Pilihan Perwakilan Gerakan P.Pinang, keCinaan atau keMalaysiaan dengan Perubahan Mendadak?
Pemilihan pucuk pimpinan Parti Gerakan Pulau Pinang sedang menjelang. Pemilihan parti peringkat negeri itu dijangka akan diadakan pada hujung minggu ini yang akan menyaksikan pertaruhan sengit merebut jawatan pengerusi parti negeri di antara bekas pengerusi BN negeri, Teng Chang Yeow dan ketua biro guaman/hak asasi manusia Gerakan negeri, Baljit Singh.
Di dalam siri pencalonan yang diadakan pada hujung minggu lepas, Teng dilaporkan telah mendapat pencalonan daripada 10 bahagian, manakala Balljit hanya memperoleh pencalonan daripada 3 bahagian. Bertapa banyaknya pencalonan yang diterima oleh Teng tidak bermakna beliau akan mendapat jawatan tersebut pada pemilihan parti minggu ini kerana ianya masih terletak di tangan setiap perwakilan secara individu. Hanya para perwakilan parti sahaja yang akan dapat menentukan siapakah pemenang sebenarnya pada pemilihan yang bakal diadakan tidak lama lagi.
Oleh itu Teng tidak boleh menganggap yang beliau sedang menuju kemenangan oleh kerana beliau mendapat 10 pencalonan daripada 10 bahagian parti. Itu tidak semestinya. Kemungkinan juga akan berlaku satu keajaiban yang tidak disangka. Satu keajaiban yang Gerakan pernah alami pada tahun 2008, di mana parti tersebut dengan tidak disangka kehilangan kesemua kerusi dewan undangan negeri yang dipertandingi pada pilihanraya umum (PRU) tahun tersebut, sehinggakan presiden parti pada masa itu Dr Koh Tsu Koon juga terkejut dengan kekalahan teruk yang dialaminya.
Persoalannya di sini adalah, adakah para perwakilan parti kini sudah matang dengan politik di dalam parti dan di luar parti serta telah bersedia untuk menggorak langkah ke arah suatu perubahan yang lebih berani dan mendadak?
Adakah para perwakilan akan memilih Teng, berketurunan Cina yang berpengalaman luas di dalam Gerakan dan telah kalah teruk di dalam PRU 2008 dan 2013, atau memilih Baljit yang berketurunan Sikh yang belum pernah bertanding di dalam sebarang PRU dan masih belum dapat membuktikan prestasinya?
Ya, memang Teng telahpun menegaskan berkali-kali bahawa pandangan politik beliau bukanlah berasaskan perkauman dan tidak merasakan dirinya mempunyai kelebihan oleh kerana beliau berketurunan Cina dan Gerakan yang majoritinya ahli-ahli berketurunan Cina (Chinese-dominated). Tetapi apa yang difikirkan oleh ahli-ahli serta para perwakilan? Mungkinkah mereka tidak merasa demikian seperti yang dirasai Teng (tidak berasaskan kaum)? Beranikah para perwakilan yang kebetulan majoritinya adalah kaum Cina, keluar daripada tempurung keCinaan mereka selama ini, sebaliknya memilih Baljit untuk menerajui Parti Gerakan Pulau Pinang pada pemilihan yang akan datang?
Ya, memang boleh dikatakan bahawa Baljit kurang berpengalaman dan masih belum membuktikan dirinya di dalam arena kepimpinan parti peringkat negeri, tetapi yang berpengalaman seperti Teng dan rakan-rakannya terbukti telah ditolak mentah-mentah oleh rakyat jelata di dalam kedua-dua PRU yang lalu pada daripada tahun 2008 hinggalah ke 2013 baru-baru ini.
Ini jelas menunjukkan bahawa jika sekiranya Parti Gerakan Pulau Pinang masih diterajui oleh barisan kepimpinan yang telah ditolak rakyat berturut-turut, parti tersebut akan terus terkubur begitu sahaja tanpa mempunyai sebarang peluang lagi di dalam PRU yang akan datang.
Akan tetapi, jika sekiranya para perwakilan berani berubah fikiran dan memilih Baljit untuk menerajui Parti Gerakan Pulau Pinang, berkemungkinan besar parti tersebut akan mendapat suntikan semangat baru dengan adanya satu barisan kepimpinan baru mewarisi parti itu dengan suatu bentuk kelainan yang rakyat mungkin akan berminat untuk terus memerhati prestasi mereka dan sekali lagi memberikan peluang kepada Parti Gerakan di dalam PRU yang akan datang.
Pilihan para perwakilan Parti Gerakan Pulau Pinang adalah amat kritikal sekarang. Bangkit, berkuburnya parti tersebut kini terletak di tangan setiap para perwakilan yang perlu memikir secara lebih mendalam sama ada masa depan parti mereka lebih penting ataupun mengekalkan tradisi keCinaan di dalam parti tersebut adalah agenda utama mereka.
Marilah kita perhatikan di hujung minggu ini.