Program 1Malaysia anjuran Utusan Malaysia

Dah beberapa kali kita semua dah mendengar dan membaca karya-karya penulisan para pengarang Utusan Malaysia bagi pihak Umno dan kerajaan persekutuan pimpinan Datuk Seri Najib Razak dan didapatinya semua hasil penulisan para pengarang akhbar tersebut jelas menunjukkan bahawa akhbar tersebut sememangnya inginkan perpecahan dan peperangan di dalam negara kita ini.

Beginilah program 1Malaysia yang dicipta oleh Datuk Seri Najib. Adakah program ini benar-benar menggambarkan penyatuan dan perpaduan?Adakah program ini benar-benar telah memberikan manfaat kepada rakyat?Apakah dasar yang sebenarnya yang ingin ditujukan oleh Datuk Seri Najib kepada rakyat jelata?

Katanya 1Malaysia itu adalah untuk penyatuan dan perpaduan antara kaum, keharmonian masyarakat yang berbilang bangsa dan agama, rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan, tetapi apa yang diamalkan secara fizikal adalah benar-benar berlainan sama sekali.

Kini agenda 1Malaysia lebih diibaratkan sebagai satu langkah untuk memecahbelahkan perpaduan antara kaum, membangkitkan perasaan benci-membenci antara satu sama lain, menggalakkan perbalahan, keganasan, ancaman terhadap kaum-kaum yang tertentu.

Dan jika sekiranya Datuk Seri Najib menafikan sekeras-kerasnya, jadi apakah yang telah dan sedang dilakukan oleh Utusan Malaysia itu? Bukankah Umno yang memiliki Utusan Malaysia selama ini? Bukankah Umno memiliki saham yang terbanyak di dalam akhbar Utusan Malaysia selama ini? Bukankah Umno yang menguruskan akhbar Utusan Malaysia selama ini? Apakah yang Datuk Seri Najib dapat nafikan sekarang?

Baru-baru ini timbul soal perlantikan setiausaha kerajaan negeri Selangor yang didapati tidak mengikut perlembagaan negeri dan kehendak kerajaan negeri Selangor. Oleh sebab itulah Menteri Besarnya Tan Sri Khalid Ibrahim telah mengambil langkah-langkah yang pro-aktif di dalam menjelaskan masalah tersebut kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dan rakyat negeri tersebut.

Namun, langkah-langkah mulia yang diambil Tan Sri Khalid itu diputar pula oleh setiausaha sulit baginda yang pro-Umno dengan mengacukan berbagai-bagai pertuduhan terhadap Tan Sri Khalid dengan mengatakan bahawa beliau telah engkar arahan baginda.

Dan daripada permasalahan mengenai perlantikan setiausaha kerajaan negeri Selangor itulah, Utusan Malaysia sekali lagi mengambil kesempatan dengan membakar lagi api dan sentimen perkauman di negeri tersebut dengan harapan dapat mencetuskan huru-hara dan seterusnya perang saudara di negeri tersebut.

Bagi mengapi-apikan lagi kebencian terhadap kerajaan negeri Selangor, Utusan Malaysia telah menyeru rakyat berbangsa Melayu di negeri tersebut agar bangkit menentang pentadbiran Tan Sri Khalid yang disebut sedang memimpin sebuah kerajaan Cina negeri Selangor, kononnya Selangor sedang dipengaruhi oleh negara China, Taiwan dan Singapura, kononya jika sekiranya Pakatan Rakyat dibenarkan terus memerintah, dikuatiri Selangor dan seluruh negara kita ini akan menjadi republik di suatu hari nanti, kononnya Pakatan Rakyat akan menggulingkan Raja-raja Melayu dan sebagainya.

Jadi, beginilah program dan konsep 1Malaysia yang diilhamkan oleh Datuk Seri Najib dan diterjemahkan oleh Utusan Malaysia iaitu berdasarkan kebencian, perpecahan, keganasan, perang saudara, pembunuhan dan penumpahan darah.

Apakah program 1Malaysia anjuran Utusan Malaysia yang selanjutnya? Program pengebom berani mati?

Popular posts from this blog

EC should ask ROS to register Pakatan quickly

USM fiasco a shame

Federal Constitution that Safeguards the Legitimate Rights and Interest of All Malaysians