Lanjutan Kebencian Ke Bidang Kepenggunaan dan Perniagaan
Pilihanraya umum ke-13 (PRU13) telahpun berlalu dengan begitu lamanya. Rakyat jelata selaku pengundi telahpun menunjukkan apa yang mereka inginkan untuk diri dan negara mereka. Namun, ada sebilangan besar pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN), serta beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang pro-Umno yang asyik menyalahkan masyarakat Cina di atas pengurangan majoriti mereka di parlimen dan dewan-dewan undangan negeri.
Pada peringkat awal selepas PRU13 tamat, pemimpin yang pertama menyalahkan masyarakat Cina adalah presiden Umno Najib Razak, selepas itu diikuti pula oleh ramai pemimpin kanan Umno dan BN yang lain yang turut menyalahkan masyarakat Cina dan mengecam mereka kerana "tidak terhutang budi", "lupa daratan" dan sebagainya. Nampaknya Umno kini cuba untuk membangkitkan semangat dan sentimen kebencian terhadap masyarakat Cina pada keseluruhannya dengan menuduh bahawa masyarakat Cina di negara ini inginkan lebih kuasa dan juga mahu menguasai keseluruhan negara ini dengan membelakangkan masyarakat Melayu, Bumiputra dan agama Islam.
PRU13 itu telah menunjukkan apa yang rakyat jelata inginkan, bukan sahaja daripada masyarakat Cina, bahkan semua rakyat Malaysia, tidak mengira sama ada orang itu Melayu, Cina, India, Kadazan, Dayak, Iban, Siam, Orang Asli dan sebagainya mahukan apa yang sepatutnya mereka kecapi. PRU13 itu diadakan dan semua rakyat Malaysia telahpun melaksanakan pilihan mereka melalui pengundian, bukan masyarakat Cina sahaja yang mengundi, masyarakat lain turut keluar beramai-ramai untuk mengundi.
Dan kenapa pula Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) perlu mengkadarkan peratusan pengundi dan undi-undi yang diterima mengikut kaum dan agama? Supaya kerajaan BN dapat menilai peratusan mengikut kaum itu dan melancarkan dendaman dan tindakbalas mereka terhadap masyarakat yang kurang memberikan sokongan kepada kerajaan BN?
Hentaman tersebut masih berterusan dan kali ini, beberapa NGO yang pro-Umno baru-baru ini telah mengadakan sidang akhbar untuk menggesa masyarakat Melayu, Bumiputra dan orang-orang Islam agar segera memboikot dan memulaukan barangan-barangan yang dijual, diedar atau dikeluarkan oleh para peniaga dan syarikat-syarikat milik masyarakat Cina di negara ini. Nampaknya, Umno dan NGO-NGO yang ditajanya ingin menlanjutkan dendaman dan kebencian mereka ke bidang kepenggunaan dan perniagaan pula.
Perlukah kebencian dan dendaman tersebut dilanjutkan di dalam keadaan yang sebegini rupa? Kenapa perlu terus membenci dan berdendam sehinggalah ke tulang rusuk? Adakah kebencian itu dapat memberikan lebih manfaat kepada masyarakat Melayu, Bumiputra dan orang-orang Islam pada keselruhannya? Umno dan NGO-NGO tajaannya perlu menjawab persoalan ini dengan segera bagi memberikan gambaran yang sebenarnya dan apakah implikasi yang seterusnya.
Hakikatnya adalah, pemulauan terhadap barangan yang dijual, diedar dan dikeluarkan oleh para peniaga dan syarikat-syarikat milik masyarakat Cina ini akan juga merugikan masyarakat Melayu, Bumiputra dan orang-orang Islam pada akhirnya. Ini bukannya satu tindakbalas, tetapi lebih kepada hakikat yang sebenarnya. Jika sekiranya pemulauan itu dilaksanakan, ekonomi negara ini akan runtuh sama sekali, begitu juga dengan negara ini. Ianya akan melibatkan kesengsaraan bukan sahaja masyarakat Melayu, Bumiputra dan orang-orang Islam, bahkan masyarakat lain akan turut merasai keperitan akibat daripada kejatuhan ekonomi yang diperkaitkan dengan sentimen kemarahan, dendaman dan kebencian terhadap sesuatu kaum.
Selepas kempen kebencian tersebut di dalam bidang kepenggunaan dan perniagaan, adakah Umno dan NGO-NGO tajaannya akan juga melanjutkan dendaman dan kebencian tersebut ke bidang-bidang yang lain seperti pendidikan, pengangkutan, sosial, kebajikan, sukan, permakanan, teknologi, hiburan dan sebagainya? Kita meminta para pemimpin BN, Umno dan NGO-NGO tajaan mereka, jawablah persoalan ini, sama ada mereka akan sekali lagi melanjutkan perbuatan mereka ini ke bidang-bidang yang lain pada masa atapun waktu yang sesuai?
Kenapa perlu mereka ini bersifat dan berkelakuan seperti orang-orang yang tidak berpendidikan, tidak bertamadun dan juga nampaknya seperti orang-orang jahiliah? Negara ini bukannya hak milik seseorang individu atau kumpulan sahaja.
Nasihat buat kali terakhir buat BN, Umno dan para NGO-NGO tajaannya, keluarlah daripada tempurung yang gelap itu, usah terus bersembunyi di dalam lubang yang gelap dan menafikan terus hakikat yang telah sedia berada di hadapan anda-anda semua. Keluarlah daripada lubang dan pemikiran yang penuh dengan penafian kebenaran sebelum kemunduran anda semua melarat menjadi lebih buruk lagi.