Teori Republik Kristian Malaysia oleh Utusan mengancam keselamatan negara

Daripada kebanyakan terbitan, laporan dan artikel Utusan yang berbentuk perkauman selama ini, laporan yang terbaru tersebut itu adalah merupakan keganasan penerbitan Utusan yang paling serius kali ini.
Apakah tujuan sebenarnya Utusan Malaysia berbuat demikian? Kenapa akhbar milik Umno itu semakin membenci rakyat Malaysia yang beragama Kristian sehinggalah menginginkan agama ini dihapuskan dari bumi negara ini? Untuk mencapai tujuan politik dan agenda ketuanan ini, mereka sanggup berbuat apa-apa sahaja termasuk memporakperandakan negara kita ini, membangkitkan kemarahan rakyat, menggalakkan perpecahan kaum dan perang saudara, serta menggalakkan keganasan, pembunuhan dan penghapusan etnik.
Kepada kumpulan pengarang Utusan, apakah yang dimaksudkan Republik Kristian Malaysia yang diapi-apikan di dalam terbitan laporan kamu baru-baru ini? Apakah Utusan Malaysia inginkan perpecahan berlaku di negara ini, peperangan antara kaum dapat berlaku di negara ini, kaum-kaum di negara ini akan dapat benci-membenci di antara satu sama lain, pembunuhan beramai-ramai dapat dilakukan, pembersihan etnik dapat dilaksanakan di negara ini dan keganasan berlaku di merata-rata tempat di seluruh negara ini?
Dan kenapa pula kementerian dalam negeri masih berdiam diri mengenai perkara ini? Kenapa pula pihak polis juga mashi berdiam diri mengenai perkara ini? Oleh kerana akhbar tersebut dimiliki Umno dan menteri dalam negeri itu adalah seorang naib-presiden Umno?
Kementerian dalam negeri membisu mengenai perbuatan Utusan yang keji ini, dan lain pula bila mereka melayan pertubuhan-pertubuhan penganut Kristian yang pentingkan keamanan. Kitab-kitab injil yang diimport ditahan selama beberapa tahun dan kemudiannya dilepaskan kembali kepada pemiliknya setelah muka-mukasuratnya diconteng dan dikoyak.
Semua tindakan dan layanan tersebut yang diberi oleh kementerian dalam negeri jelas menunjukkan bahawa mereka ini memperlakukan rakyat kita dengan cara yang tidak adil dan berat sebelah, dan pada masa yang sama juga ianya turut bertentangan dengan konsep 1Malaysia yang dipelopori oleh perdana menteri Najib Razak (tetapi Umno tidak jujur di dalam "menyokong" konsep tersebut) selama ini.
Sudahlah, kita semua telah dapat lihat dengan jelas, Najib telah kehilangan sokongan daripada rakyat dan Umno, hanya segelintir sahaja rakyat dan dari kalangan golongan elit Umno yang menyokong beliau, konsep 1Malaysia buatan Najib telahpun terkubur sejak dari hari pelancaran konsep tersebut, pertubuhan-pertubuhan perkauman yang ganas seperti Perkasa, Perkida, Pembela telah mula meluaskan kegiatan-kegiatan subversif dan keganasan mereka, Perkasa pula telahpun mula menyusup masuk unit-unit separa tentera mereka ke dalam Rela supaya mereka dapat menjalani latihan ketenteraan bagi menyiapkan mereka ke alam perang saudara yang bakal dicetuskan kelak.
Utusan Malaysia, Pembela, Perkasa, Perkida dan sesetengah kumpulan di dalam Umno ini semakin berbahaya dan mengancam keselamatan di negara ini dan kementerian dalam negeri serta polis masih berdiam diri dan tidak berani mengambil tindakan terhadap kumpulan-kumpulan subversif dan pengganas ini sehingga kini.
Dan sementara Umno, Utusan, Perkida, Perkasa, Pembela menjadi semakin mengganas dan mengancam, parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) seperti MCA, MIC, Gerakan, PPP, SUPP, PBS, PRS, LDP, Upko, PBRS tidak dapat berbuat apa-apa kerana mereka ini sebenarnya tidak mempunyai kuasa untuk mengekang atau menghalang kumpulan-kumpulan subversif dan pengganas tersebut daripada berkembang.
Jadi buat apa nak mengundi MCA, MIC, Gerakan, PPP, SUPP, PBS, PRS, LDP, Upko, PBRS sementara mereka ini tidak dapat menghalang kemuncak kuasa kumpulan-kumpulan subversif dan pengganas daripada berkembang.
Oleh yang demikian, kami ingin menggesa rakyat Malaysia pada keseluruhan, tanpa mengiria kaum, agama dan kebudayaan yang berbeza agar jangan tertipu dengan segala dakyah-dakyah "berbaik-baik" yang dilaksanakan oleh Umno dan parti-parti komponen BN yang lain, MCA, MIC, Gerakan, PPP, SUPP, PBS, PRS, LDP, Upko, PBRS kerana segala-gala bentuk perkara yang dilakukan oleh mereka ini jelas terdiri daripada dusta-dusta dan penipuan sejagat.