Dalam Umno juga ramai Komunis

Di dalam ceramah tersebut, Timbalan Presiden PAS Muhammad Sabu hanya menyebut, “Dekat nak Merdeka nanti, siarlah cerita Bukit Kepong. Bulit Kepong itu polis itu British. Yang Serang Bukit Keponglah pejuang kemerdekaan. Ketuanya, Muhammad Indera”.

Dan sejak daripada hari itu lah, Mat Sabu dicaci dengan bermacam-macam jenis perkataan, gelaran dan panggilan, seperti pengkhianat, penderhaka, penyokong Komunis, "Mat Sabu bukan lagi Melayu" dan sebagainya.

Agenda mengenai ceramah Mat Sabu ini turut dipaparkan di dalam media-media dan akhbar utama milik Umno hampir setiap hari, tanpa henti-henti, kononnya Mat Sabu telahpun disabitkan kesalahan dan sedang menanti hukuman "gantung sampai mati". Malah, ramai juga yang secara membuta tuli membuat laporan polis tanpa usul periksa yang sempurna dan hanya berdasarkan khabar angin dan tokok tambah yang dibuat oleh orang-orang Umno.

Sebenarnya, terdapat juga ramai yang berfikiran dan kuat menyanjung Komunis di dalam Umno. Baru-baru ini Setiausaha Agung Umno Tengku Adnan Tengku Mansur dan rombongan parti tersebut turut melakukan kunjungan kehormat ke negara China untuk menjalinkan beberapa siri hubungan dan kerjasama dua hala dengan Parti Komunis China (Chinese Communist Party - CCP).

Kerjasana dua hala di antara Umno dan CCP itu juga turut merangkumi aspek latihan politik, kepartian dan ideologi.

Sebelum ini, Pergerakan Pemuda Umno di bawah pimpinan ketua pemudanya juga turut pernah mengunjungi beberapa rakan sejawatnya di China dengan bertemu dengan para pemimpin Liga Pemuda Komunis China (Communist Youth League - CYL), juga dengan agenda yang sama iaitu menjalinkan hubungan dua hala di antara Pemuda Umno dengan CYL yang meliputi beberapa aspek latihan ideologi, program pertukaran dan kepartian.

Kedua-dua lawatan peringkat tertinggi para pemimpin Umno yang berlangsung di ibupejabat CCP dan CYL di Zhongnanhai ini telah turut disahkan oleh Ketua Jabatan Perhubungan Antarabangsa CCP (the CCP International Liaison Department), Wang Jiarui.

Untuk makluman, Wang Jiarui adalah juga ahli Politburo (Biro Politik) dan anggota jawatankuasa pusat CCP.

Jadi, siapakah Komunis dalam erti kata yang sebenarnya? Bila berada di kampung dan kawasan pendalaman, Umno asyik dengan pelbagai tembakan dan asakan terhadap Mat Sabu yang kononnya beliau "menyokong kuat Komunis" dan pihak berkuasa yang bodoh sombong itu pun percayakan dakwaan tersebut sambil mengatakan Mat Sabu akan ditahan tidak lama lagi.

Adakah mereka-mereka yang berada di dalam perkampungan Umno dan kawasan pendalaman ini masih lagi buta segala-galanya sehinggalah tidak dapat membezakan yang tuan mereka ini, yakni Umno adalah "anti Komunis" ataupun Penyanjung Komunis?

Jejakilah kebenaran terlebih dahulu sebelum memekik tidak tentu arah, entah lubang najis di hadapan pun masih belum sedar.

Popular posts from this blog

EC should ask ROS to register Pakatan quickly

USM fiasco a shame

Federal Constitution that Safeguards the Legitimate Rights and Interest of All Malaysians