PUTERA-AMCJA pejuang kemerdekaan Malaya yang sebenar
Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka from fahmi reza on Vimeo.
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau lebih dikenali sebagai Umno sebenarnya bukan pejuang kemerdekaan negara kita yang sebenarnya. Umno telah mengkhianati perjuangan kemerdekaan sejak daripada tahun 1946 lagi.Setelah pentadbiran British di Malaya pulih ekoran daripada tamatnya penaklukan Jepun dan perang dunia kedua, pihak British telah bercadang untuk membentuk satu kesatuan yang menyatukan kesemua negeri-negeri Melayu yang bersekutu dan tidak bersekutu serta negeri-negeri selat di bawah satu payung pemerintahan pusat.
Hasil daripada itu pihak British telah mengilhamkan pembentukan Malayan Union untuk menyatukan beberapa bentuk identiti negeri-negeri Melayu tersebut.
Akan tetapi cadangan pembentukan Malayan Union tersebut ditolak dan dibantah oleh Umno dengan alasan kuasa orang-orang Melayu dan Raja-raja akan dikurangkan melalui pemerintahan pusat yang dikuasai oleh seorang Gabenor-Jeneral.
Ekoran bantahan demi bantahan yang dikelolakan oleh Umno di seluruh negara pada masa itu, kerajaan British di Malaya pada masa itu membatalkan hasrat pembentukan Malayan Union tersebut dan digantikan pula dengan suatu bentuk persekutuan yang longgar.
Dalam tahun 1946 itu juga, pihak British dengan rela hati telah menawarkan para pemimpin Umno untuk memberi kemerdekaan kepada Malaya dan jesteru itu memberikan hak berkerajaan sementara kepada Umno.
Akan tetapi, Umno telah menolak tawaran kemerdekaan daripada pihak British pada masa itu dengan mengatakan bahawa mereka masih belum bersedia untuk menikmati kemerdekaan Malaya. Malah seorang pemimpin Umno pada masa itu pernah menyebut, “buat sebatang jarum pun tak pandai, nak merdeka?” Inilah merupakan kali yang pertama Umno telah mengkhianati kemerdekaan untuk negara kita pada masa itu.
Akibat penolakan tawaran kemerdekaan oleh para pemimpin Umno, dua gabungan parti-parti politik yang tidak bersekutu dengan Umno, iaitu PUTERA dan AMCJA telah mengambil inisiatif untuk meneruskan perjuangan mereka biarpun tanpa Umno.