Mustahil Akta Perhubungan Kaum ala Britain di Malaysia
Setelah sekian lama menimbulkan pelbagai permasalahan di dalam hubungan antara kaum di negara kita ini, kini Umno ingin menjadi jaguh pula bagi mengawal keadaan tersebut dengan sendiri dengan mencadangkan agar suatu Akta Perhubungan Kaum ala Great Britain diperkenalkan di negara ini bagi mengawal dan menangani isu-isu perkauman yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.
Bagaimana pula Akta Perhubungan Kaum ala Britain ini dapat diperkenal dan digunapakai di dalam negara kita ini sedangkan di antara negara kita dengan Britain, terdapat banyak jenis perbezaan di dalam masalah perkauman kedua-dua negara.
Dan jika sekiranya akta ala Britain tersebut ditiru dan digunapakai secara terus di negara kita ini, sudah pasti akan memburukkan lagi masalah perkauman tersebut baik dari segi undang-undang, eksekutif mahupun rakyat jelata.
Ini adalah kerana kelainan dalam apa yang telah dan sedang berlaku di antara kedua-dua negara tersebut (Britain dan Malaysia) adalah amat ketara dan tidak boleh dipandang dengan sebegitu rupa sahaja.
Sistem di Britain tidak rasis tetapi rakyatnya rasis
Yang kita dapat lihat selama ini adalah sistem dan amalan di dalam kerajaan Britain selama ini langsung tidak mempunyai sebarang unsur-unsur perkauman yang boleh mengakibatkan perpecahan kaum di negara tersebut. Begitu juga dengan undang-undangnya yang begitu langsung tidak menyentuh sebarang perbezaan kaum di dalam amalan dan dari segi kuatkuasanya.
Namum begitu, ramai di kalangan rakyat Britain adalah sebaliknya. Rakyat di negara tersebut sering berfikiran sensitif mengenai siapakah berkulit putih dan siapakah sebaliknya dan oleh itu juga sering timbul masalah rakyat di negara itu yang suka menindas kaum-kaum bukan kulit putih ataupun golongan pendatang.
Di Britain dan begitu juga dengan negara-negara barat yang lain, tidak ada budaya masyarakat majmuk dan persefahaman di antara kaum kulit putih dan bukan kulit putih, malah kedua-dua golongan ini sering bertelagah di antara satu sama lain bagi memastikan kepentingan masing-masing dijamin dan tidak ditindas.
Sewaktu perayaan pula, jarang kita dapat lihat sebarang acara dan sambutan ala “rumah terbuka” di mana semua kaum yang berbeza dapat menikmati hidangan dan juadah secara bersama.
Oleh itu, kewujudan Akta Perhubungan Kaum di Britain itu bertujuan untuk melindungi hak-hak kaum bukan kulit putih di negara tersebut agar mereka tidak ditindas atau dianaktirikan bagi memasti dan untuk memelihara keharmonian antara kaum di negara tersebut.
Kerajaan Malaysia rasis tetapi rakyatnya tidak
Di Malaysia pula, dapat kita lihat dengan jelas bahawa sistem pemerintahan dan undang-undang di negara ini adalah lebih berunsurkan berat sebelah dan menitik beratkan satu kaum sahaja, sementara rakyat di negara ini tidaklah bersikap sedemikian.
Sistem kerajaan dan undang-undang berunsur perkauman di Malaysia ini meliputi pelbagai aspek, daripada pendaftaran kelahiran, pendidikan, pekerjaan, perniagaan, kewangan sehinggalah ke politik, kesemuanya adalah berdasarkan penetapan kuota dan kelebihan kepada hanya satu kaum bagi memastikan kepentingan dan ekuiti mereka tidak hilang melalui sebarang persaingan di dalam pasaran ataupun kemahiran.
Akibat daripada sistem perkauman tersebut yang amat ketara, maka timbullah idea-idea dan agenda ketuanan satu kaum ke atas kaum-kaum yang lain dengan mendakwa darjat kaum mereka adalah lebih tinggi daripada yang lain.
Walaupun sistem pemerintahan di Malaysia ini adalah amat berunsurkan perkauman, namun kita amatlah bertuah kerana majoriti rakyat kita dalam negara ini tidak bersifat sedemikian.
Sebab itulah kita semua boleh dengan secara langsung mengamalkan budaya “rumah terbuka” sewaktu perayaan-perayaan pelbagai kaum diadakan, seperti, Hari Raya Aildil Fitri, Hari Raya Aidil Adha, Tahun Baru Cina, Wesak, Deepavali, Vasakhi, Krismas, Keamatan dan sebagainya. Rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum di negara ini dapat datang bersama menghadiri sesuatu perayaan, bercampur-gaul dan menikmati pelbagai hidangan secara bersama.
Dan walaupun kebanyakan undang-undang, sistem dan amalan kerajaan Malaysia yang cuba memisahkan kita di antara satu sama lain mengikut status kaum dan agama serta garisan politik mengikut kaum, rakyat di negara ini masih boleh mencapai kematangan yang sejagat dan sedar begitu pentingnya perpaduan antara kaum, agama dan budaya demi mewujudkan satu Bangsa Malaysia yang sejati tanpa mengira warna kulit, agama dan budaya.
Jadi perkara pokok yang utama di sini adalah jelas. Masalah perkauman di negara Britain dan Malaysia adalah amat berbeza sama sekali.
Di Britain, akta tersebut diwujudkan bagi mengawal sikap majoriti rakyatnya yang bersikap rasis dan bagi memastikan hak-hak kaum-kaum minoriti di negara tersebut adalah terjamin dan dilindungi dengan sepenuh daripada sebarang penindasan dan ketidaksamarataan.
Bagaimana pula kerajaan Malaysia yang begitu kuat mengamalkan sistem yang berunsurkan perkauman dapat mewujudkan akta ala Britain tersebut bagi mengawal sikap dan tingkahkaku rakyat jelata yang majoritinya telahpun matang dan sedang menikmati perpaduan antara kaum, agama dan budaya tanpa mengira warna kulit ataupun sebarang perbezaan?
Masalah yang utama di sini adalah, bagaimanakah kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Umno ini dapat mewujud dan menguatkuasakan Akta Perhubungan Kaum untuk mengawal dan menghapuskan kebanyakan amalan-amalan dan sistem-sistem berunsurkan perkauman di dalam jentera pentadbirannya sendiri yang telahpun wujud berabad lamanya?
Sebagai makluman di dalam BN itu sendiri, parti-parti komponennya adalah terdiri daripada pelbagai parti-parti satu kaum seperti Umno (untuk Melayu), MCA (Cina sahaja), MIC (India sahaja), SUPP (Cina sahaja), PBB (Melayu Melanau sahaja), Upko (Kadazan sahaja), SPDP dan PRS (Dayak sahaja). Begitu juga pertubuhan-pertubuhan pro-Umno yang, ekstrim, ganas dan amat mendendami kaum-kaum yang lain, seperti Perkasa, Perkida dan banyak lagi.
Mampukah Akta Perhubungan Kaum tersebut dapat memastikan agar parti-parti politik yang berasaskan satu kaum masing-masing dan pertubuhan-pertubuhan perkauman yang radikal dan ekstremis ini dimansuhkan sebelum akta tersebut dapat dikuatkuasakan dengan sepenuhnya ke dalam seluruh sistem dan jentera kerajaan yang masih berunsurkan perkauman?