PH perlu belajar daripada kelemahan dan lepas pandangnya yang lalu

Kepimpinan Pakatan Harapan (PH) perlu mempelajari dan mengambil segala iktibar daripada apa yang gabungan itu telah terlepas pandang sewaktu menjadi kerajaan selama 22 bulan yang lalu sehinggalah pentadbiran mereka terguling akibat dari pemberontakan yang dicetuskan oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan 11 ahli parlimen Azmin Ali di dalam gabungan tersebut yang seterusnya menjurus kepada perletakan jawatan perdana menteri pada masa ini, Tun Dr Mahathir Mohamad. Sewaktu pemerintahan kerajaan PH dahulu, sebab utama PH sering dilihat ālemahā dan ātidak berdaya tahanā adalah kerana dasar kebebasan bersuara yang kuat dipeloporinya dan tidak ada tindakan drastik untuk menanganinya penyebaran berita palsu, dakyah dan pelbagai tohmahan berbisa yang sering dilempar oleh Umno dan PAS sebelum ini. Justeru dari itu, Umno dan PAS terus menggunakan kesempatan daripada kebebasan bersuara itu untuk menyebarkan idea-idea lapuk perkauman dan keagamaan mereka tanpa perlu bimbang sebarang...