Umno arah MIC serah semua kerusinya di Perak dan ketuanannya diperluaskan
Beginilah telatah bongkak salah seorang pemimpin Umno terhadap satu lagi parti komponen BN. Dah kalah, dianggap pula seperti anjing suruhan. Begitu juga dengan MCA, Gerakan, PPP dan yang lain di dalam gabungan BN kononnya.
Sehingga kini, kami masih tidak dapat memahami dengan sepenuhnya, kenapa, setelah dianggap sebagai rakan kelas dua ataupun sebentuk "pariah" di dalam gabungan BN, MCA, Gerakan, PPP masih tidak dapat merasai yang mereka telah diperhambakan selama ini.
Nampaknya, berkemungkinan wang, kedudukan, pangkat dan darjat adalah lebih penting daripada maruah bangsa, parti dan muka mereka sehingga kesemua pemimpin parti-parti komponen BN ini tidak lagi mengenali apa itu malu.
Selain daripada MCA, Gerakan dan PPP, parti-parti komponen BN di Sabah yang mewakili Kadazan dan Cina turut terpinggir dari segi kepentingan mereka. Akibat daripada itu, SAPP terkeluar daripada BN Sabah, manakala LDP pula merungut diperlakuk tidak adil oleh Umno, manakala, PBRS pula mengadu tidak mendapat layanan yang setaraf sebagai sebuah parti komponen BN.
Manakala di Sarawak pula parti-parti komponen BN yang mewakili kaum utama di negeri itu, Dayak dan Iban dipecahkan sehingga hancur berkecai oleh PBB seteru kuat Umno di negeri tersebut. SNAP yang dahulunya parti utama yang mewakili kaum Dayak-Iban pada waktu itu telah dipecahkan melalui komplot politik yang dipermainkan oleh PBB, manakala PBDS yang menggantikan SNAP kemudiannya, turut tidak dapat bertahan lama dan berpecah setelah dilanda krisis kepimpinan yang jelas ditaja oleh PBB.
Ini jelas merupakan suatu strategi Umno yang kukuh bagi memecahbelah serta melemahkan kesemua parti-parti komponen BN di bawah gabungan pimpinannya agar parti-parti tersebut tidak akan menjadi saingan mereka di masa yang akan datang.
Selagi adanya Umno, maka ketuanan parti tersebut terhadap semua parti-parti komponen yang lain akan tetap berterusan, dan maka dengan itulah MCA, Gerakan, PPP, SUPP, PRS, SPDP, PBRS, LDP, PBS, UPKO, Kimma dan USBO akan tetap menjadi anjing suruhan Umno dan parti-parti yang bercirikan "pariah" di dalam gabungan tersebut.
Jadi, adakah kita perlu ataupun yakin jika sekiranya kita mengundi MCA, Gerakan, PPP, SUPP, PRS, SPDP, PBRS, LDP, PBS, UPKO, KIMMA atapun USBO dan adalah mereka semua ini akan menjadi wakil masyarakat kita yang berkesan?
Pilihan adalah di dalam tangan anda. Lakukanlah pilihan anda dengan lebih teliti.