Cubaan beli ADUN, ternyata BN seakan Banjingan Negara

Kali ini mangsa yang seterusnya adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri Johor kawasan Bentayan, Gwee Tiong Hiang daripada DAP mendedahkan taktik keji yang digunakan oleh BN untuk merasuah beliau agar keluar daripada parti yang dianggotainya selama ini.
Menurut Gwee, beliau telah dihubungi oleh beberapa orang yang mendakwa kononnya mereka mewakili jabatan perdana menteri dan seorang menteri kanan di Putrajaya untuk berunding dengan beliau mengenai cadangan untuk membawa beliau keluar dari DAP dan tawaran pampasan.
Menurut beliau lagi, antara tawaran pampasan (untuk keluar dari DAP) adalah wang tunai sebanyak RM150,000.00, elaun tambahan sebanyak RM5,000.00 sebulan (selain daripada elaun ADUN yang ada sekarang) serta seekar tanah komersial seluas 50 ekar.
Cubaan BN untuk membeli wakil-wakil rakyat menunjukkan mereka ini semakin terdesak dan sedang cuba mencari jalan untuk melemahkan Pakatan Rakyat dengan cubaan merasuah mereka agar keluar atau melompat parti.
Ini bukan merupakan cubaan pertama BN untuk merasuah dan membeli wakil-wakil rakyat daripada Pakatan Rakyat. Setahun selepas pilihanraya umum 2008, tiga orang ADUN daripada Pakatan Rakyat keluar daripada parti masing-masing (DAP dan PKR). Selepas itu, seorang demi seorang ahli parlimen daripada PKR pula keluar parti dan menjadi ahli bebas yang menyokong BN dan yang terakhir seorang lagi ADUN DAP Perak keluar parti dan menyertai PPP.
Jika kita lihat daripada sudut yang sebenarnya, kesemua wakil-wakil rakyat Pakatan yang berjaya dipujuk oleh BN untuk keluar atau melompat parti ini mempunyai masalah masing-masing, antara yang paling ketara adalah masalah kewangan, sedang menghadapi tindakan mahkamah kerana menerima rasuah, masalah dengan kepimpinan parti dan sebagainya.
Ini jelas bahawa setelah keluar daripada DAP dan PKR, wakil-wakil rakyat ini menerima ganjaran demi ganjaran, antaranya dua orang itu telah mendapat anugerah Datuk, manakala dua lagi yang sedang menghadapi tuduhan menerima rasuah telah digugurkan tuduhan mereka oleh pendakwaraya dan beberapa lagi menerima perlantikan ke lembaga pengarah syarikat berkaitan kerajaan, serta yang seterusnya telahpun diselesaikan masalah kewangan mereka.
Perbuatan BN ini ternyata menunjukkan bertapa kejinya para pemimpin mereka ini yang langsung tidak beretika atau bermoral, sehinggalah kita boleh menggelar mereka ini bagaikan Banjingan Negara yang tidak terhingga.