ISA akan dimansuhkan, tetapi diganti pula dengan satu lagi "ISA" berwajah baru
Kerajaan persekutuan BN baru-baru ini telah mengumumkan bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sememangnya akan dimansuhkan berikutan bantahan beberapa dekad oleh ramai pihak berkenaan dengan kekejaman undang-undang tersebut yang banyak menyekat kebebasan bersuara dan mengancam kesuburan proses demokrasi di dalam negara kita ini.
Namun, di sebalik langkah-langkah untuk memansuhkan ISA, kerajaan BN ini secara senyap-senyap mengorak langkah dari belakang sedang mengusulkan satu lagi bentuk undang-undang "ISA Baru" yang akan diberikan nama sebagai Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) atau di dalam versi bahasa Inggeris Security Offences (Special Measures) Act.
Ini menunjukkan bahawa kerajaan BN pimpinan perdana menteri dan presiden Umno Najib Razak ini tidak ikhlas di dalam memansuhkan ISA dengan sepenuhnya. Kata orang ramai, kalau ISA dimansuhkan, pusat tahanan ISA di Kamunting, Taiping juga perlu ditutup berikutan ketiadaan undang-undang tersebut lagi.
Oleh yang demikian, bagi mengekalkan pusat tahanan ISA tersebut, Najib perlu mewujudkan satu lagi undang-undang ala ISA untuk dijadikan satu lagi alasan bsgi meneruskan operasi pusat tersebut. Jadi, keadaan ini akan tetap berbalik kepada keadaan yang asal sewaktu ISA masih berkuatkuasa. ISA lapuk dimansuhkan dan digantikan pula dengan ISA Baru yang lebih moden dan canggih agar sekatan terhadap demokrasi dan rakyat dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Rakyat jelata jelas telah tertipu dengan pelbagai helah yang diketengahkan oleh BN. Kalaulah di suatu hari nanti, kerajaan BN berkata akan memansuhkan satu lagi undang-undang anti-demokrasi yang telah lapuk, bolehkah kita mempercayai kata-kata mereka ini lagi?
Kenapa negara kita ini memerlukan begitu banyak undang-undang yang berbentuk "keselamatan"? Adakah negara kitai ini sedang diancam oleh elemen-elemen yang boleh menggugat kestabilan negara, ekonomi dan mengancam keselamatan rakyat? Adakah negara kita ini sedang berperang? Atau adakah negara ini sedang menghadapi perang dingin (demokrasi lawan komunisme)?
Banyak sangat sandiwara dan angan-angan yang dikemukakan oleh BN sebagai alasan akan perlunya undang-undang yang berbentuk "keselamatan" ini. Yang merasa "terancam" selama ini bukanlah rakyat jelata tetapi BN dan Umno khususnya.
Sebenarnya tujuan kerajaan BN untuk mewujudkan banyak jenis undang-undang yang berbentuk "keselamatan" ini adalah bertujuan untuk melawan pengaruh parti-parti pembangkang dan menyekat kebebasan rakyat daripada menyuarakan ketidakpuasan mereka terhadap kepimpinan BN yang ada sekarang. Ini bermakna, BN memerlukan undang-undang sedemikian untuk terus kekal berkuasa walau dengan apajua cara pun.
BN dan Umno telah tidak dapat lagi berani menghadapi rakyat melalui proses dan saluran demokrasi dan oleh yang demikian, mereka memerlukan lebih banyak undang-undang yang bercirikan "keselamatan" untuk melindungi kedudukan mereka dan memastikan agar mereka tidak kalah di dalam pilihanraya umum yang akan datang.