Pengebom berani mati, Umno banyak potensi

Senator Mohd Ezam Mohd Nor dari Umno baru-baru ini telah mengumpul puluhan penyokong Umno, Perkasa dan lain-lain kumpulan ekstremis di sekitar kawasan Shah Alam untuk berhimpun di perkarangan Masjid Shah Alam bagi melafazkan rasa dendam dan kebencian mereka terhadap dua media internet yang terkemuka, Malaysiakini dan The Malaysian Insider.

Malah, di dalam ucapan tersebut, Senator Ezam turut melaung-laungkan ancamannya untukpergi ke dua media internet tersebut bagi membakar serta memusnahkan pejabat mereka, sambil menuduh kedua-dua media tersebut campurtangan di dalam hal-ehwal Islam.

Walaupun ada unsur ancaman untuk membakar yang merupakan suatu jenayah di bawah Kanun Keseksaan (Penal Code), namun pihak polis yang berada di situ pada waktu itu hanya sekadar melihat dan tidak berani bertindak terhadap beliau, berkemungkinan bahawa Senator Ezam adalah ahli Umno.

Wah! Kalau ahli atau pemimpin Umno, polis pun takut untuk mengambil tindakan terhadap mereka, kerana kita semua sememangnya tahu bahawa Kementerian Dalam Negeri itu diterajui oleh seorang naib-presiden Umno.

Tetapi jikalau Senator Ezam itu dari parti pembangkang dari saat itulah beliau akan ditangkap dan dihumban ke dalam penjara atas dakwaan cuba “membunuh” kononnya.

Tetapi selaku seorang ahli Umno dan sebagai seorang Senator, Ezam sekarang punyai kuasa kekebalan yang sungguh hebat sehingga polis pun takut untuk berhadapan dengan beliau. Malah beliau juga diberi kebebasan untuk melanggar segala undang-undang yang ada.

Pertama, mengadakan perhimpunan haram, tanpa perlu mengemukakan permohonannya untuk mendapatkan permit. Kedua, melaung-laungkan slogan dendam dan kebencian terhadap seseorang ataupun sesuatu pihak tanpa mengemukakan bukti yang sahih, itu sudah merupakan suatu kesalahan yang serius. Ketiga, mengancam untuk membakar pejabat kedua-dua media internet tersebut, jelas niat beliau mempunyai unsur-unsur ingin mencedera atau membunuh orang. Keempat, Senator Ezam dan kumpulannya telah mempergunakan sebuah masjid untuk melaksanakan agenda politiknya.

Dukacita, apabila diperhatikan, polis langsung tidak mengambil peduli akan segala tindak tanduk Senator Ezam dan kumpulan penjenayah Umno tersebut yang jelas sekali telah melanggar segala undang-undang yang ada. Kebalnya si Ezam ini rupa-rupanya!

Nampaknya keadilan di dalan negara kita ini sudah tidak ada lagi. Mengapa perlu kita menghormati undang-undang tersebut, sedangkan seseorang seperti Ezam ini langsung tidak menghormati undang-undang yang sama.

Jadi apakah gunanya sekiranya pihak berkuasa yang berkeras inginkan rakyat jelata agar mematuhi dan menghormati undang-undang tersebut sedangkan sesetengah pihak dibenarkan untuk melanggar undang-undang yang sama tanpa perlu diambil tindakan terhadapnya?

Bagaimana kita akan dapat menghormati undang-undang tersebut sedangkan sesetengah orang boleh melanggarnya sesuka hati mereka? Apakah ini keadilan untuk semua? Kami merasa tidak, tidak ada keadilan langsung.

Himpunan Bersih 2.0 yang aman

Kita telah perhatikan dahulu bahawa himpunan Bersih 2.0 di Kuala Lumpur baru-baru ini adalah merupakan suatu himpunan yang aman damai, jika sekiranya ia tidak diganggu oleh pihak berkuasa ataupun satu lagi himpunan yang dipelopori oleh Pemuda Umno.

Pihak berkuasa memilih untuk bertindak terhadap orang-orang yang cintakan keamanan dan keadilan sedangkan mereka-mereka yang bencikan keamanan dan sering mengancam nyawa dan keselamatan orang awam pula diberikan kebebasan untuk berbuat demikian.

Nak Jadi Pengebom Berani Mati?

Apa kata jika sekiranya Senator Ezam bercadang untuk menjadi pengebom berani mati ataupun beliau membentuk satu skuad pengebom berani mati pada suatu hari nanti?

Adakah pihak berkuasa akan juga memberikan kelonggaran kepada beliau dan konco-konconya untuk mengebom pejabat-pejabat, kawasan-kawasan dan orang-orang yang dibencinya oleh kerana beliau ini sangat kebal disebabkan oleh keahliannya di dalam Umno?

Nampaknya, negara kita ini telah menjadi semakin tidak bertamadun. Undang-undang boleh dipatuhi dan dilanggari sesuka hati mereka. Pihak berkuasa pula boleh memilih pihak mana yang mereka suka untuk didakwa atas pelbagai kesalahan yang tidak wujud ataupun direka cipta semata-mata untuk memenuhi citarasa dan nafsu politik sesetengah pihak yang amat berkuasa.

Kami nak memenuhi segala citarasa Senator Ezam dengan mencabar beliau sekiranya beliau betul-betul berani, cubalah memasang bahan-bahan peledak di seluruh badannya dan selepas itu meletupkan dirinya sebagai membuktikan “komitmen” atau “perjuangan” beliau adalah benar dan ikhlas!

Popular posts from this blog

EC should ask ROS to register Pakatan quickly

USM fiasco a shame

Federal Constitution that Safeguards the Legitimate Rights and Interest of All Malaysians