Batal konsert Erykah atau Perkasa 'rancang sesuatu'

Kumpulan perkauman yang radikal dan ganas, Perkasa mahukan kerajaan membatalkan konsert penyanyi "funk", "hip-hop" dan "soul", Erykah Badu, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur yang dijadualkan esok atau Perkasa akan 'merancang sesuatu'.

Bolehkah Perkasa terangkan apakah "rancangan" kumpulan tersebut dan adakah kenyataan itu merupakan suatu ancaman yang boleh menggugat keselamatan orang ramai?

Kita telah banyak melihat dan memperhatikan gelagat dan tingkahlaku ahli-ahli Perkasa ini, apabila terdapat apa-apa siri himpunan berbentuk aman, ahli-ahli Perkasa ini akan datang beramai-ramai untuk menyerang aktivis-aktivis keamanan serta mencederakan mereka-mereka yang tidak bersalah ini.

Ya, ahli-ahli Perkasa dan Umno ini kian ganas, kerana apa? Kerana takut akan kekalahan! Mereka tidak berani lagi menghadapi rakyat di dalam pilihanraya umum yang akan datang apatah lagi berdepan dengan keputusan pilihanraya nanti.

Jadi, cara yang paling efektif bagi mereka sekarang adalah berlaku ganas agar dapat menakut-nakutkan rakyat jelata agar tidak berani menyatakan pendapat dan kebenaran.

Kita sekarang mencabar Perkasa untuk mendedahkan apakah "rancangan" sebenarnya mereka jikalau kerajaan tidak membatalkan konsert tersebut. Adakah konsert tersebut akan berakhir dengan satu letupan bom yang akan dihantar oleh Perkasa? Adakah Perkasa akan menghantar sepasukan militianya untuk menyembelih orang ramai yang telah membeli tiket untuk menyaksikan konsert tersebut? Pendek kata, adakah Perkasa ini akan mengakibatkan pertumpahan darah di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur itu nanti?

Popular posts from this blog

EC should ask ROS to register Pakatan quickly

USM fiasco a shame

Singapore Malay daily teaches Mahathir about hardwork