BN, Usah Perbodohkan Diri Dengan Isu Abu Mayat
Bekas setiausaha-agung Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng, ataupun nama sebenarnya, Ong Boon Hua telahpun meninggal dunia di Bangkok, Thailand tanggal 16hb September 2013, iaitu sewaktu kita semua sedang menyambut Hari Malaysia.
Dan setelah bekas pemimpin PKM itu meninggal dunia, para pemimpin Umno, termasuk presiden partinya, Datuk Seri Najib Razak terus mengumumkan bahawa kerajaan BN tidak akan membenarkan sama sekali kemasukan abu mayat Chin Peng masuk ke dalam negara kita ini setelah bekas pemimpin PKM itu disemadikan. Malah ketua polis negara Tan Sri Khalid Abu Bakar turut menyokong kenyataan presiden Umno itu dengan mengatakan pihak polis yang mengawal di setiap sempadan negara akan memastikan abu mayat Chin Peng tidak "diseludup" masuk ke dalam negara ini untuk dihantar kembali ke tempat kelahirannya di Sitiawan, di Perak.
Selepas itu, ramai lagi ahli-ahli majlis tertinggi Umno, malah presiden MCA Dr Chua Soi Lek yang turut mengeluarkan saranan yang sama berhubung dengan pengharaman kemasukan abu mayat Chin Peng ke dalam negara ini. Ada yang mengatakan bahawa Chin Peng itu seorang pengganas, manakala ada yang menggelar Chin Peng itu pembunuh yang telah membunuh ramai orang sambil itu, majoriti pemimpin Umno menafikan secara beramai-ramai bahawa Chin Peng adalah merupakan salah seorang pejuang kebebasan negara kita yang lalu.
Kami ingin mengemukakan persoalan ini, kenapa perlu para pemimpin Umno dan BN ini memperbodohkan diri mereka di hadapan umum dengan isu-isu berhubung dengan abu mayat seseorang? Kenapa tidak menumpukan sepenuh perhatian kepada isu-isu kewangan, ekonomi dan pembangunan negara, tetapi sebaliknya asyik membangkitkan isu abu mayat bekas pemimpin PKM itu mungkin akan dibawa pulang ke Malaysia?
Ingin kami mempersoal motif kerajaan BN berhubung dengan pengharaman kemasukan abu mayat Chin Peng ke dalam negara ini. Kenapa bekas pengerusi PKM Musa Ahmad, bekas pemimpin wanita PKM Shamsiah Fakeh dibenarkan kembali ke negara ini dan dikembumikan di sini selepas kedua-dua bekas pemimpin kanan PKM tersebut meninggal dunia?
Apa yang lebih teruk lagi adalah, kerajaan BN turut membenarkan mayat-mayat pengganas Al-Qaeda Dr Azahari Husin dan Noordin Mohammad Top, kedua-duanya rakyat Malaysia dibawa pulang ke negara ini, kononnya kedua-dua pengganas tersebut pernah menganggotai Umno sebelum ini.
Menurut ahli majlis tertinggi Umno dan menteri pelancongan, Datuk Nazri Aziz bahawa Chin Peng itu seorang pengganas yang hampir serupa dengan Osama bin Laden. Bagaimana pula dengan Dr Azahari dan Noordin Top? Mereka ini bukan pengganas kerana kedua-duanya pernah menjadi ahli Umno sebelum ini. Adakah ini yang cuba dipraktikkan oleh Datuk Nazri dan para pemimpin Umno yang lain?
Menteri pelancongan tersebut perlu menerima kenyataan bahawa Chin Peng itu pernah berjuang memerangi tentera Jepun ketika negara kita ditakluki Jepun sewaktu perang dunia kedua. Setelah itu, bekas pemimpin PKM itu beralih pula memerangi pihak British yang kembali ke Malaya selepas perang dunia kedua tamat. Sebab itulah proses kemerdekaan dipercepatkan lagi oleh pihak penjajah.
