Pembaharuan kemudahan awam perlukan pendekatan politik
Kami berpendapat bahawa amaran yang dikeluarkan oleh Tan Sri Syed Hamid itu adalah tidak tepat kerana pemerhatian terhadap segala bentuk dasar yang menguruskan kemudahan pengangkutan awam adalah merupakan tanggungjawab semua orang, biar kita sebagai rakyat biasa mahupun seseorang ahli politik.
Tambahan pula, kenyataan yang dikeluarkan oleh Tan Sri Syed Hamid itu seolah-olahya juga telah menampar mukanya sendiri, kerana beliau sendiri adalah juga merupakan seorang ahli majlis tertinggi Umno. Jika sekiranya orang-orang politik tidak sepatutnya mencampuri urusan perlaksanaan dasar pengangkutan di negara ini, maka Tan Sri Syed Hamid sepatutnya perlu meletakkan jawatannya sebagai pengerusi SPAD.
Kenapa pula beliau memberikan suatu petunjuk yang sangat mengelirukan rakyat? Semata-mata untuk memastikan kedudukan beliau itu sendiri terjamin dan bebas daripada kritikan yang dilakukan oleh parti-parti pembangkang?
Di dalam menentukan halatuju dan proses perlaksanaan dasar pengangkutan awam untuk negara kita ini, kita sememangnya memerlukan pembabitan semua pihak di dalam memastikan agar dasar tersebut diwujud dan dilaksanakan mengikut lunas-lunas yang memanfaatkan semua pihak dan bukannya hanya satu-satu kumpulan atau kroni-kroni yang tertentu sahaja yang dapat menikmati faedah ataupun pulangan yang lumayan.
Segala bentuk isu, kedudukan kemudahan itu sendiri, kelemahan, kekurangan ataupun keretakan pada dasar tersebut, semuanya perlu dijadikan agenda politik yang utama kerana dengan pembabitan politik secara serius mengenai isu ini, akan dasar tersebut dapat diperbaharui dan disempurnakan bagi memberikan lebih banyak faedah kepada rakyat jelata.
Mandat politik adalah amat penting di dalam menggerakkan suatu usaha pembaharuan di dalam sistem pengangkutan awam di negara ini kerana ianya pada secara keseluruhannya melibatkan kebajikan dan kemudahan untuk rakyat jelata.
Jadi apajua bentuk isu yang melibatkan rakyat dan kebajikan mereka seharusnya diwujudkan satu forum politik yang sihat bagi menggalakkan lebih banyak pendapat-pendapat dan cadangan-candangan yang membina supaya ianya dapat dasar tersebut dapat dimajukan lagi.
Keluhan Pemandu Teksi
Contohnya adalah pada kebajikan para pemandu-pemandu teksi baru-baru ini yang timbul akibat desakan daripada kumpulan ini agar kerajaan pusat dan SPAD memberikan perhatian terhadap masalah dan kebajikan mereka yang telah sekian lama melarat.
Dan kemudiannya, parti-parti pembangkang yang diterajui oleh Pakatan Rakyat cuba memberikan gabantuan dan khidmat nasihat mereka kepada kumpulan ini mengenai cara-cara yang dapat membantu mengatasi masalah mereka.
Setelah itu, SPAD mencelah bahawa Pakatan Rakyat tidak sepatutnya mempolitikkan isu dan masalah yang dihadapi oleh para pemandu –pemandu teksi ini dengan mengatakan bahawa isu politik dan masalah pemandu teksi itu tidak sepatutnya dicampur.
Sekiranya Pakatan Rakyat tidak masuk “mencampuri” isu dan masalah para pemandu-pemandu teksi ini, adakah SPAD akan mengambil langkah-langkah yang seterusnya?
Kegagalan SPAD dari awal lagi
Dan jika sekiranya SPAD mengatakan bahawa mereka telahpun sedang berusaha untuk menangani masalah tersebut, kenapa pula ianya berlarutan bertahun lamanya? Olelh kerana ianya telah berlarutan bertahun-tahun lamanya, maka sebab itu kemudahan perkhidmatan teksi di negara ini telah menjadi semakin kurang selesa di kalangan rakyat. Itu lah hakikatnya kelemahan SPAD itu sendiri yang bersikap sambil lewa sehingga diketuk Pakatan Rakyat barulah nak berjalan.
Setahu kami keanggotaan SPAD adalah tediri daripada kalangan ahli-ahli kanan dan para pemimpin Umno serta para pegawai-pegawai kerajaan yang hampir tiba umur persaraan mereka. Dengan komposisi keanggotaan di dalam lembaga SPAD yang ada sekarang, tanpa melibatkan pembabitan dan pendapat daripada kalangan umum dan parti-parti pembangkang, kami fikir segala dasar dan halatuju yang ditentukan tidak akan berjaya dilaksanakan dengan sepenuhnya kerana ianya langsung tidak berjiwa rakyat dan hanya mementingkan golongan-golongan yang tertentu.