Bertapa kejinya politik Umno sekarang

Setelah gagal untuk menumbangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua pembangkang dan peranan beliau sebagai ketua umum Pakatan Rakyat dengan pelbagai dakwaan demi dakwaan skandal "seks", termasuk yang terbaru oleh kumpulan Datuk T, golongan elit di dalam Umno kini cuba pula untuk menjatuhkan seorang pemimpin pusat PAS.

Mohamad Sabu yang baru sahaja dipilih sebagai timbalan presiden PAS yang baru di dalam Muktamar parti itu yang lalu kini berdepan dengan satu lagi "skandal seks" terbitan Umno ala-Anwar.

Nampaknya Umno kini semakin takut akan kemunculan beberapa orang pemimpin pembangkang yang baru dan tidak berani berdepan dengan para pemimpin pembangkang tersebut di dalam pilihanraya yang akan datang.

Oleh kerana Umno telah semakin hilang agendanya di bumi ini, maka mereka tidak mempunyai pilihan lain selain daripada "penerbitan rencana seks" mereka yang diharapkan agar dapat menjatuhkan para pemimpin Pakatan Rakyat ini satu demi satu.

Itulah sikap Umno yang sungguh keji sekarang. Tidak lagi berani bertanding secara terbuka atau bersemuka dengan pembangkang di dalam pilihanraya, maka cara yang keji inilah yang hanya dapat mereka lakukan demi mengekalkan kuasa dan tampuk pemerintahan mereka di negara ini..

Setelah Datuk Seri Anwar, kini Mohamad Sabu dan siapakah seterusnya? Berkemungkinan Lim Kit Siang, Lim Guan Eng ataupun Azmin Ali dan Tan Sri Khalid Ibrahim. Harap para pemimpin yang disebut ini dapat berwaspada dengan keadaan politik yang keji sekarang.

Jelaslah sekarang Umno kini telah kehilangan taring dan kekuatannya, serta keimanannya di dalam Islam. Perbuatan Umno ini telah jelas menunjukkan bahawa mereka ini tidak lagi Islam di hati mereka kerana segala perbuatan dan telunjuk mereka ini telah menunjukkan mereka ini telah kembali ke zaman jahiliah, yang tidak bertamadun serta tidak berhatikan kemanusiaan.

Walau seekor anjing atau lembu pun mempunyai sikap dan perasaan kasih sayang di antara mereka, akan tetapi, di dalam politik Umno ini, mereka semuanya tidak. Para pemimpin Umno ini keji, kejam, penuh dengan kebencian, dendam, inginkan peperangan, pertumpahan darah dan seringkali asyik dengan nafsu 13 Mei dan senjata tajam mereka yang selalu bersedia melakukan pembunuhan demi "bangsa" mereka (sebenarnya mereka ini bukan berjuang untuk bangsa, tetapi hanya untuk Umno dan kekayaan mereka sahaja).

Sudahlah, Umno yang tubuh pada zaman kemerdekaan itu telah mati sejak awal lagi. Umno yang tubuh pada zaman kemerdekaan itu telah lama hilang dibumi ini sejak iainya dikubur dan diharamkan pada tahun 4hb Februari 1988 melalui satu perintah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada masa itu.

Umno diwujudkan selepas 4hb Februari 1988 itu adalah merupakan parti yang memalsukan perjuangan parti yang lama. Umno yang ada sekarang penuh dengan kekejian, kekejaman, kebencian, kezaliman, dendaman, inginkan peperangan, pertumpahan darah dan seringkali asyik dengan nafsu 13 Mei sehingga kini.

Apatah lagi Umno yang ada sekarang ini penuh dengan mereka-mereka yang bukan manusia, tetapi anak-anak iblis dan syaitan yang menjelmakan diri mereka di dalam badan-badan manusia yang telah meninggal dan ada pula yang secara terbuka menunjukkan keadaan mereka yang "zombie" ini.

Kami ingin menyeru kesemua umat-umat kita agar berhati-hatilah dengan politik-politik keji yang sedang menghantui negara kita ini. Bersabarlah sehingga pilihanraya umum yang akan datang.

Popular posts from this blog

EC should ask ROS to register Pakatan quickly

USM fiasco a shame

No action against YBs without speaker's consent