Tak dijajah, Dijemput menjajah atau Secara de facto dijajah

Mula-mula seorang "professor" yang bernama Zainal bin Kling mengatakan bahawa Malaya pada masa itu tidak pernah dijajah oleh British dan negara kita di waktu itu hanya dinaungani oleh British, bermakna Malaya dilindungi oleh British.

Kemudian pula bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamed pula mendakwa bahawa secara teknikal negeri-negeri Melayu tak pernah dijajah, tetapi sultan-sultan yang telah memutuskan untuk menjemput pihak British untuk ke Malaya bagi menasihati Raja-raja Melayu cara-cara untuk mentadbir negeri-negeri tersebut.

Kenyataan Tun Dr Mahathir bermakna, Sultan-sultan pada masa itu telah mengkhianati rakyatnya sendiri dengan menjemput pihak British ke negeri masing-masing bagi menngurus tadbir kerajaan mereka. Ianya juga bermakna, Tun Dr Mahathir telah menganggap Raja-raja Melayu langsung tidak berguna dan tidak tahu mentadbir neger-negeri di bawah para baginda sehingga mahukan orang asing datang untuk mentadbir.

Selepas itu pula, pengerusi Yayasan 1Malaysia Dr Chandra Muzaffar mengatakan bahawa Malaya pada masa itu secara de facto telah dijajah oleh pihak British dan sebab itulah wujudnya para pejuang kemerdekaan.

Yang mana betul?

Di antara tak dijajah, dijemput menjajah dan secara de facto pernah dijajah, apakah yang membezakan di antara ketiga-tiga jenis helah ini? Bila ditanya kenapa pula tak dijajah, dia kata hanya dilindungi sementara bila disoal pula macam mana dijemput menjajah, maka dijawab Sultan-sultan yang menjemput mereka ke mari untuk mentadbir. Dan tiba-tiba pula dikatakan Malaya telah dijajah secara de facto dan sebab itu perlunya para pejuang kemerdekaan.

Dan bila disebut kembali mengenai Umno, Malaya tiba-tiba kembali dijajah secara de facto bagi membolehkan parti tersebut dilihat semula sebagai pejuang kemerdekaan. Apabila Umno nak membelasah timbalan presiden PAS Muhamad Sabu, diguna pakai pula tajuk Malaya tak pernah dijajah agar beliau dapat disabitkan sebagai pengkhianat bangsa dan negara.

Kekeliruan demi kekeliruan

Ya, rakyat kita semakin keliru dengan pelbagai karenah yang dipermain dan diperolok-olokan oleh Umno dan jentera-jentera penyokongnya, sehinggalah ia mencemar nama baik negara kita ini dengan tanggapan orang ramai bahawa kita tidak mempunyai fakta sejarah negara yang boleh dipercayai dengan sepenuhnya.

Keadaan bertambah buruk lagi apabila menteri pelajaran yang juga timbalan perdana menteri mengatakan bahawa buku-buku sejarah perlu dikaji semula dan dikarang pula dengan cerita-cerita baru bagi memulihkan sejarah negara kita ini.

Macam mana pula sejarah negara kita ini boleh ditulis semula, dipinda atau dipadamkan beberapa fakta-fakta mengikut kelainan musim politik Umno?

Sejarah akan mengikut rentak politik Umno

Dalam pada itu, ada juga cubaan kerajaan BN untuk menghantar wakil ke Britain bagi bertemu dengan pegawai arkib di sana agar dapat membantu mengubah isi kandungan sejarah Malaya yang disimpan di dalam arkib British itu.

Sampai ke tahap ke negara bekas penjajah untuk meminta bantuan mengubah sejarah Malaya. Bertapa rendahnya maruah negara kita ini dibuat Umno.

Oleh kerana apa yang telah berlaku di Bukit Kepong serta isu yang dibangkitkan oleh Muhamad Sabu, maka sejarah yang termaktub selama ini terpaksa diubah dan dirombak semula untuk menjadikan seolah-olah pada tahun 1950 itu Malaya tak pernah dijajah agar para anggota polis yang bertahan di balai polis yang diserang itu dapat dikenali sebagai pejuang negeri-negeri Melayu dan bukannya untuk pihak British.

Jadi isu tahun 1950 yang mana Malaya masih belum merdeka itu telahpun dilupakan dan ditelan arus dengan begitu sahaja. Bahkan media-media kerajaan BN telahpun mengharamkan sebarang siaran atau topik yang dianggapp dapat mengaitkan Malaya sebagai masih dijajah oleh British pada tahun 1950.

Kesemua jenis bentuk tohmahan, penipuan dan dusta yang dibuat oleh Umno ini semata-mata untuk memastikan Muhamad Sabu kecundang dengan menyabitkan beliau dengan tuduhan mengkhianat, pembelot bangsa Melayu dan penderhaka.

Sementara kenyataan Tun Dr Mahathir yang menyebut Raja-raja Melayulah yang menjemput British masuk ke negeri-negeri Melayu untuk mentadbir tidak pula diberikan perhatian dengan lebih mendalam meskipun terdapat unsur-unsur yang boleh dikatakan Tun Dr Mahathir telah menghina institusi Raja-raja dengan mengatakan para baginda telah menjemput para penjajah masuk.

Ramai di antara kita mudah lupa, dan sebab itulah Umno berpeluang untuk mempermain dan memporak-perandakan fakta-fakta sejarah yang sebenarnya, sehinggalah kekeliruan yang berterusan dengan begitu lamanya.

Dusta demi dusta Umno yang tak terhingga rupa-rupanya!

Popular posts from this blog

EC should ask ROS to register Pakatan quickly

USM fiasco a shame

Federal Constitution that Safeguards the Legitimate Rights and Interest of All Malaysians