kawasan yang bakal dilawati Guan Eng, sambil mengancam para penduduk di kawasan tersebut agar tidak menunjukkan sokongan mereka kepada ketua menteri itu.

Sewaktu Guan Eng diserang, terdapat beberapa orang anggota polis yang sedang bertugas di kawasan tersebut, tetapi anggota-anggota polis yang berada di situ hanya memerhati kejadian tersebut tanpa mempedulikan keselamatan ketua menteri dan orang ramai yang berada di tempat kejadian.

Sebelum ini, Guan Eng juga pernah diserang oleh ahli-ahli Perkasa sewaktu beliau berada di Padang Kota dan laporan polis telahpun dibuat oleh beliau berikutan kejadian tersebut, namum tidak ada sebarang tindakan susulan daripada pihak polis dan sehingga pada hari ini, penyerang tersebut masih belum lagi diberkas.

Dan berlaku lagi kejadian yang hampir sama pagi tadi, di mana, Guan Eng hampir cedera akibat diserang oleh sekumpulan ahli-ahli Perkasa tersebut. Polis sekali lagi gagal berbuat apa-apa untuk memerangi keganasan yang dipelopori oleh Perkasa.

Kenapa polis enggan mengambil tindakan terhadap Perkasa yang jelas mengancam keselamatan seorang pemimpin kerajaan negeri? Ianya jelas, kerana Pulau Pinang diterajui Pakatan Rakyat yang juga merupakan pembangkang di parlimen.

Polis Di Raja Malaysia adalah di bawah Kementerian Dalam Negeri di mana menterinya Datuk Hishammuddin Hussein adalah seorang naib-presiden kanan Umno. Umno pula adalah peneraju utama kerajaan pusat Barisan Nasional (BN). Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar pula taat setia kepada Datuk Hishammuddin tanpa mengira tanggungjawab profesionalnya untuk masyarakat.

Cuba bayangkan apakah yang akan berlaku jika ahli-ahli Perkasa tersebut menyerang Perdana Menteri Datuk Najib Razak sewaktu "lawatan beliau ke Teluk Bahang"? Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali akan merupakan orang pertama yang akan diberkas dan dimasukkan ke Pusat Tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kamunting,Taiping dan Perkasa akan segera diharamkan. Najib mungkin akan mengisytiharkan darurat di Pulau Pinang berikutan "kejadian" tersebut.

Tetapi oleh kerana kejadian tersebut hanya menimpa seorang pemimpin kerajaan negeri Pakatan Rakyat, maka pihak polis pula tiarah menutup sebelah mata kerana mangsa kejadian tersebut bukannya dari kalangan  pihak BN ataupun Umno. Lagipun Perkasa adalah sekutu kuat Umno yang sedang memerintah kerajaan pusat.

Berikutan kejadian tersebut, apa kata pengerusi BN Pulau Pinang Teng Chang Yeow? Sehingga sekarang Teng dan rakan-rakannya di dalam Gerakan, MCA, MIC dan PPP yang bersama dengan Umno masih gagal mengeluarkan sebarang kenyataan untuk mengutuk kejadian tersebut ataupun menyatakan bantahan mereka terhadap keganasan Perkasa.

Ini adalah kerana Gerakan, MCA, MIC dan PPP takut reaksi Umno jika sekiranya mereka mengutuk Perkasa secara terbuka. Itu adalah amat jelas. Para pemimpin parti-parti komponen BN sememangnya takut dan tunduk kepada ketuanan Umno yang jauh lebih tinggi kedudukannya.

Polis Di Raja Malaysia? Semacam Polis Di Raja Umno sebenarnya.

Popular posts from this blog

EC should ask ROS to register Pakatan quickly

USM fiasco a shame

Singapore Malay daily teaches Mahathir about hardwork