Apakah persamaan Chin Peng dengan Osama bin Laden? Adakah Osama pernah berjuang mempertahankan Amerika daripada serangan dan penaklukkan musuh di masa yang lalu? Osama bukannya dilahirkan di Amerika tetapi Chin Peng dilahirkan di Sitiawan, Perak, Malaysia. Ini adalah perbezaan yang cukup jelas.
Pada masa yang sama, di dalam Perjanjian Pendamaian di antara kerajaan Malaysia, Thailand dan PKM yang telah ditandatangani di beberapa dekad yang lalu, kenyataan perjanjian adalah jelas, mana-mana anggota PKM yang telah meletakkan senjata adalah dibenarkan pulang ke negara ini tanpa sebarang syarat yang seterusnya. Kenapa perjanjian tersebut tidak dipatuhi dengan sepenuhnya?
Walauapajuapun, Chin Peng telahpun meninggal dunia dan akan disemadikan tidak lama lagi. Kenapa pula kerajaan BN masih begitu takut sekali dengan abu mayat bekas pemimpin PKM itu sehinggakan keseluruhan sempadan negara "disekat" dan dikawal dengan begitu ketat? Adakah abu mayat itu akan kembali menghantui kerajaan BN di dalam masa yang akan datang.
Yang lebih membimbangkan lagi adalah pihak polis di bawah pimpinan Tan Sri Khalid sanggup meninggalkan tanggungjawab penjagaan keselamatan dan pencegahan jenayah mereka semata-mata untuk memastikan abu mayat Chin Peng tidak akan dapat masuk semula ke Malaysia. "Ayuh, tinggalkan tugas-tugas kamu semua dan tumpukan perhatian terhadap usaha penahanan abu mayat Chin Peng di sempadan-sempadan negara kita", adakah ini dimaksudkan oleh Tan Sri Khalid?
Kenapa perlu para pemimpin politik daripada BN dan para pegawai kanan kerajaan memperbodohkan diri mereka oleh kerana abu mayat seseorang yang pernah "mencipta" nama dalam sejarah? Apakah jika sekiranya berita Chin Peng meninggal dunia tidak diumumkan dan abu mayat beliau dibawa masuk ke Malaysia tanpa disedari, dan akhirnya diketahui oleh kerajaan BN dan pihak berkuasa, apakah tindakan seterusnya? Mengerakkan satu rejimen tentera ataupun satu batalion pasukan gerak am untuk menangkap abu mayat tersebut di Sitiawan, Perak? Mengepung dan melancarkan serangan ke atas pekan Sitiawan, Perak?
Kerajaan BN dan para pemimpin Umno perlu berfikir secara logik dan bukannya bertindak mengikut emosi. Begitu juga dengan pihak polis. Segala perlakuan dan tingkah laku yang ditunjukkan oleh kerajaan BN dan piihak polis kini sedang menjadi suatu bahan ketawa di masyarakat antarabangsa.
Hampir pada setiap hari, ribuan mereka-mereka yang terlibat di dalam kegiatan pengganas, jenayah, penyeludupan dan pengedaran senjata api masuk keluar melalui sempadan negara kita. Kenapa pula kerajaan BN dan pihak polis tidak mengambil sebarang tindakan terhadap kesemua kegiatan-kegiatan ini yang berkemungkinan akan memudaratkan keselamatan negara? Kegiatan jenayah dan kongsi gelap telahpun bertapak di dalam negara kita dengan begitu lama, kenapa baru sekarang pihak berkuasa memutuskan untuk mengambil tindakan? Kenapa tidak dari dahulu lagi? Kenapa tidak ada pencegahan?
Usahlah memperbodohkan rakyat jelata kerana itu tidak semudah yang disangka. Bodoh sendiri jangan diingatkan orang lain akan turut bodoh sepertinya. Hentikan segala-gala perlakuan dan tingkah laku yang bodoh ini. Janganlah memalukan negara kita ini di mata dunia lagi.
Kerajaan BN, hentikan segala-gala perbuatan ini yang sungguh memalukan.