Pemimpin Gerakan masih tidur

Sejak daripada dahulu lagi Gerakan hanya memahami erti politik yang diketengahkan oleh tuan besarnya di dalam Barisan Nasional (BN), iaitu tunduk secara "kow tow" kepada Umno yang selama ini mendominasi BN dan lain-lain parti komponen di dalamnya.

Kritikan dan serangan demi serangan sering dilakukan oleh Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Dr Teng Hock Nan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dengan menuduh Guan Eng sering gagal menggunakan saluran yang betul untuk memohon faedah dan peruntukan daripada kerajaan pusat. Kenyataan Dr Teng dan Gerakan itu seolah-olah menyeru agar rakyat Pulau Pinang merayu kepada kerajaan pusat untuk mendapatkan segala faedah dan peruntukan tersebut.

Ini adalah merupakan cara Gerakan merayu dan menyembah Umno sehingga menyebabkan kemarahan rakyat yang akhirnya mengambil keputusan untuk tidak mengundi Gerakan dan BN pada pilihanraya umum 8 Mac 2008 yang lalu.

Dr Teng sememangnya terlupa ataupun sengaja lupa bahawa yang mengutip cukai daripada rakyat jelata adalah kerajaan pusat dan oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan pusat untuk menyelaras dan membangunkan setiap negeri tanpa perlu diseru untuk berbuat demikian. Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang mewakili rakyat di negeri tersebut dan beliau tidak perlu untuk merendahkan martabatnya untuk merayu dan menyembah Umno untuk mendapatkan peruntukan itu. Itu adalah tugas kerajaan pusat yang perlu dikotai.

Jika sekiranya kerajaan pusat tidak ataupun enggan menghormati keputusan yang dibuat oleh rakyat dan Perlembagaan Persekutuan, demi rakyat jelata, marilah kita letakkan satu set kepimpinan yang baru di Putrajaya di dalam pilihanraya umum yang akan datang.

Para pemimpin Gerakan dan BN yang lain sering menyebarkan pembohongan dan fitnah, kononnya kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang gagal memansuhkan toll di beberapa lebuhraya utama di negeri tersebut

Gerakan dan BN berharap rakyat akan lupa bahawa lebuhraya-lebuhraya bertoll adalah di bawah tanggungjawab dan kelolaan penuh kerajaan pusat dan kerajaan negeri langsung tidak mempunyai kuasa untuk mengubah sebarang konsesi yang termaktub pada kemudahan tersebut.

Yang hanya boleh memansuhkan terus sistem bertoll di lebuhraya adalah kerajaan pusat sahaja dan bagi meringankan bebanan rakyat, kerajaan negeri juga telah membina beberapa jalan alternatif di negeri tersebut bagi membolehkan rakyat dan para pengguna menghindari daripada menggunakan lebuhraya-lebuhraya bertoll tersebut

Para pemimpin BN perlu ingat dan jelas bahawa Guan Eng selama ini telah banyak berjuang menentang lanjutan konsesi toll di beberapa lebuhraya yang dilaksanakan oleh kerajaan pusat bagi pihak pemegang konsesi serta kroni-kroni BN yang lain.

Jadi, kita menyokong penuh cadangan Guan Eng mencabar menteri di jabatan perdana menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop untuk berdebat mengenai cara-cara yang paling berkesan mengurangkan bebanan akibat daripada kenaan toll di kalangan rakyat Kerajaan pusat nampaknya sehingga kini masih gagal untuk memahami keadaan ekonomi dunia yang tenat sekarang dan juga permintaan dalam negara yang tidak begitu stabil untuk mengukuhkan ekonomi negara kita.

Cara yang paling berkesan untuk meningkatkan permintaan dalam negara adalah menaikkan purata pendapatan setiap rakyat. Akan tetapi, BN membiarkan kroni-kroninya terus merampas hak dan pendapatan rakyat jelata dengan peningkatan kadar toll yang tinggi dan kenaan cukai-cukai yang tidak menusabah.

Masih bermimpikah Parti Gerakan ini?

Popular posts from this blog

EC should ask ROS to register Pakatan quickly

USM fiasco a shame

Singapore Malay daily teaches Mahathir about hardwork