Ekonomi Meleset Dan Kenaikan Inflasi, Kenapa Isu Perkauman Dan Agama Sering Dijadikan Alasan?

Kita semua telahpun menyedari hakikat bahawa ekonomi negara kita sedang di ambang kemelesetan, kadar inflasi semakin meningkat. Rakyat telah mula merasai bahang kedua-dua hakikat tersebut. Begitu juga dengan syarikat-syarikat kewangan, pembuatan dan perniagaan. Walaupun besar, tetapi badan-badan korporat ini akan juga tetap merasai akibat kenaikan kos-kos operasi dan bahan-bahan mentah. Dan di tengah-tengah negara dan rakyat kita sedang merasai bahang-bahang akibat daripada kemelesetan ekonomi dan inflasi, timbul pula beberapa kumpulan ektremis agama dan perkauman yang pro-Umno sedang mencuba sedaya upaya mereka untuk mengalihkan perhatian rakyat jelata daripada perkara yang sebenar (itulah hakikat). Sebaliknya, kumpulan-kumpulan ektremis agama dan perkauman ini terus menyalah pihak-pihak luar di atas kemelesetan ekonomi dan kenaikan kadar inflasi dalam negara kita ini dengan mengatakan bahawa rakyat jelata telah banyak mengamalkan budaya dan cara hidup ala-yahudi (jewish lifest...