Taat setia kepada negara adalah paling penting
Taat setia kepada negara adalah lebih penting daripada taat setia kepada seseorang pemimpin, parti politik ataupun raja-raja. Ini adalah kerana sesebuah negara itu adalah kepunyaan rakyat jelata dan mana-mana pemimpin, parti politik ataupun raja-raja tidak boleh menuntut hak milik ke atas sesebuah negara.
Para pemimpin, parti-parti politik ataupun raja-raja boleh menjadi sangat kuasa. Justeru daripada itu, akan menjadi tamak, menyalahgunakan kuasa, mengamalkan rasuah, menyeleweng sumber-sumber negara, mengamalkan sistem pemerintahan kuku besi, menyeksa rakyat jelata, membolot kekayaan dan sumber alam negara, berat sebelah dan banyak lagi keburukan sekiranya ianya tidak dikawal atau dibendung. Kesemua elemen negatif ini akan memusnahkan sesebuah negara.
Oleh itu, rakyat jelata dan para pegawai kerajaan perlu menunjukkan taat setia mereka kepada negara dan bukannya seseorang pemimpin, parti politik ataupun raja-raja kerana kesemua mereka ini hanya dipilih atau dilantik untuk dipertanggungjawabkan bagi mentadbir dan menguruskan sesebuah negara dan bukannya memiliki negara ini dan menyamun segala-gala sumber yang ada padanya.
Oleh itu, perbuatan dan perilaku Umno yang membayangkan bahawa jika sekiranya tiada Umno, maka tiadalah negara ini ataupun tiadalah bangsa Melayu lagi adalah merupakan satu implikasi yang amat salah dan bertujuan untuk mengelirukan rakyat jelata khususnya orang-orang Melayu. Selain daripada itu, raja-raja juga sering dipergunakan oleh Umno untuk melabelkan beberapa pihak sebagai "penderhaka" bagi mendapatkan sokongan masyarakat yang kononnya mereka wakili.
Rakyat jelata dan para pegawai kerajaan seharusnya sedar bahawa jika sekiranya seseorang pemimpin, parti politik ataupun raja-raja memerintah dengan cara yang salah dan elemen-elemen negatif yang berleluasa di dalam kerajaan, negara akan musnah. Dan jika sekiranya rakyat taat setia secara membabi buta kepada para pemimpin, parti politik ataupun raja-raja yang sebegini rupa, maka negara ini akan lebih cepat musnah dan masyarakat manapun akan lebih hilang terus dari bumi ini.
Oleh itu, janganlah taksub sangat dengan seseorang pemimpin, parti politik ataupun raja. Kesetiaan kepada negara adalah lebih penting daripada segala-galanya. Pemimpin, parti politik dan raja boleh diubah atau ditukar, tetapi sesebuah negara tidak boleh diubah atau diperdagangkan sewenang-wenangnya.